KEMENTERIAN Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur merampas 43,929 unit barangan berjenama disyaki tiruan bernilai lebih RM1 juta selepas menyerbu empat stor di kompleks pemborong di Jalan Kenanga, Kuala Lumpur, Selasa lalu. Serbuan oleh penguat kuasa KPDNHEP Kuala Lumpur bersama wakil pemilik cap dagang itu dilakukan selepas risikan selama dua minggu.…