Tag: Najib Razak
-
‘Tak sangka seseorang akan guna akaun Najib untuk gubah wang haram’ – Bekas Pengurus Ambank
BEKAS pengurus perhubungan Ambank, Joanna Yu Gin Ping memberitahu dia tidak menyangka seseorang akan menggunakan akaun bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk aktiviti pengubahan wang haram. Yu juga percaya Najib sedia maklum mengenai transaksi dalam akaun bank yang telah diklasifikasikan bank dan menjadi keutamaan bank untuk melindungi identiti pelanggan sebagai ahli politik.…
-
Halimah gesa Zahid berjiwa besar letak jawatan macam Najib
BEKAS Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Halimah Mohamed Sadique menggesa Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan susulan kekalahan teruk parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) semalam. Menurut beliau, UMNO tidak mampu dan tidak boleh lagi menanggung segala liabiliti individu dalam parti yang hanya…
-
Permohonan Najib cabar keputusan Jabatan Penjara ditolak
MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mencabar keputusan Jabatan Penjara yang enggan membenarkan beliau menghadiri persidangan Dewan Rakyat. Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid memutuskan bahawa tiada isu yang timbul untuk dipertimbangkan oleh mahkamah, kerana Najib bukan lagi ahli parlimen berikutan pembubaran parlimen pada 10 Okt. “Sebaik sahaja…
-
PRK Pekan jika BN menang, Najib diampunkan
PILIHAN Raya Kecil (PRK) Parlimen Pekan akan diadakan dalam tempoh tertentu, sekiranya Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan kemudian Datuk Seri Najib Razak diberi pengampunan diraja. Ini bermakna Ahli Parlimen Pekan daripada BN, mesti mengembalikan kerusi itu kepada Najib apabila keadaan mengizinkan. Perkara itu ditegaskan oleh Timbalan Ketua…
-
Parlimen sudah bubar, permohonan Najib cabar Jabatan Penjara tak lagi relevan
PERMOHONAN Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mencabar keputusan Jabatan Penjara yang enggan membenarkan beliau menghadiri sidang Dewan Rakyat kini bersifat akademik kerana Parlimen sudah dibubarkan, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu hari ini. Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan, yang mewakili Jabatan Peguam Negara (AGC), berkata oleh itu, Najib tidak seharusnya dibenar meneruskan permohonan semakan kehakimannya…
-
Najib tidak terima layanan istimewa di Penjara Kajang
BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak diberi layanan istimewa di Penjara Kajang. Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Muhamad berkata semua kakitangan Jabatan Penjara tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) dalam menguruskan banduan. “Kami memberikan layanan yang sama kepada setiap banduan dan tidak timbul soal berat sebelah. “Najib sedang menjalani hukuman penjara dan perlu…
-
RM2.08b daripada sembilan transaksi masuk akaun Najib
MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu, akaun peribadi AmIslamic Bank milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menerima kemasukan wang berjumlah RM2.08 bilion melalui sembilan transaksi pada 2013. Lapor Berita Harian, Pengurus Cawangan Ambank (M) Berhad Jalan Raja Chulan R Uma Devi, yang juga saksi ke-37 pendakwaan mengesahkan kemasukan wang itu ke dalam…
-
RM90.89 juta masuk akaun peribadi Najib – Saksi
MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu, sejumlah RM90.89 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi AmIslamic Bank milik Datuk Seri Najib Razak melalui dua transaksi pada Oktober dan November 2012. Berita Harian melaporkan, perkara itu dinyatakan saksi ke-37 pendakwaan yang juga Pengurus Cawangan Ambank (M) Berhad Jalan Raja Chulan, R Uma Devi, ketika beliau dirujuk…
-
Najib dihantar semula ke Penjara Kajang
BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dihantar semula ke Penjara Kajang setelah selesai menjalani pemeriksaan dan rawatan rehabilitasi di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC). HRC menerusi satu kenyataan berkata, pakar perunding perubatan dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan HRC telah memberikan pelepasan perubatan dan membenarkan beliau dihantar semula ke Penjara Kajang. Menurutnya, ini susulan hasil…
-
Cukai tertunggak RM1.7b: Najib, anak berjaya gantung penghakiman terus
DATUK Seri Najib Razak dan anaknya Mohd Nazifuddin berjaya mendapatkan perintah mahkamah tertinggi negara untuk menggantung pelaksanaan penghakiman terus dalam kes cukai tertunggak lebih RM1.7 bilion dihadapi mereka sementara menunggu pelupusan rayuan. Memetik laporan Malaysiakini, panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat membenarkan permohonan penangguhan itu,…