ASPEK kesejahteraan golongan ibu bapa muda turut diberi perhatian oleh Perikatan Nasional (PN) di Melaka.
Perkara itu diberi penekanan oleh calon PN bagi kerusi DUN Bukit Katil, Muhammad Al Afiz Yahya dalam kempennya melalui Facebook.
Beliau menyedari golongan berkenaan berdepan dengan pelbagai cabaran khususnya dari segi kewangan dalam menguruskan rumah tangga pada usia yang masih muda.
Berikut adalah hantaran penuh beliau dalam Facebook:
Bila kahwin masa umur muda, cabaran dia memang lain macam. Secara mudahnya, ibu bapa muda ini ialah pasangan yang baru berkahwin dan masih belum stabil daripada pelbagai sudut terutamanya daripada sudut kewangan.
Apa keperluan ‘core’ yang ibu ayah usia muda ni perlukan? Dah tentu tempat tinggal yang selesa, ekonomi yang baik dan persekitaran yang lestari untuk aktiviti bersama keluarga.
Apa yang saya cuba bawa untuk ibu bapa ini mewakili Perikatan Nasional ialah:
- Mengurangkan bayaran lesen PBT secara one-fff sebanyak 50% kepada penjaja dan peniaga kecil.
- Menyediakan rumah mampu milik.
- Membina dan menaik taraf kemudahan rekreasi dan taman awam.
- Memperkasakan pusat komuniti.
- Meningkatkan penglibatan suri rumah, ibu tunggal dan OKU wanita dalam bidang keusahawanan.
Insya-Allah, inisiatif kepada rakyat Bukit Katil ini akan dilaksanakan sebaik mungkin demi kesenangan ibu bapa muda di waktu sekarang.
Masa mengundi, ingat kerajaan Prihatin, kerajaan Perikatan Nasional.
Undilah Perikatan Nasional!
Leave a Reply