Tag: rogol

  • Bekas banduan didakwa cuba rogol, rompak warga emas

    Bekas banduan didakwa cuba rogol, rompak warga emas

    SEORANG lelaki yang baharu dua bulan dibebaskan dari penjara mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di Taiping, hari ini atas tiga pertuduhan termasuk cubaan merogol seorang wanita warga emas, minggu lalu. Harian Metro melaporkan, S Saaran, 32, membuat pengakuan itu selepas ketiga-tiga pertuduhan tersebut dibacakan dalam bahasa Tamil oleh jurubahasa di hadapan Hakim Nabisha Ibrahim.…

  • Penoreh getah mengaku tak salah rogol, amang seksual anak kandung

    Penoreh getah mengaku tak salah rogol, amang seksual anak kandung

    SEORANG penoreh getah didakwa di Mahkamah Sesyen Raub hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual dan merogol anak kandungnya dalam kejadian di Kuala Lipis bulan lalu. Tertuduh 54 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan di hadapan Hakim Siti Aisyah Ahmad. Memetik laporan Sinar Harian, mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM20,000 dan kes disebut semula…

  • Rogol, miliki gambar lucah, tukang masak dipenjara 15 tahun, 10 sebatan

    Rogol, miliki gambar lucah, tukang masak dipenjara 15 tahun, 10 sebatan

    SEORANG tukang masak warganegara Thailand dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan di Mahkamah Sesyen Gua Musang, hari ini atas pertuduhan merogol dan memiliki gambar lucah mangsa, Oktober tahun lalu. Ilham Wedue-oh, 26, yang kelihatan sugul, mengangguk faham dan mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Tengku Shahrizam Tuan Lah, lapor Harian…

  • Bapa didakwa rogol, liwat anak perempuan berusia tiga tahun

    Bapa didakwa rogol, liwat anak perempuan berusia tiga tahun

    LELAKI warga India dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini atas dua pertuduhan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap anak kandungnya, bulan lalu. Tertuduh, 45, mengaku tidak bersalah bagi kedua-dua pertuduhan selepas dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman. Mengikut pertuduhan pertama, bapa kepada lima anak itu didakwa…

  • Lelaki rogol anak tiri sejak tahun lalu ditahan

    Lelaki rogol anak tiri sejak tahun lalu ditahan

    POLIS menahan seorang lelaki selepas disyaki merogol anak tirinya yang berusia 13 tahun di Batu Kikir, Jempol semalam. Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, suspek berusia 34 tahun ditahan pada pukul 5 petang semalam. Menurutnya, polis menerima laporan mangsa yang mendakwa dirogol suspek pada pukul 10 malam 10 Disember lalu. “Ketika itu…

  • Rogol budak perempuan 12 tahun: Mekanik dijel 7 tahun, sebat

    Rogol budak perempuan 12 tahun: Mekanik dijel 7 tahun, sebat

    SEORANG mekanik dihukum penjara tujuh tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini, kerana merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun. Hakim Rasyihah Ghazali menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh Muhammad Amirul Abdullah, 27, yang juga bapa kepada dua anak, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan kepadanya.  Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara bermula tarikh tangkap…

  • Rogol kenalan TikTok, lelaki dipenjara tujuh tahun dua sebatan

    Rogol kenalan TikTok, lelaki dipenjara tujuh tahun dua sebatan

    SEORANG lelaki dihukum penjara tujuh tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap gadis bawah umur hingga melahirkan anak, bulan lalu. Hakim Darmafikri Abu Adam menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Hazziq Ramdan, 20, selepas menerima pengakuan tertuduh dan mensabitkannya dengan…

  • Penceramah bebas didakwa lagi atas tuduhan rogol remaja

    Penceramah bebas didakwa lagi atas tuduhan rogol remaja

    SEORANG penceramah bebas yang sebelum ini didakwa atas sembilan pertuduhan berkaitan seksual terhadap seorang remaja perempuan berumur 14 tahun, hari ini didakwa lagi di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan merogol mangsa sama. Muhammad Fathi Na’im Mazlam, 30, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu yang didakwa dilakukan di sebuah hotel di sini, antara 2 pagi…

  • Rogol adik ipar: Pemandu lori dipenjara 20 tahun, 20 sebatan

    Rogol adik ipar: Pemandu lori dipenjara 20 tahun, 20 sebatan

    SEORANG pemandu lori dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan 20 kali sebatan, selepas gagal dalam rayuan mengenepikan sabitan atas dua pertuduhan merogol adik iparnya. Panel Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Seri Kamaludin Md Said, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Hashim Hamzah, menolak rayuan lelaki itu selepas mendapati rayuannya itu tidak mempunyai merit. Bagaimanapun, mahkamah membenarkan rayuan…

  • Tiga buruh didakwa rogol remaja perempuan Orang Asli

    Tiga buruh didakwa rogol remaja perempuan Orang Asli

    TIGA lelaki Orang Asli didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja perempuan Orang Asli berusia 14 tahun, dua minggu lepas. Rosli Bakar, 29, Helmat, 22, dan Murad Ahmad, 26, bagaimanapun tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Shahrul Rizal Majid. Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga buruh kampung itu didakwa secara…