ANGKATAN Muda Keadilan (AMK) telah mengemukakan cadangan kepada pucuk pimpinan parti itu supaya 30 peratus daripada calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi adalah calon muda.
Sehubungan itu Ketuanya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, sayap PKR tersebut sekurang-kurangnya enam calon muda untuk bertanding.
‘’Senarai enam calon tersebut sudah diserahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk ditimbangkan. Kerusi yang mereka akan tandingi melibatkan kawasan campuran termasuk di kawasan luar bandar.
“Ada (kerusi) di Johor Bahru dan dan juga kawasan lain. Kita mahukan keseimbangan (dalam pembahagian kerusi) supaya apabila (calon muda) menang mereka dapat diberikan peranan sewajarnya,” katanya kepada wartan di Johor Bharu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Johor Bharu berkata, melalui calon muda tersebut AMK akan memberi tumpuan dan mengetengahkan isu-isu anak muda.
Akmal Nasrullah berkata, rakyat Johor perlu keluar mengundi kerana PRN itu amat penting kerana ia sama pentingnya dengan pilihan raya umum (PRU).
“Ini bukan kepentingan rakyat Johor atau mahu tentukan siapa Menteri Besar tetapi hakikatnya terdapat percaturan politik yang lebih besar di Johor boleh berlaku sedangkan PRU dalam tempoh setahun,” katanya.
Turut akan diberi perhatian oleh AMK kata beliau termasuklah isu kenaikan harga barang yang dijangka berlaku selepas Tahun Baharu Cina.
Leave a Reply