Tag: Pulau Pinang
-
Hakikat P Pinang dipajak perlu diperjelas tanpa prejudis – Sultan Kedah
Oleh RIZQI ZABIDI SULTAN Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah menegaskan, amatlah tidak wajar sekiranya suara rakyat di negeri ini cuba didiamkan khususnya berhubung sejarah dan kedaulatan negeri Kedah. Baginda bertitah, pembentukan Malaysia tidak seharusnya menjadi titik bagi membenarkan sejarah sesebuah negeri yang wujud sejak sekian lama terpadam. Tegas baginda lagi, hakikat bahawa tanah…
-
PSI didakwa bakal ‘lenyapkan’ nelayan pantai – Laporan
PROJEK Pulau Pinang Selatan (PSI) yang membabitkan pembangunan tiga pulau buatan dengan keluasan 1,700 hektar di perairan Permatang Damar Laut, Bayan Lepas, di Georgetown didakwa bakal melenyapkan nelayan pantai yang mencari nafkah di kawasan itu. Memetik laporan Berita Harian, walaupun ada usaha membantu dengan memberikan kelengkapan seperti bot dan pukat yang lebih canggih dan dapat…
-
76 mat rempit ditahan dalam 206 operasi banteras lumba haram
SERAMAI 76 mat rempit berusia 16 hingga 36 tahun ditahan polis Pulau Pinang dalam 206 operasi yang dijalankan bagi membanteras kegiatan lumba haram di seluruh negeri itu sejak September tahun lalu hingga 31 Mac lalu. Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, sepanjang tempoh itu juga, sebanyak 5,009 saman turut dikeluarkan atas pelbagai…
-
Kakitangan awam P. Pinang dapat bonus Aidilfitri 0.75 gaji bulanan, minimum RM1,500
KERAJAAN Negeri Pulau Pinang memberi bonus Aidilfitri kepada kakitangan awam negeri itu sebanyak 0.75 gaji bulanan atau minimum RM1,500 sempena sambutan hari raya Aidilfitri akan datang. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) yang akan dibuat pada 17 April itu turut dipanjangkan kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan berkanun…
-
Lelaki maut kereta dipandu langgar belakang lori
SEORANG lelaki maut selepas kereta jenis Proton Waja yang dipandunya melanggar belakang sebuah lori di Kilometer 1.5 Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, George Town, Pulau Pinang awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa, S. Vitra Stevan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tersepit di bahagian tempat duduk pemandu. Menurut Pegawai…
-
651 orang disaman memandu tanpa lesen 3 hari Op Rentas JPJ
SEBANYAK 651 notis saman dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terhadap pengguna jalan raya atas kesalahan memandu tanpa lesen sah hanya dalam tempoh tiga hari pelaksanaan Op Rentas yang berakhir hari ini. Pengarah JPJ Pulau Pinang, Adenan Md Isa berkata, jumlah itu merupakan sebahagian daripada 1,821 notis saman yang dikeluarkan pihaknya sepanjang operasi tersebut, sekali gus…
-
Isu tuntutan caj air mentah: Kerajaan Persekutuan diharap jadi orang tengah
Oleh RIZQI ZABIDI KERAJAAN Persekutuan perlu menjadi ‘orang tengah’ dalam rundingan antara Kedah dan Pulau Pinang bagi menyelesaikan isu tuntutan caj air mentah yang tidak berkesudahan antara dua negeri berjiran tersebut. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, tiada perkembangan terbaru melibatkan kedua-dua negeri itu sejak pertukaran kerajaan selepas Pilihan Raya Umum…
-
229,861 murid, pelajar mula sesi baharu sekolah di P. Pinang
SERAMAI 229,861 murid dan pelajar memulakan sesi persekolahan baharu bagi Kalendar Akademik 2023-2024 di 398 buah sekolah di seluruh Pulau Pinang hari ini. Pengarah Pendidikan Pulau Pinang, Abdul Rashid Abdul Samad berkata, daripada jumlah itu, seramai 128,480 orang terdiri daripada murid sekolah rendah peringkat darjah satu hingga darjah enam. Selain itu, jelasnya, murid darjah satu…
-
BN-PH Pulau Pinang bincang PRN selepas pemilihan parti
UMNO Pulau Pinang akan mengadakan pertemuan dengan Pakatan Harapan (PH) negeri itu bagi membincangkan gerak kerja dan persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) sebaik sahaja pemilihan parti tersebut di peringkat Bahagian dan Pusat selesai. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, buat masa ini, Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang belum mengadakan…
-
Saya tidak pertikai kedaulatan Pulau Pinang – Sanusi
Oleh BADLISHAH MAT DAKWAAN kononnya Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mempertikai kedaulatan Pulau Pinang seperti digembar-gembur beberapa pihak dinafikan Menteri Besar Kedah itu. Muhammad Sanusi menjelaskan, beliau hanya menyatakan bahawa Pulau Pinang merupakan sebuah negeri pajakan dan langsung tidak menyentuh soal Perlembagaan Persekutuan. Menurutnya, kenyataan itu dibuat setelah Kedah menerima komen-komen yang terlalu ‘menyakitkan’…