Tag: Kemalangan
-
Pelajar tahfiz maut, 11 cedera pulang beli baju raya
SEORANG pelajar tahfiz maut, manakala 11 lagi cedera apabila van dinaiki mereka terbabas memasuki parit dalam kemalangan di Jalan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Taman Bendahara, Pengkalan Chepa, dekat Kota Bharu pada 11.32 pagi tadi. Dalam kejadian itu, van jenis Ssangyong yang dinaiki pelajar tahfiz tersebut dipercayai dalam perjalanan pulang daripada membeli pakaian raya…
-
Suami isteri maut kereta berlanggar dengan lori
Oleh BADLISHAH MAT SEPASANG suami isteri maut setelah kereta dinaiki mereka kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 38.2, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah utara di Alor Setar, petang semalam. Dalam nahas pada pukul 6.29 petang itu, mangsa yang disahkan maut di tempat kejadian merupakan lelaki berusia 35 tahun dan isterinya yang berumur 31 tahun.…
-
Pemandu lori, kelindan maut rempuh belakang treler rosak
SEORANG pemandu lori dan kelindannya maut selepas kenderaan dinaiki mereka melanggar bahagian belakang sebuah treler rosak, yang diletakkan di tengah jalan di Kilometer 43.5 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, di Gua Musang pagi tadi. Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata kejadian berlaku, ketika kedua-dua mangsa menaiki lori kecil membawa muatan cat dari…
-
Tiga wanita maut kereta bertembung treler muatan sawit
TIGA wanita termasuk dua beradik maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan bertembung dengan treler membawa muatan sawit di Kilometer 27 Jalan Ibam-Rompin, Rompin malam tadi. Ketua Polis Daerah Rompin DSP Mohd Azahari Mukhtar berkata kemalangan pada 10.51 malam itu menyebabkan semua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan. Mereka…
-
Lebih 1,400 kemalangan hari kelima Op Selamat 19
SEBANYAK 1,445 kemalangan direkodkan di seluruh negara pada hari kelima Op Selamat 19, semalam. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata ia melibatkan 1,724 kenderaan dengan kereta mencatatkan kemalangan tertinggi iaitu 1,310 kes, diikuti pacuan empat roda dengan 230 kes, motosikal (144), lori (17), bas (11), van (sembilan), teksi (dua) dan ambulans…
-
Treler bawa lebih 500 tong gas terbalik
SEBUAH treler membawa lebih 500 muatan tong gas kosong terbalik di Kilometer 17, Jalan Bahau-Rompin, dekat Jempol, 12.25 tengah hari tadi. Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata kejadian berlaku semasa pemandu treler itu dalam perjalanan dari Bahau menghala ke depoh Melaka untuk pengambilan gas. Katanya pemandu berusia 45 tahun itu tersepit di bahagian depan…
-
Nahas 6 maut: Duit RM40 pemberian terakhir anak buat bapa
DUIT RM40 yang diberikan Mohd Ashraf Rafiq Mohd Arifin, 11, adalah kenangan terakhir bagi bapanya, Mohd Arifin Syamsuddin sebelum anaknya itu meninggal dunia dalam kemalangan maut yang membabitkan dua kenderaan di Kilometer 71, Jalan Batu Pahat-Mersing, Kahang, petang semalam. Mohd Arifin, 32, berkata pada mulanya dia enggan menerimanya, namun anak sulungnya itu berkeras tetap mahu…
-
Ribuan telur ayam pecah, bertaburan atas lebuh raya
RIBUAN telur ayam pecah dan bertaburan di atas jalan raya selepas sebuah lori membawa muatan itu terlibat dalam kemalangan di Kilometer 242.6 Lebuhraya Utara Selatan(PLUS) arah utara dekat Rembau, hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu mengakibatkan kesesakan lalu lintas sejauh lima kilometer. Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, siasatan…
-
Lelaki hilang tiga hari rupanya maut selepas terbabas di selekoh jalan
MISTERI kehilangan seorang lelaki sejak Sabtu lepas akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemukan di KM22 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, petang semalam. Ketua Polis Daerah Gerik Supt Zulkifly Mahmood berkata sebelum itu, bapa mangsa membuat laporan polis berhubung kehilangan anaknya berusia 46 tahun itu di Balai Polis Kuala Ketil kira-kira 2 petang semalam. “Rakan-rakan mangsa kemudian mencarinya selain memaklumkan…
-
Dua maut kereta terjunam dalam parit
DUA lelaki maut selepas kenderaan yang mereka naiki terhumban ke dalam parit berhadapan Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya, Meru, awal pagi tadi. Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada 5.19 pagi. “Kereta jenis Honda Accord dinaiki kedua-dua mangsa mengalami remuk di bahagian hadapan dan pihak bomba…