PENGERUSI Perikatan Nasional (PN) Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen menafikan fitnah jahat yang dilemparkan pihak tertentu kononnya PN menggunakan wang untuk memancing pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Beliau yang juga calon PN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas mencabar pihak terbabit membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Walau bagaimanapun, Mohd Rafiq tidak menyebut pihak yang didakwa berbuat demikian.
“Fitnah jahat pihak lawan untuk memburukkan dan merendahkan reputasi Perikatan Nasional.
“Saya cabar kepada mereka yang menuduh untuk membuat laporan SPRM dan mengemukakan bukti penglibatan jentera Perikatan Nasional dalam merasuah pengundi!” katanya dalam hantaran Facebook malam ini.
Mencari barang keperluan dapur dan beramah mesra bersama penduduk setempat.
Alhamdulillah kehadiran saya diterima masyarakat setempat.
UNDILAH PERIKATAN NASIONAL
“Sihat, Telus, Falah”
DR NORDINA ABDUL LATIF Calon PN bagi kerusi DUN Ayer Molek
Kesungguhan dan semangat untuk membangunkan Kuala Linggi sentiasa menjadi agenda kami. Bersih, Berintegriti dan Prihatin adalah tagline kami.
Kerajaan Perikatan Nasional dibawah kepimpinan Abah telah membuktikan perkara itu apabila berjaya membawa negara keluar dari ancaman Covid-19. Kini kita merasai nikmat tersebut.
Besar harapan kami agar pengundi2 dapat memberi undi kepada Cikgu Aziah pada sabtu nanti. Melaka Pilih PN.
“Penyatuan Ummah, Cita-Cita Bersama Melaka Bertuah, Agama Bangsa Terbela”
AZIAH MOHD SA’AD Calon PN bagi kerusi DUN Kuala Linggi
Abdullah Mahadi menyantuni masyarakat di pekan Lendu.
Petang ni saya menyantuni warga Lendu Dalam di mana setiap petang mereka bersantai-santai di kedai Haji Mahat, alhamdullilah penerimaan baik dari orang Lendu.
Seterusnya saya bertemu dengan Mr Tan Kim Hock dan Mr Mano untuk beramah mesra dengan masyarakat di pekan Lendu, hebat ahli-ahli bersekutu.
ABDULLAH MAHADI Calon PN bagi kerusi DUN Lendu
Terima kasih kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin kerana sudi melawat Bilik Gerakan N06 Rembia.
ZAMZURI ARIFIN Calon PN bagi kerusi DUN Rembia
“Banyak yang rosak Cikgu”
Mendengar suara hati anak muda Taboh Naning semalam tentang aspek keperluan fizikal dan infrastruktur sukan di Taboh Nani
Sukan bukan sahaja untuk kesihatan, tetapi juga medium yang boleh mengelakkan anak muda darioada aktiviti yang tidak sihat.
Apabila fasiliti sukan diselenggara lebih baik, bukan sahaja anak muda yang boleh manfaatkannya, mereka yang berkeluarga juga boleh menggunakan fasiliti tersebut bersama anak-anak di hujung minggu selian remaja yang sememanga dekat dengan sukan.
ABU HASHIM ABDUL SAMAD Calon PN bagi kerusi DUN Taboh Naning
Isu banjir adalah isu utama bagi kluster permasalahan DUN Gadek. Sehubungan itu ianya akan saya jadikan agenda utama dalam membentuk penglibatan agensi yang terlibat dengan lebih berkesan.
Dari segi pelaksanaan saya akan mewujudkan entiti khas yang dibiaya oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan bagi memastikan tahap kesiapsiagaan dan tindak balas yang responsive kepada bencana banjir salah satunya adalah pasukan Prihatin yang diberi nama GADEK RANGERS.
MOHD AMIR FITRI MUHARAM Calon PN bagi kerusi DUN Gadek
Pagi tadi saya menziarahi keluarga penduduk di Paya Rumput Hilir yang telah meninggal dunia.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. AL-FATIHAH
Sempat singgah minum pagi di warung.
DR MOHD ALEEF YUSOF Calon PN bagi kerusi DUN Sungai Udang
Menyantuni pengunjung di kawasan pelancongan di Pantai Puteri.
MOHD RIDZWAN MUSTAFA Calon PN bagi kerusi DUN Pantai Kundor
Muhammad Faris Izwan Mazlan menyantuni masyarakat di Kampung Paya Rumput.
