Tag: SPRM
-
Pegawai kanan Polis Johor antara tiga ditahan SPRM
POLIS Kontinjen Johor mengesahkan seorang pegawai kanan polis dan dua pegawai rendahnya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam. Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, siasatan selari sedang dijalankan Jabatan Pematuhan Standard (JIPS) bersama pihak SPRM. “Polis Johor mengesahkan tangkapan yang dibuat oleh SPRM membabitkan seorang pegawai kanan dan dua pegawai rendah polis,…
-
Siasatan pembiayaan politik: Pengarah urusan pembekal mesin kasino dibebas SPRM
PENGARAH urusan RGB International Bhd, pembekal mesin kasino terkemuka, dibebaskan dengan jaminan ketika siasatan masih diteruskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata syarikat itu hari ini. RGB berkata Pengarah Urusannya, Chuah Kim Seah memberi kerjasama penuh kepada SPRM dalam siasatannya, menurut pemfailan kepada Bursa Malaysia semalam, “Syarikat itu ingin menekankan sebahagian besar siasatan tertumpu kepada…
-
SPRM panggil semua Exco kerajaan negeri Kedah beri keterangan
Oleh RIZQI ZABIDI KESEMUA Exco Kerajaan Negeri Kedah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi memberi keterangan berhubung isu yang sedang disiasat oleh agensi berkenaan. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, sebahagian daripada exco tersebut sudah pun memberi keterangan hari ini manakala selebihnya akan dipanggil esok. Bagaimanapun katanya, setakat ini beliau belum…
-
‘Kami tahu tentang campur tangan dalam SPRM’ – Bersih
KUMPULAN reformasi pilihan raya Bersih mendakwa kenyataan ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menandakan agensi itu digunakan sebagai senjata politik. Pengerusi Bersih Thomas Fann berkata, kenyataan Tan Sri Azam Baki mengesahkan keraguan kumpulan itu bahawa SPRM telah dihalang dalam siasatannya. “Dan kemungkinan besar SPRM dijadikan senjata terhadap musuh politik kerajaan pada masa itu,” kata…
-
SPRM, peguam negara perlu percepat siasatan kes Sivakumar – Bersih
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pejabat Peguam Negara digesa mempercepat siasatan kes membabitkan Menteri Sumber Manusia V Sivakumar bagi mengurangkan polemik politik. Pengerusi Bersih, Thomas Fann berkata, agensi penguat kuasa berkenaan perlu memutuskan segera sama ada wujud salah guna kuasa atau sebaliknya dalam kes pengambilan pekerja asing membabitkan Ahli Parlimen Batu Gajah itu. “Apabila…
-
SPRM didesak siasat dakwaan rasuah seks babit Exco Melaka
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didesak menyiasat berhubung dakwaan rasuah seks membabitkan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), kata Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Melaka, Mohd Zamri Abu Bakar. Dakwanya, terdapat banyak bukti didedahkan di Facebook mengaitkan Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin membayar sehingga…
-
Sivakumar disoal siasat SPRM kali kedua
MENTERI Sumber Manusia, V Sivakumar disoal siasat pihak berkuasa sekali lagi Isnin lalu sebagai sebahagian siasatannya ke atas pengambilan pekerja asing. Free Malaysia Today dalam laporannya yang memetik sumber berkata, pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyoal siasat Sivakumar buat kali kedua dua hari lalu, selepas dia disoal siasat selama beberapa jam di ibu pejabat…
-
Pemimpin jaga kewangan sebuah parti politik akan dipanggil SPRM – Laporan
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil pemimpin sebuah parti politik yang menjaga kewangan parti dalam usaha menjejaki sejumlah wang tunai yang dikaitkan dengan seorang menteri. Sumber dipetik Utusan Malaysia berkata, beberapa saksi baharu yang terdiri daripada pegawai di kementerian, syarikat kontraktor dan agensi di bawah kementerian terbabit turut akan dipanggil bagi mengukuhkan siasatan. Katanya,…
-
SPRM mahu rakaman CCTV kereta menteri di sebuah kondominium
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta pihak pengurusan sebuah kondominium di Cyberjaya menyerahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) melibatkan tiga buah kereta. Malaysiakini dalam laporannya memetik sumber SPRM berkata, dua daripada kenderaan itu didaftarkan atas nama menteri sumber manusia V Sivakumar. Difahamkan ia sebahagian daripada dakwaan rasuah yang dikatakan bernilai RM97 juta melibatkan dua pegawai…
-
Isu pekerja asing: SPRM ambil keterangan Sivakumar
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilapor mengambil keterangan Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar, berhubung siasatan kes rasuah mengenai pengambilan pekerja asing, hari ini. Memetik laporan Berita Harian yang memetik sumber, Ahli Parlimen Batu Gajah itu hadir memberi keterangan pada pukul 10 pagi tadi. Bagaimanapun, sumber sama enggan memaklumkan lokasi di mana Sivakumar hadir untuk diambil…