Tag: Covid-19

  • COVID-19: Tujuh kes import antara 583 kes baharu

    COVID-19: Tujuh kes import antara 583 kes baharu

    SEBANYAK 583 kes baharu Covid-19 direkodkan di seluruh negara, semalam dengan tujuh daripadanya melibatkan kes import. Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal KKMNow, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif jangkitan wabak itu meningkat kepada 5,026,164 kes. Data sama turut merekodkan satu kematian baharu akibat Covid-19, menjadikan angka keseluruhan korban meningkat kepada 36,853 orang. Selain…

  • Semakin banyak negara laksana sekatan COVID-19 terhadap pelancong China

    Semakin banyak negara laksana sekatan COVID-19 terhadap pelancong China

    SEMAKIN banyak negara melaksanakan sekatan COVID-19 ke atas pelancong dari China dengan United Kingdom menjadi negara terbaharu pada Jumaat yang mewajibkan ujian COVID-19 sebelum berlepas. “Mulai 5 Jan, pelancong dari China ke England diminta mengambil ujian pra-pelepasan,” lapor Agensi Anadolu, memetik Jabatan Kesihatan. Di samping itu, Agensi Keselamatan Kesihatan UK melancarkan pengawasan dengan mengambil sampel…

  • Sabah wajibkan ujian COVID-19 untuk pengembara China

    Sabah wajibkan ujian COVID-19 untuk pengembara China

    SEMUA pengembara dari China yang ingin masuk ke Sabah  wajib menunjukkan keputusan negatif COVID-19, berkuat kuasa, Ahad in (1 Jan), kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun. Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah itu berkata semua pengunjung dari China perlu mempunyai keputusan negatif dalam ujian sebelum berlepas (Predeparture Test) dalam tempoh 48 jam sebelum dibenarkan…

  • COVID-19: Tidak perlu terburu-buru terima pengembara China

    COVID-19: Tidak perlu terburu-buru terima pengembara China

    KERAJAAN tidak perlu terburu-buru untuk menerima kedatangan pengembara dari China terutamanya pelancong sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan penularan COVID-19 secara besar-besaran. Pakar Perubatan Kesihatan Masyarakat dan Ekonomi Kesihatan Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berkata kerajaan perlu terlebih dahulu melihat kepada perkembangan semasa berkaitan jangkitan wabak itu bagi mengelakkan kemasukkan varian yang…

  • Sampel air kumbahan penumpang pesawat dari China akan diuji – Dr Zaliha

    Sampel air kumbahan penumpang pesawat dari China akan diuji – Dr Zaliha

    MENTERI Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata, survelan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) akan diperkukuhkan dengan pengambilan sampel air kumbahan dari pesawat yang datang dari negara China. Beliau berkata, ia merupakan sebahagian daripada empat strategi utama kerajaan dalam mempertingkatkan kesiapsiagaan dan respons bagi menghadapi sebarang kemungkinan peningkatan kes dan kematian COVID-19. Jelas beliau, sampel air kumbahan…

  • COVID-19: AS pertimbang uji kumbahan pesawat antarabangsa dari China

    COVID-19: AS pertimbang uji kumbahan pesawat antarabangsa dari China

    PUSAT Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) sedang mempertimbangkan untuk mengambil sampel air kumbahan dari pesawat antarabangsa China bagi mengesan kemunculan varian baharu susulan peningkatan jangkitan kes COVID-19 di negara itu. Lapor agensi berita Reuters, tiga pakar penyakit berjangkit berkata, dasar sedemikian berupaya menawarkan penyelesaian lebih baik untuk menjejaki virus itu sekali gus…

  • Pengundi positif Covid-19 diasingkan, proses mengundi dicepatkan – SPR

    Pengundi positif Covid-19 diasingkan, proses mengundi dicepatkan – SPR

    INDIVIDU positif COVID-19 yang mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)  akan diasingkan daripada pengundi lain bagi mengelak risiko penularan. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)  Dr Azmi Sharom berkata selain itu SPR juga akan memastikan proses mengundi bagi pengundi positif COVID-19 di pusat pengundian di seluruh negara, akan dilakukan dengan cepat. Beliau berkata mereka yang positif perlu…

  • Cadangan dikemukakan MPN disambut baik rakyat – Tinjauan

    Cadangan dikemukakan MPN disambut baik rakyat – Tinjauan

    SEMINAR Kebangsaan: Pemulihan Negara dan Keterangkuman Sosial yang dianjurkan Majlis Pemulihan Negara (MPN) baru-baru ini berjaya membentangkan 12 kertas penyelidikan yang membincangkan pelbagai fokus penting negara. Seminar tersebut antara lain menggesa agar kerajaan segera memulihkan negara melalui 10 penekanan aspek keterangkuman sosial dan bermaruah (dignity). Memetik laporan Astro AWANI yang turun ke lapangan untuk mengumpul…

  • PRU-15: KKM syor individu positif COVID-19 dibenar mengundi dengan SOP ketat

    PRU-15: KKM syor individu positif COVID-19 dibenar mengundi dengan SOP ketat

    KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) akan melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) COVID Safe Election, dengan mengesyorkan individu positif COVID-19 dibenarkan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tidak lama lagi. Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, kebenaran itu akan dimuktamadkan dan disyorkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat, dengan pematuhan SOP yang ketat.…

  • Tiada lagi saman individu tidak pakai pelitup muka

    Tiada lagi saman individu tidak pakai pelitup muka

    TIADA lagi saman dikeluarkan terhadap mana-mana individu yang tidak mengenakan pelitup muka di tempat awam susulan pengumuman baru-baru ini. Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata pemakaian pelitup muka di dalam bangunan kini adalah atas pilihan individu yang telah berkuat kuasa minggu lepas. “Kerajaan tidak kenakan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988…