POLIS Selangor berjaya merampas dadah jenis metamphetamine yang dianggarkan bernilai RM13.26 juta dalam dua serbuan pada 5 Disember lalu. Ketua Polisnya, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, bertindak atas maklumat, pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman telah menahan empat suspek di kawasan pusat membeli belah di Putrajaya. Katanya, hasil serbuan, polis menemukan bungkusan plastik…