Tag: Seorang maut

  • Seorang maut, lima cedera ketika berlumba haram

    Seorang maut, lima cedera ketika berlumba haram

    SEORANG penunggang motosikal maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan yang dipercayai berpunca daripada kegiatan lumba haram di KM187.7
    Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan awal pagi ini.

    Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya menerima maklumat pada pukul 1.50 pagi tadi berkaitan kemalangan membabitkan enam motosikal jenis Yamaha Y15ZR dari arah Plaza Tol Alor Pongsu menghala ke Bukit Merah.

    Beliau berkata, lelaki yang berumur 20 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala lima penunggang yang lain mengalami pelbagai kecederaan.

    “Kesemua yang cedera dibawa ke Hospital Taiping dan Parit Buntar bagi menerima rawatan manakala lelaki yang maut dibawa ke Hospital Parit Buntar bagi tujuan bedah siasat,” katanya dalam kenyataan.

    Mohd Yusri berkata, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, dan beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan di talian 057210539 atau 0136200564.

  • Seorang maut, lori muatan diesel jatuh gaung di Lebuhraya PLUS

    Seorang maut, lori muatan diesel jatuh gaung di Lebuhraya PLUS

    SEORANG lelaki maut apabila lori muatan diesel yang dinaikinya terjatuh ke dalam gaung dan terbakar di Kilometer 265 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, pagi tadi.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak berkata pihaknya menerima panggilan pada 7.52 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru dengan bantuan BBP Ipoh digegaskan ke lokasi kejadian.

    “Setibanya jentera di lokasi kejadian mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori terjatuh ke dalam gaung dan terbakar.

    “Operasi pemadaman dan penyelamatan sedang giat dijalankan ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

  • Seorang maut, 4 cedera kereta terhumban ke laut

    Seorang maut, 4 cedera kereta terhumban ke laut


    SEORANG lelaki maut dan empat rakannya cedera ringan selepas kereta dinaiki mereka terbabas lalu terhumban ke dalam laut di Jalan Persiaran Pantai Kuala Perlis-Sungai Baru, Simpang Empat di Kangar malam tadi.

    Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad berkata dalam kejadian pada 11 malam itu, kereta jenis Proton Wira yang dinaiki lima mangsa itu menuju ke arah Sungai Baru sebelum terbabas di kiri jalan dan melanggar benteng batu pemecah ombak sebelum terjunam ke dalam laut.

    “Seorang penumpang yang berada di bahagian hadapan dikenali sebagai Ahmad Baihaqi Mahamad Shafie, 25, tercampak keluar dari kereta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

    Surina berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar dan empat lagi mangsa berusia antara 17 hingga 24 tahun yang mengalami kecederaan ringan dihantar ke hospital sama bagi mendapatkan rawatan.

    “Siasatan di tempat kejadian mendapati tiada kesan brek dan tidak melibatkan kenderaan lain…ketika kejadian, hujan turun dan keadaan jalan basah,” katanya dan menambah kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama

  • Seorang maut, dua cedera dalam kemalangan di LPT2

    Seorang maut, dua cedera dalam kemalangan di LPT2

    SEORANG lelaki maut, manakala dua rakannya parah dalam satu kemalangan di KM301.9 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Plaza Tol Kijal berhampiran Kemaman, Terengganu.

    Dalam kejadian kira-kira 5.40 pagi Khamis itu, Saharuzaman Abd. Wahab, 48, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah bahagian kepala, manakala Kamarulzaman Abu Bakar, 52, dan Mohd. Afiq Mohd. Noor, 23, dikejarkan ke Hospital Kemaman bagi mendapatkan rawatan.

    Ketua Polis Daerah Kemaman, Hanyan Ramlan berkata, mangsa yang maut itu merupakan seorang mekanik sementara dua rakannya adalah pemandu serta kelindan lori, lapor FMT.

    Ketika kejadian, katanya, semua mangsa dikatakan dalam perjalanan dari Johor ke Kuala Terengganu.

    “Sebaik tiba di lokasi kejadian, Perodua Axia yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh besi penghadang jalan.

    “Dalam masa sama, sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang dipandu seorang lelaki berusia 39 tahun bersama isteri dan anaknya dari arah sama gagal mengelak lalu melanggar kereta mangsa,” katanya.

    Tambah Hanyan, rempuhan itu mengakibatkan kesemua mangsa dalam kereta Axia tercampak keluar, sementara pemandu pacuan empat roda bersama dua penumpangnya tidak cedera.

    “Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

  • Seorang maut, 2 cedera kemalangan MPV dengan lori

    Seorang maut, 2 cedera kemalangan MPV dengan lori

    Oleh WARTAWAN WARTA RAKYAT

    SEORANG terkorban manakala dua lagi cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Ara Kuda, Tasek Gelugor, Pulau Pinang hari ini.

    Kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu menyebabkan pemandu MPV jenis Perodua Alza, Mohamad Fikri Mohd. Zuki, 27, dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah.

    Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, pihaknya yang menerima panggilan pukul 12.09 tengah hari bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati kemalangan membabitkan MPV berkenaan dengan sebuah lori tanpa muatan.

    “Terdapat tiga mangsa di dalam Perodua Alza iaitu Perodua Alza iaitu pemandu yang tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) serta dua penumpang lelaki dan wanita yang cedera.

    Selepas kemalangan pemandu lori tidak diketahui kerana tiada di tempat kejadian ketika bomba tiba

    “Bagaimanapun, pemandu lori tidak diketahui kerana tiada di tempat kejadian ketika bomba tiba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Beliau berkata, pasukan bomba melakukan kerja-kerja penyelamatan untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas menyelamat.

    Jelasnya, mayat mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira 40 minit kemudian sebelum diserahkan kepada polis, manakala mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak ambulans.

    Jelasnya, operasi itu yang dijalankan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Tasek Gelugor tamat sepenuhnya pukul 1.37 petang.

  • Seorang maut, satu tidak sedarkan diri dalam insiden tebusan 11 jam

    Seorang maut, satu tidak sedarkan diri dalam insiden tebusan 11 jam

    SEORANG tebusan maut dan seorang lagi tidak sedarkan diri di hospital dalam satu kejadian penahanan tebusan berhampiran Tokyo, Jepun yang bermula pada Khamis malam, lapor Xinhua.

    Polis Jepun berjaya menangkap seorang lelaki berusia 66 tahun yang menyerang tiga pekerja perubatan yang datang melawatnya.

    Dalam insiden selama 11 jam itu,  yang bermula kira-kira pukul 9.00 Khamis malam, lelaki itu menembak mati seorang doktor lelaki berusia 44 tahun.

    Polis menemui doktor yang merawat lelaki itu tanpa sebarang tanda nyawa dan kemudian disahkan meninggal dunia di hospital.

    Pekerja perubatan tiba di rumah lelaki itu di wilayah Saitama, dekat Tokyo, untuk menyampaikan sokongan dan ucapan takziah berikutan kematian anggota keluarga lelaki itu.

    Menurut laporan tempatan, penyerang, bernama Hiroshi Watanabe, memiliki senjata yang dikatakan seperti senapang pemburu.

    Seorang lagi pekerja perubatan, ahli fisioterapi berusia 41 tahun yang ditembak di perut oleh Watanabe, masih tidak sedarkan diri, menurut laporan tempatan.

    Seorang lagi pekerja perubatan turut dimasukkan ke hospital kerana disembur dengan gas pemedih mata oleh Watanabe, kata polis.

    Kira-kira 110 penduduk tempatan telah dipindahkan, dan sekolah rendah dan menengah di kawasan itu ditutup pada Jumaat.- Bernama