Tony Pua kecam peranan pembangkang kerana ‘kembalikan UMNO ke tampuk kuasa’

OLEH ABU UBAIDILLAH RAHMAN

AHLI Parlimen Damansara, Tony Pua mengecam pemimpin pembangkang berhubung cara mereka menangani krisis politik kira-kira satu jam selepas pengesahan Istana Negara mengenai pelantikan DatuK Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri baharu.

Beliau seperti yang dilaporkan Malaysia Now berkata, Pakatan Harapan (PH) dua kali menerima kejutan daripada keputusan krisis politik dalam negara.

“Ditumbangkan sebagai kerajaan pada Februari 2020 sudah teruk.

“Tetapi mainkan peranan utama dalam mengembalikan kuasa kepada UMNO? Sangat malang,” katanya merujuk kepada peristiwa kejatuhan PH selepas 22 bulan menjadi kerajaan tahun lalu.

Pimpinan tertinggi PH bergabung dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kempen mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebelum ini.

Pembangkang turut menolak tawaran dan janji Muhyiddin untuk melaksanakan beberapa pembaharuan yang diperjuangkan sekian lama oleh PH bagi mendapatkan sokongan demi mengelakkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tumbang ketika pandemik melanda negara.

Beliau sebelum ini beberapa kali mengundang kritikan terhadapnya kerana mendesak partinya iaitu DAP untuk menerima cadangan reformasi dalam persefahaman rentas parti politik yang ditawarkan perdana Muhyiddin sebelum ini.

Pua dan rakannya, Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming adalan dua ahli Parlimen pembangkang yang secara terbuka menggesa pemimpin gabungan PH untuk mempertimbangkan tawaran Muhyiddin, mengatakannya bagi mengelak kumpulan ‘kleptokrat’ kembali ke tampuk kerajaan.

Kumpulan itu merujuk kepada Najib dan Zahid yang kini berdepan lebih dari 80 pertuduhan jenayah


Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *