Tag: Johor
-
Pegawai kanan Polis Johor antara tiga ditahan SPRM
POLIS Kontinjen Johor mengesahkan seorang pegawai kanan polis dan dua pegawai rendahnya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam. Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, siasatan selari sedang dijalankan Jabatan Pematuhan Standard (JIPS) bersama pihak SPRM. “Polis Johor mengesahkan tangkapan yang dibuat oleh SPRM membabitkan seorang pegawai kanan dan dua pegawai rendah polis,…
-
Penubuhan Kerajaan Perpaduan tidak berlaku di Johor, kata Zahid
PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan, penubuhan Kerajaan Perpaduan seperti yang berlaku di Melaka, tidak mungkin berlaku di negeri lain, termasuk Johor. Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri sehubungan itu meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung penubuhan Kerajaan Perpaduan termasuk di Johor. Menurut beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional…
-
Banjir di Johor pulih, 2 PPS terakhir ditutup
BANJIR di Johor akhirnya pulih selepas lebih empat minggu 141 penduduk terjejas berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS). Mereka melibatkan seramai 62 mangsa daripada 15 keluarga di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Medan dan 79 mangsa daripada 22 keluarga di Dewan Orang Ramai Yong Peng. Kesemua penduduk dibenarkan pulang selepas lebih empat minggu berlindung di…
-
Projek tebatan banjir disegerakan untuk kurangkan impak bencana – Anwar
PROJEK-projek tebatan banjir akan disegerakan untuk mengurangkan impak bencana itu di negara ini pada masa depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican telah diarahkan untuk menyegerakan projek-projek tebatan banjir itu. “Saya telah minta Perbendaharaan untuk segerakan proses tender segera untuk mengurangkan…
-
Mangsa banjir di Johor meningkat malam ini, Melaka dan Pahang berkurangan
JUMLAH mangsa banjir di Johor terus mencatatkan peningkatan malam ini manakala situasi di Melaka dan Pahang yang menunjukkan pengurangan jumlah mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS). Meskipun hanya tinggal tujuh daerah sahaja di JOHOR yang terjejas banjir, namun jumlah mangsa meningkat kepada 42,851 orang setakat 8 malam ini berbanding 41,543 pada 2 petang tadi.…
-
Mangsa banjir lepasi 50,000 orang di lima negeri
JUMLAH mangsa banjir berada pada angka 50,791 orang setakat jam 2 petang ini melibatkan lima negeri dengan jumlah terus meningkat dan paling ramai adalah di Johor. Johor merekodkan 46,742 orang diikuti Pahang (3,042), Melaka (516), Negeri Sembilan (478) dan Selangor (13). Di JOHOR, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), memaklumkan, empat lagi pusat pemindahan sementara (PPS)…
-
Tidak perlu darurat bencana, hujan semakin berkurangan – PM
KERAJAAN hari ini mengekalkan keputusannya untuk tidak mengumumkan darurat bencana di Johor, susulan jangkaan cuaca yang dilihat semakin baik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Keputusan kerajaan tidak umumkan darurat kerana jangkaan hujan sudah mula berkurangan dan di beberapa tempat (banjir) dah surut, walaupun ada beberapa tempat yang ada (banjir) termenung ni, tetapi tidak…
-
Banjir di Johor membimbangkan, jumlah mangsa meningkat 44,860 orang
KEADAAN banjir di beberapa negeri semakin membimbangkan dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara meningkat kepada 48,989 orang setakat pagi ini. Johor terus mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 44,860 orang diikuti Pahang (2,978), Negeri Sembilan (587), Melaka (493) dan Selangor (71). Di JOHOR, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi…
-
Mangsa banjir di empat negeri terus meningkat, lebih 31,000 dipindahkan
JUMLAH mangsa banjir di empat negeri terus meningkat malam ini dengan 31,375 orang ditempatkan di 241 pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 29,091 mangsa petang tadi. Di JOHOR, jumlah mangsa meningkat kepada 28,486 orang setakat jam 8 malam ini berbanding 26,633 orang petang tadi dengan sebuah lagi PPS dibuka, menjadikan jumlah keseluruhan 198 PPS beroperasi di…
-
Banjir: Kerajaan Kelantan sumbang RM50,000 kepada negeri Johor
KERAJAAN Kelantan menyalurkan sumbangan bernilai RM50,000 kepada Johor yang sedang mengalami bencana banjir. Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob berkata sumbangan itu sebagai tanda kebersamaan bagi membantu mangsa banjir di negeri berkenaan. “Kerajaan negeri turut bersimpati kejadian banjir yang berlaku di Johor. Semoga Allah SWT memudahkan urusan dan memberikan ketabahan kepada semua mangsa banjir yang…