RISIKO virus cacar monyet tersebar ke Malaysia adalah rendah kecuali sekiranya terdapat sejarah bersentuhan dengan haiwan dijangkiti ataupun kontak langsung dengan pesakit wabak itu. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini memaklumkan kemungkinan transmisi jangkitan dari manusia ke manusia adalah terhad. Beliau bagaimanapun berkata Kementerian Kesihatan (KKM) akan memantau perkembangan situasi…