TENGKU Mahkota Johor melalui Instastory secara terbuka menegaskan, apa-apa pun keputusan yang akan menjejaskan Perlembagaan, Kedaulatan Institusi Diraja dan Kesejahteraan rakyat, Johor tidak akan terlibat.
‘’Keutamaan adalah kestabilan negara dan kehidupan rakyat dan bukan kepentingan peribadi,’’ titah baginda.
Walaupun tiada apa-apa penjelasan diberikan namun ramai mengaitkan kemelut politik yang berlaku kini.

Tambahan pula hantaran itu dibuat beberapa jam sebelum Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan perbincangan khas berhubung pencalonan Perdana Menteri baharu.
Sementara itu, Sultan Johor, Sultan Ismail Sultan Iskandar melalui akaun Facebook memetik sebuah hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan Abi Hurairah RA bermaksud;

‘’Tanda-tanda orang munafik ada tiga iaitu apabila dia bercakap dia berdusta dan apabila dia berjanji dia diberi amanah dia telah mengkhianati.’’
Sementara itu
Leave a Reply