PENGERUSI Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yasin memeriahkan majlis Resepsi Tahun Baharu Cina 2022 anjuran Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) yang diadakan di Menara PGRM, Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau yang ditemani isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman menyemarakkan kebersamaan Parti-parti Anggota PN yang sentiasa mendukung semangat perpaduan serta muhibah rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama.
Kehadiran Muhyiddin diraikan Presiden Gerakan yang juga Timbalan Pengerusi PN, Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai, Penasihat Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong serta seluruh barisan kepimpinan dan para ahli parti berkenaan.
Hadir sama, Timbalan Pengerusi PN, Datuk Seri Mohd Faizal Azumu; Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim.
Majlis yang diserikan dengan acara mengaul ‘Yee Sang’ serta persembahan tarian singa itu turut dihadiri para pemimpin dan ahli parti Parti Anggota PN yang merangkumi Bersatu, Pas, SAPP, STARSABAH serta Gerakan.
Leave a Reply