Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN
JAWATANKUASA Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKAV) mendedahkan, populasi dewasa yang telah melengkapkan dua dos vaksin kini direkodkan sebanyak 83.1 peratus atau seramai 19,454,273 individu seluruh negara.
Berdasarkan data JKAV itu lagi, sehingga kini dicatatkan sebanyak 42,106,397 dos sudah diberikan setekat semalam.
Sementara 21,923,560 individu atau 93.7 peratus populasi dewasa sudah mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Setakat semalam, sejumlah 259,141 dos vaksin Covid-19 diberikan membabitkan 114,618 penerima dos pertama dan 144,523 dos lagi kepada penerima dos lengkap.
Pecahan jumlah pemberian dos yang diberikan semalam, Johor menjadi negeri tertinggi menerima dos lengkap iaitu sebanyak 28,286 dos, Pahang (18,134), disusuli Sabah (13,365), Perak (13,295), Kelantan (13,286), Kuala Lumpur (12,613), Selangor (10,912), Melaka (10,664) dan Pulau Pinang (8,6080).
Seterusnya, diikuti Kedah dengan 7,713 dos, Terengganu (5,331), Perlis (1,167), Sarawak (556), Negeri Sembilan (553) dan Labuan (40).
Hanya Putrajaya tidak merekodkan penerimaan vaksin semalam.
Sabah direkodkan sebagai negeri tertinggi yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 dengan 19,860 dos diikuti Sarawak (18,708), Selangor (10,819), Johor (9,586), Kedah (9,345), Perak (9,208) dan Kelantan (6,913).
Selain itu Kuala Lumpur dengan 6,906 dos, Pulau Pinang (6,807), Melaka (5,282), Pahang (3,838), Terengganu (3,245), Negeri Sembilan (2,903), Labuan (738), Perlis (460).
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang diperkenalkan ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin Februari lalu, telah mencapai sasaran 80 peratus populasi dewasa menerima vaksinasi lengkap seluruh negara sejak Selasa lalu.
Dijangkakan, menjelang Oktober ini, 100 peratus populasi dewasa Malaysia lengkap vaksinasi dan apabila kadar ini tercapai, lebih banyak sektor ekonomi dan sosial dibuka dengan pematuhan SOP yang lebih dipermudahkan.
Leave a Reply