Menyantuni penduduk di Kampung Paya Rumput.
MUHAMMAD FARIS IZWAN MAZLAN Calon PN bagi kerusi DUN Paya Rumput
“TASK FORCE” BANTU GOLONGAN TERJEJAS DARI SEGI PERKERJAAN DAN PERNIAGAAN
Saya mandang serius kesan serta beban yang terpaksa ditanggung golongan yang hilang sumber pendapatan akibat pandemik Covid-19 yg melanda dunia.
Mereka yang terjejas dari segi pekerjaan dan perniagaan tidak boleh dibiarkan terkapai seorang diri tanpa sebarang bantuan.
Justeru itu, jika Perikatan Nasional (PN) berjaya pada PRN ini, kita akan wujudkan satu “TASK FORCE” untuk membantu golongan ini.
PN akan mengambil langkah-langkah lebih utuh dalam menyokong soal kebajikkan rakyat khususnya di DUN Pengkalan Batu.
MOHD AZRUDIN MD IDRIS Calon PN bagi kerusi DUN Pengkalan Batu
3 hari lagi untuk kita mengundi.
Walaupun kita marah sikap gila kuasa menyebabkan DUN dibubarkan dan kita terpaksa mengundi semasa Covid-19 masih menggila, tanggungjawab ini perlu dilakukan dengan memberi mandat kepada Perikatan Nasional pula.
Kita beri mesej jelas kepada mereka yang gila kuasa dengan mengundi calon Perikatan Nasional – Justeru, jangan lupa Undi Calon no 5 di N.21 Duyong.
DATUK KAMARUDIN SIDEK Calon PN bagi kerusi DUN Duyong
Hati saya dekat dengan Nelayan, jiwa saya suka dengan aktiviti laut ni. Ada kawan-kawan nelayan ajak minum di Jeti.
Sampai di jeti, saya nampak ramai warga nelayan setempat. Rupanya ada YB Dr. Nik Zawawi, Timbalan Menteri II (MAFI) datang bertemu dengan warga nelayan di sini.
Saya ajak YB minum bersama dengan kawan-kawan nelayan kami. Terima kasih YB datang bertemu warga nelayan di sini.
Ada beberapa isu dan keluhan yang di utarakan kepada YB Tim Menteri MAFI. Semoga ianya dapat diselesaikan dengan sempurna. Insya-Allah.
ABD ALIM SHAPIE Calon PN bagi kerusi DUN Merlimau
Kehidupan ini bukan hanya tentang memiliki, tetapi tentang menghargai dan bersyukur atas yang sudah kita miliki
MUHAMMAD JEFRI SAFRY Calon PN bagi kerusi DUN Rambai .
PERIKATAN Nasional (PN) yakin ‘menawan’ kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Molek dan DUN Bukit Katil pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu ini.
Calon PN bagi kerusi Ayer Molek, Mohd Fadly Samin dan Muhammad Al Afiz Yahya di Bukit Katil berkata, keyakinan berkenaan adalah berasaskan kajian lapangan yang dijalankan jentera parti itu.
Menurut kedua-calon berkenaan, 70 peratus pengundi di Ayer Molek dan 60 peratus pengundi di Bukit Katil mahukan perubahan.
“Mereka juga mahukan calon muda dan saya menawarkan khidmat saya sebagai calon muda terutama untuk menyelesaikan isu anak muda yang dianaktirikan,” katanya Mohd Fadly pada sidang media di Melaka hari ini.
Mohd Fadly berkata, isu pendidikan dan banjir juga menjadi fokus khidmatnya sekiranya beliau diberi mandat di kawasan itu.
Mohd Fadly berdepan saingan empat penjuru menentang Datuk Rahmad Mariman yang juga penyandang daripada Barisan Nasional (BN), Ahmad Muaz Idris (Bebas) dan Mohd Rafee Ibrahim (Pakatan Harapan (PH).
Gambar: Facebook
Sementara itu, Muhammad Al Hafiz berkata, tanggapan sesetengah pihak bahawa beliau berdepan cabaran hebat di Bukit Katil kerana berdepan bekas ketua menteri Adly Zahari sebagai momokan parti lawan semata-mata.
“Kita dah pernah duduk dalam PH, kita tahu bagaimana mereka bekerja, parti tertentu yang kerusi lebih kecil hanya boneka kepada parti yang lebih dominan, walaupun dikatakan prestasi Adly baik, tetapi saya yakin 60 peratus, PN boleh menang di Bukit Katil,” katanya yang juga Ketua Pemuda PAS Melaka.
