SEBANYAK 99.9 peratus populasi dewasa di Lembah Klang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya lengkap divaksinasi setakat semalam.
Merujuk kepada laporan harian Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), Labuan menyaksikan 95.9 peratus populasi dewasa telah menerima vaksinasi lengkap diikuti Sarawak (88.1 peratus), Negeri Sembilan (86.9 peratus), Perlis (73.8 peratus) dan Melaka (71.3 peratus).
Negeri-negeri lain di bawah tahap 70 peratus iaitu Pulau Pinang (67.6 peratus), Terengganu (66 peratus), Johor (59.2 peratus), Pahang (56.8 peratus), Perak (53.7 peratus), Kedah (52.1 peratus), Kelantan (51.4 peratus) dan Sabah (48.6 peratus).
Lembah Klang turut mencatatkan jumlah populasi yang lengkap divaksinasi tertinggi iaitu sebanyak 6,156,029 orang diikuti Sarawak (1,799,721 orang), Johor (1,604,324 orang), Sabah (1,341,609 orang) dan Perak (1,001,014 orang).
Jumlah populasi yang lengkap divaksinasi di negeri-negeri lain pula adalah Labuan (65,669 orang), Negeri Sembilan (707,882 orang), Perlis (133,812 orang), Melaka (483,155 orang), Pulau Pinang (923,628 orang), Terengganu (533,592 orang), Pahang (668,304 orang), Kedah (802,747 orang) dan Kelantan (635,326 orang).
Secara keseluruhan, kira-kira 72 peratus populasi dewasa di negara ini telah menerima dos vaksinasi lengkap dan 90.5 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Dari segi jumlah, seramai 16,856,512 orang telah lengkap divaksinasi di seluruh negara manakala 21,195,778 orang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan penduduk, kira-kira 51.6 peratus telah lengkap divaksinasi dan 64.9 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Leave a Reply