TAN Sri Muhyiddin Yassin hari ini telah mempengerusikan mesyuarat kedua Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang membincang dan mempertimbangkan pelbagai aspek di dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Perdana Menteri melalui Facebook beliau berkata, mesyuarat MPN membincangkan secara terperinci dan mengambil kira pelbagai data dan pandangan pakar-pakar kesihatan dan ekonomi berhubung kadar vaksinasi; status vaksinasi individu; kapasiti ICU dan keperluan untuk sektor perniagaan, terutamanya PKS, dibuka semula dengan SOP yang ketat.
‘’Diharapkan agar apa yang dibincang dan disyorkan dalam MPN akan dapat membantu kerajaan dalam memastikan Pelan Pemulihan Negara dapat dijayakan dengan selamat, teratur dan inklusif untuk kesejahteraan r,’’ katanya
Mesyuarat kedua MPN turut dihadiri oleh ahli ahli MPN yang terdiri daripada pakar pakar sektor kesihatan, ekonomi dan sosial iaitu Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Profesor Dato’ Dr Adeeba Kamarulzaman; Tan Sri Azman Mokhtar; Datuk Michael Kang; Datuk Dr Habibah Abdul Rahim; Datuk Seri Wong Chun Wai; Tan Sri Anthony Francis Fernandes; Dato’ Dr. Hartini Zainudin; dan Prof. Madya Dr. T. Sivakumar Thurairajasingam
Leave a Reply