Tag: denda
-
4 lelaki didenda RM150,000 guna Sim Box
TINDAKAN empat lelaki menggunakan kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membawa padah apabila dijatuhi hukuman denda RM150,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini. Memetik laporan Harian Metro, Hakim, N Priscilla Hemamalini, membuat keputusan itu selepas Chua Vi Vern, 32, Lu En Ci, 25, Liew Kok Chun, 28 dan Kitmikael,…
-
Remaja didenda RM300 buat laporan polis palsu
TINDAKAN seorang remaja memberi maklumat palsu kepada penjawat awam dua bulan lalu mengundang padah apabila dia didenda RM300 oleh Mahkamah Juvana Kuala Lumpur. Memetik laporan Free Malaysia Today, sekiranya gagal membayar denda itu, pelajar kolej berusia 17 tahun itu berdepan hukuman penjara tujuh hari. Hukuman itu dijatuhkan selepas remaja itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang…
-
Sindiket penipuan antarabangsa: Dua warga UK dipenjara, denda
DUA lelaki warga United Kingdom (UK) yang terbabit sindiket penipuan pelaburan antarabangsa berjumlah lebih RM600,000 dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini. Hakim Rozilah Salleh memutuskan demikian selepas Andrew Mark Peters, 55, dan Darren Anthony Mcnicholas, 51, mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan yang dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Inggeris. Andrew yang…
-
Rasuah urus jenazah, 3 pembantu kesihatan dipenjara, didenda
TIGA pembantu perawatan kesihatan (PPK) di Hospital Serdang masing-masing dipenjara tiga hingga lima bulan serta denda antara RM5,000 dan RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini kerana menerima rasuah berkaitan kerja-kerja pengurusan jenazah. Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Shah Rizan Yasak, 43; Mohd Riduan Ibrahim, 41, dan Muhamad Yusri Yusof, 36,…
-
Pemandu van kilang didenda RM10,000, penjara 10 hari rasuah polis RM200
SEORANG pemandu van kilang didenda RM10,000 dan penjara selama 10 hari oleh Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, Butterworth, Pulau Pinang hari ini selepas mengaku bersalah memberi suapan sebanyak RM200 kepada seorang anggota polis berpangkat Koperal kira-kira dua tahun lalu. Tertuduh, M. Kalaithasan, 53, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah sebaik sahaja pertuduhan ke atasnya dibacakan di…
-
Rasuah urus jenazah: Dua penolong pegawai perubatan dipenjara, denda
DUA penolong pegawai perubatan di Hospital Kajang dipenjara masing-masing lapan dan enam hari oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini kerana menerima rasuah berkaitan kerja-kerja pengurusan jenazah antara 2019 dan 2021. Hakim Rozilah Salleh menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Mohd Redzuan Che Husain, 34, dan Mohd Fariq Ariffin, 34, selepas masing-masing mengaku bersalah atas empat dan tiga…
-
Buruh pukul anjing guna kayu hingga cedera didenda RM23,000
SEORANG buruh yang memukul seekor anjing betina dengan sebatang kayu sehingga cedera, didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Ampang dekat Ampang hari ini. Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob menjatuhkan hukuman itu ke atas Yong Kay Sang, 62, selepas dia mengaku bersalah memukul haiwan milik Yee Chan Fai, 35, di sebuah rumah di Taman Saga di…
-
Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan
PELAKON dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Kamaludin Md Said membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan akhir Farid Kamil, 41, selaku perayu bagi mengetepikan hukuman penjara sembilan bulan yang dijatuhkan oleh…
-
Rasuah: Bekas Hakim Mahkamah Sesyen dipenjara, denda
SEORANG bekas Hakim Mahkamah Sesyen hari ini dihukum penjara enam bulan dan denda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas didapati bersalah atas satu pertuduhan rasuah berhubung prosiding mahkamah. Hakim Rasyihah Ghazali menjatuhkan hukuman itu ke atas Azmil Muntapha Abas, 48, iaitu bekas Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu, selepas mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes…
-
Bekas perunding unit amanah didenda RM2 juta tipu pelabur
SURUHANJAYA Sekuriti (SC) menegur dan mengenakan denda sebanyak RM2 juta terhadap bekas perunding unit amanah, Harani Kamarudin, atas kesalahan menipu pelabur. Memetik laporan Berita Harian, Harani dikesan melakukan penipuan itu di antara November 2012 hingga November 2019, dan menyebabkan mangsa kerugian RM1.32 juta. Dalam kenyataannya, SC berkata, penemuan pelanggaran dan sekatan yang dikenakan terhadap Harani,…