SEBANYAK 2,505 unit barangan tiruan bernilai RM250,000 dirampas di sembilan premis melibatkan enam stor serta tiga gerai di Jalan Petaling menerusi Ops PUTRA 3.0 yang dijalankan Selasa lalu. Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Lumpur, Ariffin Samsudin berkata, dalam serbuan tersebut, dua lelaki dan seorang wanita tempatan yang merupakan pemilik…