SEORANG pembantu rumah warga asing kini menjadi buruan polis selepas disyaki melarikan barang kemas milik majikannya dianggarkan bernilai sehingga RM69,000 dalam kejadian di sebuah rumah di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Khamis lalu. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek berusia 27 tahun…