INDIVIDU yang positif Covid-19 perlu memantau dan mengemas kini gejala yang dialami di aplikasi MySejahtera setiap hari supaya tahap kesihatan mereka dapat dipantau sepanjang tempoh kuarantin.
Itu peringatan yang dikeluarkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar kepada orang awam menerusi hantaran rakaman video di Facebooknya.
“Sekarang ramai ahli keluarga atau rakan-rakan kita yang positif Covid-19, tetapi tidak mempunyai gejala. Jika anda bergejala, segera asingkan diri dan lakukan ujian kendiri Covid-19.
“Jika positif, laporkan keputusan ujian di MySejahtera. Semasa dalam tempoh kuarantin, anda akan menerima notifikasi pada ‘things to do’.
Beliau berkata, pada pautan itu, anda boleh mengemas kini gejala yang dialami dan sentiasa pantau gejala serta tahap kesihatan masing-masing setiap hari.
“Jika gelaja bertambah serius seperti sukar bernafas, demam berpanjangan, sakit dada dan hilang selera maka, sila hubungi atau terus segera ke fasiliti kesihatan terdekat,” katanya.
Mengulas lanjut, Khairy turut menasihati orang ramai supaya terus mengamalkan TRIIS(Test, Report, Isolate, Inform dan Seek) dan pakai pelitup untuk mengelakkan penularan wabak Covid-19.
Leave a Reply