Muhammad Al Hafiz berkata, isu keselamatan dan banjir akan tumpuannya di kawasan itu.
Selain Adly dari PH, Muhammad Al Hafiz akan berdepan dengan Datuk Hasnoor Sdg Husin (BN) dan Abdul Hamid Mustapah (Bebas). – BERNAMA
SEBARANG bentuk kerjasama dengan mana-mana pihak sebaiknya biarlah diputuskan selepas pilihan raya, kata Pengerusi Perikatan (PN) Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, buat masa ini, biarlah proses Pilihan Raya Negeri Melaka (PRN) berjalan lancar, dan beri peluang untuk rakyat Melaka untuk memilih kerajaan yang hendak dibentuk.
“Saya tidak katakan kita bersedia bekerjasama atau tidak bersedia bekerjasama… jawapan saya jangan diputar media mengatakan saya bersedia, saya tidak berkata begitu, ‘I am non-committal’.
“Saya mahu melihat apa keputusan pilihan raya dan selepas itu kita akan atur apa langkah strategi kita,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan khas bersama ‘British Malaysia Chamber of Commerce’ di Kuala Lumpur, hari ini.
Muhyiddin berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan semalam bahawa BN, sedia merintis kerjasama dengan mana-mana pihak untuk membentuk kerajaan dan tidak hanya terhad kepada PN sahaja, sekiranya hanya mampu mempertahankan 13 kerusi yang dimenangi.
“Yang penting kita teruskan usaha yang akan memutuskan nanti akhirnya pengundi-pengundi akan nilai setiap parti bertanding mereka nak sokong mana… harap mereka sokong PN dan apa pun soal berbangkit selepas itu akan lihat selepas itu.
“Kalau pengundi Melaka faham dan tahu ini adalah pilihan raya untuk negeri bukan Pilihan Raya Kecil yang nak pilih wakil rakyat seorang…sewajarnya ada satu pandangan yang agak menyeluruh undi mereka untuk bentuk kerajaan,” katanya.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan negeri di Melaka selepas memenangi 15 kerusi iaitu 8 (DAP), 3 (PKR), 2 (Amanah) dan 2 (Bersatu).
Pada 2020, PN mengambil alih kerajaan dengan 17 kerusi iaitu 14 BN, dua Bersatu dan satu Bebas sebelum empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada Sabtu ini. – BERNAMA
PERIKATAN Nasional (PN) akan mengumumkan calon Ketua Menteri pakatan itu esok, kata Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Beliau berkata, calon Ketua Menteri PN itu akan dibincangkan bersama parti komponen dalam gabungan itu, bagi memilih individu yang diterima masyarakat secara keseluruhannya serta mampu mendapat sokongan daripada pengundi di atas pagar.
“Jadi kalau pun beliau (Ketua Menteri) datang daripada seorang wanita, pernah satu ketika Melaka membawa sebuah cerita Tun Teja, di mana Tun Teja berperanan membangunkan negeri Melaka, jadi apa salahnya kalau kali ini kita meletakkan seorang wanita.
“Kita juga ada beberapa doktor, profesional, jurutera, ini kita akan bincangkan dan akan kita umumkan insya-Allah pada esok hari,” katanya di Alor Gajah, hari ini.
Pengerusi PN. Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 11 Nov dilaporkan berkata gabungan itu akan mengumumkan calon Ketua Menteri daripada Parti PribumiBersatu Malaysia (Bersatu), sebelum hari pengundian pada 20 Nov ini untuk menerajui kepimpinan Melaka, jika pakatan itu diberi mandat oleh rakyat untuk membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Setakat ini, Barisan Nasional menamakan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai calon Ketua Menteri, manakala Adly Zahari mewakili Pakatan Harapan (PH).
PN bertanding di kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Melaka, 20 Nov ini dengan parti komponennya Bersatu bertanding di 15 kerusi manakala PAS lapan, dan Gerakan lima.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 Nov ekoran pembubaran DUN pada 4 Okt lepas, susulan tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri.
Sementara itu, Hamzah mengucapkan takziah kepada keluarga bekas ADUN Asahan Datuk Seri Abdul Ghafar Atan, yang meninggal dunia di Hospital Melaka, hari ini.
“Takziah kepada keluarga bekas ADUN Asahan, Datuk Seri Abdul Ghafar Atan, baru sahaja saya dapat berita bahawa beliau telah meninggalkan kita.
