Tag: LCS
-
Pembinaan semula LCS selepas kontrak tambahan dimuktamad
PROJEK pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) dijangka dapat disambung semula tiga bulan selepas kontrak tambahan keenam projek itu dimuktamadkan, kata Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Abdul Rahman Ayob. Beliau berkata kontrak yang sedang disediakan Kementerian Pertahanan itu akan melibatkan beberapa pindaan termasuk tempoh masa dan kos. Seperti sedia maklum mesyuarat jemaah menteri pada 19 April…
-
‘Kenapa PM tak arah polis, SPRM siasat Zahid isu LCS’
AHLI Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim, mempersoalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang tidak mengarahkan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas siasatan atau membuat pertuduhan terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kata laporan. Memetik laporan Berita Harian, ia susulan Perdana Menteri sebagai Ketua Pembangkang sebelum ini, didakwa amat lantang bersuara hingga menyatakan…
-
Siasatan LCS masih berjalan, kata Azalina
SIASATAN ke atas kes projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih berjalan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said. Menurut beliau, beberapa kertas siasatan sudah dibuka dan keterangan daripada pelbagai pihak perlu diperoleh termasuk dari luar negara. “Bagaimanapun, terdapat kertas siasatan…
-
LCS: Pengurangan kapal dibawa semula ke mesyuarat Kabinet
KEPUTUSAN mengurangkan bilangan kapal Tempur Pesisir Pantai (LCS) daripada enam kepada lima unit akan dibawa semula ke mesyuarat kabinet dalam kerajaan baharu. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kerajaan terdahulu menerusi mesyuarat Kabinet terakhir memutuskan supaya pembinaannya dihadkan kepada lima unit sahaja. “Memandangkan kerajaan ini adalah kerajaan baru, maka Kementerian Pertahanan merasakan perlu kementerian…
-
LCS: Aktivis persoal kenyataan ‘pusingan-U’ Anwar
SEORANG aktivis Kua Kia Soong menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi penjelasan mengapa kerajaan memutuskan untuk meneruskan projek kapal tempur pesisir (LCS) bernilai RM9 bilion yang dibayangi skandal. Bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya itu berkata, semasa Anwar menjadi ketua pembangkang, beliau menggesa supaya fasa seterusnya projek LCS dimansuhkan dengan berkata, dana itu perlu…
-
Saya dah dedah, fokus sekarang siapkan LCS dengan wang berbaki – Rafizi
TIMBALAN Presiden PKR Rafizi Ramli membidas pihak yang mempersoalkan pendiriannya berhubung isu skandal projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS). Memetik laporan Free Malaysia Today, ahli Parlimen Pandan itu berkata, beliau sudah selesai melakukan pendedahan mengenai kemungkinan berlaku penyelewengan dalam projek LCS malah ada pihak yang sudah didakwa serta terdapat siasatan masih berjalan. “Dah dedah penuh…
-
LCS: SPRM sedia jumpa Raja Petra atas dakwaan babit Zahid
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia menemui penulis blog, Raja Petra Kamarudin mengenai dakwaannya terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menerima sogokan SGD20 juta (kira-kira RM67 juta) berkaitan projek bermasalah kapal tempur pesisir (LCS). Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memberitahu FMT, agensi itu akan membenarkan Raja Petra yang dikenali sebagai RPK mencadangkan lokasi…
-
LCS: Ahli Parlimen buat laporan SPRM penglibatan menteri
AHLI Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir hari ini membuat laporan SPRM bagi menggesa siasatan terhadap dakwaan penglibatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dalam skandal projek kapal pesisir (LCS). Memetik laporan Malaysiakini, Akmal berkata, laporan itu dibuat bagi mengembalikan tumpuan terhadap skandal projek berjumlah RM9 bilion itu. “Apa yang…
-
LCS: Kit Siang gesa Ahmad Zahid berundur Presiden UMNO
VETERAN DAP Lim Kit Siang menggesa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berundur daripada memimpin parti itu susulan skandal pemerolehan kapal tempur pesisir (LCS). Memetik laporan Malaysiakini, Lim berkata, Zahid bukan saja gagal membersihkan dirinya tetapi juga kemungkinan penglibatan perdana menteri ketika itu Datuk Seri Najib Razak. “Ahmad Zahid harus berundur sebagai presiden Umno…
-
LCS: Laporan audit tunjuk perjanjian ‘luar biasa’ sebelum kontrak diberikan
DUA audit yang dijalankan secara berasingan berhubung pembelian enam Kapal Tempur Pesisir (LCS) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mendedahkan bahawa kemungkinan terdapat perjanjian antara kontraktor utamanya dan pembuat kapal kontroversi, DCNS sebelum kerajaan mengeluarkan kontrak. Memetik laporan Malaysiakini, ini berdasarkan sebut harga yang dikeluarkan oleh DCNS kepada Boustead Naval Shipyard (BNS) bertarikh 23 Disember…