SEBANYAK 21 lokaliti di Terengganu merupakan antara 23 lokati yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa mulai 3 Ogos hingga 16 Ogos.
Menteri Kanan Pertahanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, dua lagi lokaliti ialah Beluran dan Kota Marudu, Sabah.
Beliau dalam kenyataan berkata, daripada 21 lokaliti di Terengganu tersebut, 20 lokaliti yang terlibat di Dungun dalam Mukim Kuala Dungun dan Mukim Sura.
‘’Di Mukim Dungun, lokaliti terlibat ialah Kubang Miang, Teratai, Teluk Lipat, Alor Tembesu, Sura Utara, Batu 48, Sura Gate, Bukit Chatak dan Tembesu,’’ katanya.
Hishammuddin memaklumkan di Mukim Sura pula lokaliti yang dikenakan PKPD ialah Batu 5, Sura Tengah, Alor Tempoyak, Taman Rakyat Jaya dan Taman Delima Batu 6.
‘’Turut terlibat Balai Besar, Sura Melati, Batu 7, Paya Balai Besar, Pak Sabah dan Sura Lapangan Terbang manakala 1 lokaliti yang terlibat di Besut ialah Perumahan Awam Kos Rendah (PAKRI) Anak Ikan di Mukim Jabi,’’ katanya.
Beliau berkata, sebanyak 59 premis dan tapak perniagaan diarah tutup serta merta kerana gagal mematuhi SOP dalam operasi pematuhan yang melakukan 79,940 pemeriksaan di dan snap check Covid-19.
‘’Seramai 207 individu dikompaun kerana ingkar SOP manakala 28 direman atas kesalahan yang sama.
Leave a Reply