Tag: PRU-15
-
Tak sampai 24 jam dicalonkan Zahid, Ustaz Kazim tarik diri bertanding
PENDAKWAH bebas Datuk Mohd Kazim Elias atau Ustaz Kazim difahamkan sudah membuat keputusan untuk menarik diri daripada bertanding di Parlimen Larut. Menurut laporan, Mohd Kazim membuat keputusan menarik diri itu tidak sampai 24 jam selepas Barisan Nasional (BN) menamakan beliau sebagai calon di kerusi Parlimen tersebut dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) malam tadi. Untuk…
-
PRU-15: Perikatan Nasional akan calonkan Shahidan di Arau
PERIKATAN Nasional (PN) Perlis mengesahkan kekosongan nama calon kerusi Parlimen Arau adalah untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Shahidan Kassim bertanding mewakili pakatan tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Menurut Pengerusi PN negeri, Mohd Shukri Ramli, nama calon kerusi Parlimen Arau itu dikosongkan pada saat akhir kerana rundingan di peringkat Pusat dengan Shahidan masih…
-
Kembalikan mandat, PN adalah penyelamat negara
RAKYAT perlu mendukung Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kerana gabungan tersebut merupakan penyelamat negara seperti pernah dipamerkan suatu ketika dahulu. Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat bagaimana gabungan itu membawa negara keluar dari kemelut luar biasa pandemik COVID-19 sehingga keadaan beransur pulih. Malah, beliau menegaskan, ekonomi negara yang pernah…
-
PRU-15: Pemilihan calon PN tanpa hentak meja, jauh sekali bertengkar – Muhyiddin
PROSES pemilihan calon Perikatan Nasional (PN) yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) berlangsung lancar dan hormat-menghormati tanpa berlakunya hentak meja jauh sekali bertengkar dan bergaduh. Itu pendedahan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis pengumuman calon gabungan parti politik itu di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC). Presiden Bersatu itu berkata,…
-
‘Kalau mereka khianat, kita akan serang habis-habisan’
DATUK Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan agar tidak ada mana-mana pemimpin Pas melakukan khianat jika tidak terpilih sebagai calon parti pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Timbalan Presiden Pas itu menegaskan, parti itu akan bertindak menyerang pemimpin yang berbuat khianat tersebut bagi memastikan tiada pengkhianatan. Menurutnya, Perikatan Nasional (PN) akan mengambil tindakan jika ada…
-
PRU-15: Wan Saiful bertanding di Tasek Gelugor, Dr Noor Azmi digugurkan
KETUA Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan sah akan bertanding mewakili Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Parlimen Tasek Gelugor di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) 19 November ini. Perkara itu diumumkan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis pengumuman calon PN di Pusat Pameran dan Perdagangan…
-
PRU-15: Perikatan Nasional bertanding 169 kerusi Parlimen, 116 DUN
PERIKATAN Nasional (PN) akan bertanding di 169 kerusi Parlimen manakala 116 lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) 19 November ini. 116 kerusi DUN itu melibatkan tiga buah negeri iaitu Perlis, Perak dan Pahang yang turut membubarkan DUN selepas pembubaran Parlimen. Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin…
-
Zuhdi tolak bertanding atas tiket BN selepas dicadang individu
AHLI Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki mengakui beliau dicadangkan bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Zuhdi bagaimanapun menolak, di sebalik khabar angin mengatakan empat pemimpin Pas didekati dengan cadangan supaya bertanding atas tiket BN. Katanya, individu terbabit mencadangkan beliau bertanding di Parlimen Shah Alam, Selangor.…
-
12 negeri diramal ribut petir hari penamaan calon
JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir di semua kawasan Parlimen 12 negeri termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada sebelah petang hari penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) Sabtu ini. Menurut paparan laman web MetMalaysia hari ini, negeri-negeri tersebut ialah Pahang, Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Terengganu dan Sarawak.…
-
Khairuddin tidak tersenarai calon BN Kuala Nerus
BEKAS Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali tidak tersenarai sebagai calon Barisan Nasional (BN) di Parlimen Kuala Nerus. Hanya dua nama yang disenaraikan oleh Jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Nerus iaitu Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Dr Apli Yusoff dan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Razif Abd…