tukang cat 13 tahun RM7.38 juta beragama Islam mental reman doktor seksual kambing betina hakim mahkamah warga kartel daging

Dua beradik antara 6 didakwa bunuh pemandu e-hailing

ENAM lelaki termasuk dua beradik didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan membunuh pemandu e-hailing di tempat letak kenderaan bahagian belakang sebuah kelab di Kepong, pada 28 Disember lepas.

Teng Cheng Heng, 22, Chew Jun Seng, 22, Yohannes Isaac Anak Luwang, 21, Won Kok Wei, 20, serta dua beradik iaitu Ng Zhang Jing, 24,dan Ng Zhang Le, 20, mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Wong Chai Sia.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua lelaki itu kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mereka didakwa membunuh Mohd Farid Abdullah, 29, pada 1.35 pagi, 28 Disember lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 11 Mac ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nidzuwan Abd Latip manakala Peguam Rodzim Zaimy Abdul Hamid mewakili Chew sementara lima tertuduh lain tidak diwakili peguam.- Bernama


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *