BEBERAPA jam sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia, Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT) Benjamin Mora memberi amaran bahawa pasukan itu akan ‘makan’ Kuala Lumpur City (KL City) FC di Stadium Bukit Jalil.
Tetapi apa yang berlaku dalam perlawanan itu adalah sebaliknya, apabila JDT ‘terkulai dimakan’ oleh KL City 0-2 dalam aksi yang cukup mendebarkan dan turut menyaksikan bagaimana penjaga gol KL City, Kevin Mendoza memainkan peranan penting membantu kemenangan pasukan ibu negara tersebut.
Ketangkasan Kevin Mendoza menyelamatkan beberapa percubaan bahaya daripada pemain JDT telah membangkitkan semangat pemain-pemain KL City untuk menumbangkan JDT bagi membolehkan pasukan bimbingan Bojan Hodak itu merangkul Piala Malaysia ke-100 .
Kemenangan itu membolehkan skuad ‘Warga Kota’ menamatkan kemarau 32 tahun selepas kali terakhir memenanginya pada 1989.
Walaupun Bergson da Silva jelas membuatkan KL City tidak ‘senang duduk’ namun ia belum mencukupi untuk membantu JDT memenangi perlawanan sengit tersebut.
Hanya dalam 10 minit pertama, pemain dari Brazil itu berpeluang membuka jaringan namun gerakannya ditutup Giancarlo Gallifuoco pada minit ketiga sebelum rembatannya dinafikan palang gol pada minit kelapan.
Ketangkasan Kevin Mendoza pada babak pertama pasti mengecewakan JDT selepas penjaga gol dari Filipina itu cemerlang menafikan beberapa percubaan berbahaya daripada JDT.
Pada babak kedua, KL City bagaikana tidak mengizinkan lagi JDTY menguasai bola, apabila mereka melakukan beberapa dan ia akhirnya berhasil apabila hantaran lintang J Partiban disudahkan oleh Zhafri Yahya pada minit ke-65 untuk gol pertama KL City.
‘Harimau Selatan’ terus ‘terkulai’ pada ke-74 apabila Kapten KL City, Paulo Josue menjaringkan gol kedua pasukan itu.
Leave a Reply