“Beliau juga merupakan sahabat dalam politik ini. Dalam pejuangan kadang kala sahabat akan terus jadi sahabat, tetapi dalam nak menentukan masa depan, perjuangan lebih mustahak,” katanya.
CALON Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, beliau tidak mengambil kisah tentang apa yang dikatakan oleh pihak lain terhadapnya.
Sebaliknya, beliau hanya ingin menabur bakti kepada masyarakat di sekitar kawasan Tanjung Bidara.
“Apa yang saya lakukan ini, tak kisahlah apa orang nak cakap, cakaplah. Apa orang nak kata, katalah. Tapi apa yang penting, tuan-tuan dan puan-puan tahu, Allah juga tahu. Selagi nafas dihela, selagi hayat masih ada, saya dan rakyat Tanjung Bidara berpisah tiada.
“Saya, MAS ERMIEYATI calon PERIKATAN NASIONAL untuk TANJUNG BIDARA. Mohon sokongan dan undi daripada anda,” jelasnya dalam hantaran Facebook miliknya, hari ini.
Mas Ermieyati diberi kepercayaan untuk mengambil alih kerusi DUN Tanjung Bidara dari penguasaan Barisan Nasional (BN).
Dua lagi calon yang bertanding merebut kerusi tersebut ialah Zainal Hassan dari Pakatan Harapan (PH) dan Datuk Seri Ab Rauf Yusof dari BN.
Sementara itu, dalam hantaran berasingan, Mas Ermieyati berkata, beliau akan meminta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) membantu seorang nelayan yang terjejas setelah bot miliknya rosak dalam kejadian ribut pagi tadi.
Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) berkata, kejadian itu melibatkan seorang nelayan yang dikenali sebagai Abang Ali di Pengkalan Balak.
“7.00 pagi tadi saya dapat berita yang kejadian ribut pagi tadi telah menyebabkan kerosakan bot nelayan, Abang Ali di Pengkalan Balak. Saya ke sana pagi ni. Habis perkakasan ke laut bersepah.
“Baru semalam saya terserempak dengan dia selepas makan di kedai Mak Jah. Terbayang mukanya tersenyum riang semalam. Insya-Allah saya akan minta bantuan dari pihak MAFI untuk diberikan perhatian segera.
“Kedai dan rumah pemilik kedai lempeng D’Ambang Sore Batu Tenggek semalam pun dinaiki air. Pagi ni ombak kuat dan bergelora. Keadaan belakang rumah dan kedai yang tak ditambak menyebabkan air mudah melimpah kalau berlaku ombak kuat,” katanya lagi.
SEORANG mangsa kemalangan jalan raya baru-baru ini menghargai pertolongan yang diberikan oleh calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal, Ja’afar Othman.
“Terima kasih banyak-banyaklah sebab tolong saya kemalangan hari itu,” kata Khairani kepada Ja’afar yang meluangkan masa mengunjunginya semalam.
Rakaman video kemalangan yang melibatkan motosikal yang ditunggang Khairani dan sebuah kereta dikongsi dalam laman Facebook milik Ja’afar.
Insiden berlaku di simpang tiga berhampiran sebuah hentian bas di lokasi yang tidak dinyatakan.
Kelihatan Ja’afar dan beberapa individu lain segera bergegas membantu Khairani yang terbaring di atas jalan raya akibat kemalangan tersebut.
Ja’afar Othman mengunjungi Khairani di rumahnya, semalam.
Dalam rakaman video yang sama, Ja’afar berkata, beliau secara kebetulkan berada di lokasi kejadian.
“Hari kejadian tu kebetulan saya ada. Kalau bukan sebab pilihan raya pun, kita kan orang sekampung, kita kenal orang kampung kita.
“Kebetulan kemalangan berlaku di depan mata saya, dan sahabat-sahabat saya ada, kita cuba bantulah,” katanya.
Ja’afar turut mendoakan supaya Khairani cepat sembuh dan dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat meneruskan kehidupan seharian seperti biasa.
Pada PRN Melaka Sabtu ini, Ja’afar akan mencabar penyandang kerusi DUN Durian Tunggal, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab dari Pakatan Harapan (PH).
Dua lagi calon yang bertanding ialah Mohd Erfan Mahrilar (Bebas) dan Zahari Abd Kalil (BN).
TIDAK dinafikan pengalaman amat penting dalam menilai keupayaan seseorang.
Namun, jika peluang tidak diberikan kepada seseorang, khususnya ‘orang baharu’ bagaimana seseorang itu akan beroleh pengalaman?
Hal yang sama berlaku kepada calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban, Dr. Mohd. Yadzil Yaakub.
Sebagai calon muka baharu berbanding empat lawannya, doktor perubatan swasta itu mengharapkan pengundi DUN Bemban menberikannya peluang untuk membuktikan kepimpinannya membawa perubahan di kawasan itu.
“Saya faham, saya satu-satunya calon baharu di antara 5 calon di Bemban, semua ‘heavyweight’, empat orang pencabar saya adalah ‘heavyweight’, dan saya hormati mereka semua.
“Bagi saya, kalau kita berfikir tiada pengalaman, saya rasa tidak akan ada orang berpengalaman jika tidak diberi peluang.
“Jadi saya sangat berharap saya diberi peluang itu, supaya saya dapat tunjukkan apa yang saya aspirasikan. Jika saya tidak diberi peluang, harapan itu terkubur sahaja,” katanya kepada SatuBerita.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabtu ini, Dr. Yadzil yang juga Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Melaka akan ditentang Azmi Kamis (Bebas), Ng Choon Koon (Bebas), Tey Kok Kiew (PH) dan Datuk Koh Chin Han (BN).
Yadzil yang juga Ketua Bahagian Bersatu Jasin berkata, sama seperti lumrah kehidupan manusia yang meningkat secara berperingkat-peringkat, politik juga memerlukan iltizam yang sama.
“Kita tidak dilahirkan terus berdiri, terus berlari. Kita dilahirkan dengan merangkak, kemudian berjalan dan akhirnya berlari.
“Jadi itu yang perlu kita fikirkan, yang paling penting sekali seseorang pemimpin itu ingin berubah menjadi lebih baik dan dia ingin membawa satu perubahan kepada rakyat,” ujarnya.
Mengulas tentang DUN Bemban, beliau berkata, kawasan Bemban berpotensi dimajukan termasuk dalam bidang kesihatan, pendidikan dan pelancongan.
“Jadi kita perlu gunakan apa kekurangan kepada Bemban untuk kita bangunkan, supaya wujudkan peluang-peluang pekerjaan,” katanya.
Beliau menambah, selain pembangunan, usaha membentuk satu kerajaan yang lebih stabil juga penting supaya pembangunan dan apa sahaja janji yang dibuat dapat disempurnakan, dijadikan kenyataan.
Sehubungan itu beliau berharap, semua pengundi DUN Bemban tidak takut untuk keluar mengundi pada Sabtu ini.
“Saya faham, masih ramai takut untuk keluar mengundi, kerana kes Covid-19 yang semakin meningkat, walaupun kita sudah dapat dua dos (vaksin), masih ramai yang takut.
“Saya yakin pihak Suruhanjaya Pilihan Raya, Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara sudah bincang dengan rapi, sudah siapkan SOP dengan baik semata-mata untuk menjamin keselamatan setiap pengundi untuk keluar mengundi.
“Jadi kita kena ambil peluang ini, ini masa untuk kita berubah,” katanya.
SEMALAM, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin meluangkan masa bersama rakyat di beberapa lokasi sekitar Melaka.
Beliau turut meluangkan masa bertanya khabar dan mendengar masalah mereka.
Gambar: Facebook Muhyiddin Yassin
Menurut Muhyiddin, rata-rata penduduk di Melaka yang ditemui menyatakan terima kasih di atas segala bantuan yang dihulurkan kerajaan PN dahulu ketika pandemik COVID-19 mula melanda negara.
Berikut adalah perkongsian bekas Perdana Menteri itu mengenai aktiviti seharian di Melaka semalam bagi membantu kempen calon-calon PN yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka:
“Pagi tadi saya berkesempatan singgah bersarapan di Warung Maznah di Alor Gajah. Saya perhatikan ramai juga penduduk bersarapan di sini. Sambil-sambil bersarapan saya sempat bertanya khabar dan mendengar serba sedikit masalah mereka.
“Saya kemudiannya ke Tanjung Bidara makan tengah hari di Warung Anak Jeram. Menu lauk ikan keli dan daging masak lemak cili api di sini memang sedap. Seperti selalu, pelanggan yang ditemui berkongsi masalah dan harapan mereka bagi Pilihan Raya Negeri Melaka ini.
Gambar: Facebook Muhyiddin Yassin
“Saya turut singgah ke Masjid Kg Al-Anshariah Lubok Redan dan Masjid Al-Syuhada Kem Terendak Sg Udang untuk menunaikan solat Zohor dan Asar berjemaah bersama penduduk di kedua-dua kawasan.
“Pada sebelah petang pula, saya meluangkan masa minum petang di Medan Selera Taman Terendak Permai Sg Udang. Di sini saya berpeluang menyantuni dan bertanya khabar pelbagai lapisan masyarakat termasuk anggota beruniform. Mereka bercerita banyak perkara dengan saya, terutama hal berkaitan masalah penduduk setempat selain pandangan dan harapan terhadap parti yang bertanding dalam pilihan raya ini.
“Alhamdulillah, hampir kesemua penduduk yang saya temui masih bercerita dan berterima kasih atas segala bantuan yang diberikan kerajaan ketika pandemik COVID-19 mula melanda negara.
Gambar: Facebook Muhyiddin Yassin
“Sebelum pulang Ke Kuala Lumpur, saya singgah menunaikan solat isyak di Masjid Al-Hilal Pantai Rondang, Pantai Kundor sebelum menikmati makan malam di Warung Cekodok yang terletak tidak jauh dari masjid.
“Terima kasih Melaka atas layanan mesra dan makanan yang semuanya sedap-sedap belaka. Kalau ada lagi tempat makan yang enak-enak di Negeri Bersejarah ini, bolehlah kongsi dengan saya. Insya-Allah, saya boleh cuba bila ke sini lagi.”
CALON Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelebang, Bakri Jamaluddin tidak dapat menahan perasaan sebak ketika menceritakan tentang pengorbanan arwah ibunya bagi memastikan beliau cemerlang dalam bidang pelajaran serta berjaya dalam kehidupan.
Malah, air mata beliau tidak dapat ditahan lagi ketika mengimbau kembali tentang ibunya yang sanggup menemaninya mengulang kaji pelajaran semasa di bangku sekolah dahulu.
“Kadang-kadang saya bangun 3 pagi belajar, ibu akan bangun tunggu. Itulah pengorbanan ibu saya…” katanya dalam nada sebak sebelum air matanya menitis dalam wawancara yang disiarkan melalui laman Facebook beliau, hari ini.
Setelah kesedihannya reda sedikit, Bakri berkata, apa sahaja permintaan arwah ibunya tidak pernah dikecewakan oleh beliau dan adik beradik yang lain.
“Hatta kalau saya dapat bonus pun beliau tanya: Kau dapat bonus berapa bulan?
“Saya kata dua bulan. Boleh bagi mak sebulan, saya bagi. Tapi di akhir hujung hayatnya baru kami tahu bahawa wang yang saya berikan dia itu sebenarnya diinfaq kepada sebuah sekolah,” jelasnya.
Dalam hantaran yang sama, Bakri mengakui beliau belum pernah lagi menitiskan air mata sebegitu.
Berikut adalah catatan penuh beliau:
“Saya nak buat pengakuan kepada semua..
“Belum pernah lagi saya menitiskan air mata sebegini. Bila teringat pengorbanan arwah ibu, pasti menitis air mata saya.
“Saya lahir dari keluarga susah, abang saya terpaksa berhenti belajar untuk bantu saya sambung pelajaran.
“Setiap kali saya bangun belajar sehingga 3 pagi, ibu saya sanggup tunggu saya. Sampai satu masa, ibu bagi semangat kepada saya, dia rendam kaki saya supaya saya tidak mengantuk.
“Itulah pengorbanan arwah ibu yang saya takkan lupa. Saya berjaya harini juga atas doa ibu saya.
“Ibu saya selalu pesan, kalau dah senang nanti, kena ingat orang susah, kena bantu mereka. Pesan ibu tak pernah saya lupakan. Sekiranya saya diberi rezeki menjadi pemimpin di Kelebang nanti, golongan B40 ni lah yang akan saya bantu terlebih dahulu. Saya faham kesusahan mereka kerana saya juga bermula dari situ.
“Insya-Allah, saya akan bersama warga Kelebang merealisasikannya.
“Kelebang sejahtera harapan kita bersama.
“Saya Bakri Jamaluddin, sedia berkhidmat untuk anda.”
Bakri berdepan saingan daripada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lim Ban Hong dan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Gue Teck pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu ini.