Tag: Ringgit
-
Ringgit teruskan momentum penurunan, di bawah paras terendah Krisis Kewangan Asia
RINGGIT terus susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), paras terendah melebihi paras rendah dicatatkan semasa Krisis Kewangan Asia pada tahun 1998. Ia disebabkan oleh tekanan daripada ekonomi tempatan dan global yang berterusan, kata penganalisis. Pada 6 petang, mata wang tempatan diniagakan pada 4.7270/7290 berbanding dolar AS, lebih rendah daripada paras 4.7250 dicatatkan pada 7 Januari…
-
Ringgit dibuka kukuh selepas pemeteraian MoU dwipartisan bersejarah
RINGGIT meningkat semula daripada penurunan pada Isnin untuk dibuka kukuh hari ini selepas pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai Transformasi dan Kestabilan Politik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan ketua-ketua parti komponen Pakatan Harapan semalam. Prestasi ringgit yang positif itu turut didorong oleh harga minyak mentah yang tinggi selepas Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum…
-
Nilai ringgit tidak berubah berbanding dolar AS
NILAI ringgit tidak berubah berbanding dolar AS ketika dibuka untuk urus niaga pagi Jumaat selepas Bank Negara Malaysia mengambil keputusan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 1.75 peratus selain laporan kadar pengangguran oleh Jabatan Perangkaan yang turut tidak berubah pada 4.8 peratus pada Julai 2021. Pada jam 9.05 pagi, unit tempatan disebut harga pada 4.1470/1490…
-
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
RINGGIT dibuka tinggi berbanding dolar US pada Khamis berikutan pelabur terus berhati-hati menjelang pengumuman data ekonomi Amerika Syarikat (AS), kata peniaga. Pada 9.04 pagi, unit tempatan meningkat kepada 4.1465/1500 berbanding dolar AS daripada 4.1535/1550 semasa ditutup semalam. Peniaga berkata pelabur dijangka berpuas hati untuk berada dalam ruang mata wang utama sementara menunggu data senarai gaji…
-
Keyakinan terhadap ringgit dijangka pulih
KEYAKINAN terhadap ringgit dijangka pulih, melangkah ke hadapan, didorong oleh sentimen yang semakin baik berikutan peningkatan kadar vaksinasi. Ketua ekonomi IQI Juwai Shan Saeed berkata, unjuran itu berdasarkan beberapa sebab antaranya harga minyak lebih tinggi akan mengukuhkan ringgit, angka eksport dan perdagangan yang positif, nilai ambang kadar vaksinasi mencapai sasaran 80 peratus pada pertengahan Oktober…
-
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
RINGGIT mengakhiri peningkatan selama empat hari berturut-turut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal urus niaga Jumaat ketika sentimen berhati-hati terus menguasai pasaran menjelang pengumuman mengenai barisan Kabinet baharu pada jam 11 pagi ini. Menurut peniaga, penurunan ringgit itu turut berkait rapat dengan aktiviti pengambilan untung secara sederhana susulan peningkatan yang dicatatkan baru-baru ini. Pada…
-
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
RINGGIT dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS pada Selasa berikutan ketidaktentuan politik yang mempengaruhi sentimen pasaran, kata penganalisis. Pada 9 pagi, unit tempatan berada pada 4.2370/2400 berbanding dolar AS daripada 4.2350/2390 sewaktu ditutup pada Isnin. “Ringgit dilihat sangat mudah terjejas berikutan krisis politik di Malaysia yang meruncing dan harga minyak yang kekal rendah,” menurut Penganalisis…
-
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pagi ni
Oleh Abu Ubaidillah Rahman RINGGIT dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pagi ini apabila dolar AS menyusut selepas laporan indeks harga pengguna (CPI) Amerika Syarikat yang diumum mengesahkan inflasi yang sederhana di negara itu. Pada pukul 9.19 pagi, unit tempatan disebut harga pada 4.2370/2400 berbanding dolar AS daripada 4.2380/2420 ketika ditutup pada petang urus niaga…