Tag: bomba
-
Potong besi tingkap keluarkan mayat sudah kembung
KHIDMAT Jabatan Bomba dan Penyelamat dikerah bagi membantu mengeluarkan mayat seorang lelaki yang sudah meninggal dunia hingga badannya ‘kembung’ dalam kejadian di sebuah rumah di Seksyen 2, Petaling Jaya, semalam. Dalam kejadian itu, bomba terpaksa memotong besi tingkap rumah bagi mengeluarkan mangsa yang dipercayai sudah meninggal dunia sejak dua hari lalu di dalam bilik rumah…
-
Kanak-kanak perempuan tujuh tahun rentung rumah terbakar
SEORANG kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun rentung dalam kebakaran membabitkan dua buah rumah di Kampung Pisang, Air Itam, George Town, Pulau Pinang tengah malam tadi. Mangsa, G. Sri Laavanya ditemukan maut setelah terperangkap di dalam rumahnya yang musnah akibat kebakaran berkenaan. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong, Mohd. Shakir Abdullah berkata, pihaknya…
-
Bomba bantu polis tangkap pengedar dadah atas bumbung flat
SERAMAI 26 lelaki dan seorang wanita ditahan di Flat Jinjang Baru, Kuala Lumpur pada awal pagi tadi selepas dipercayai terlibat dalam kegiatan dadah. Menurut Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman, operasi yang dijalankan pada pukul 5 hingga 10 pagi itu dijalankan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. “Seramai sembilan lelaki dan seorang…
-
Jalan Labis-Chaah terputus, BBP Yong Peng ambil alih usaha menyelamat
USAHA menyelamatkan mangsa banjir di sekitar Chaah oleh Balai Bomba Penyelamat (BBP) Labis terjejas apabila Jalan Labis-Chaah, dekat Segamat, terputus hubungan akibat dinaiki air dan tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan. Bagaimanapun, Ketua BBP Labis Penolong Penguasa Bomba, Muhammad Hafifie Md Sarif berkata operasi menyelamat mangsa di kawasan itu diambil alih oleh pasukan BBP Yong Peng dan pasukan Bomba Sukarela…
-
Lelaki New Zealand lari daripada Imigresen cedera jatuh dari tingkat 14
SEORANG lelaki warga New Zealand cedera selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 14 ke tingkat 11 akibat melarikan diri daripada pihak Imigresen di sebuah pusat perdagangan di Damansara di sini, petang tadi. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Hafisyam Mohd Noor berkata mangsa terjatuh di bumbung tingkat 11 kawasan tangki air. Beliau berkata mangsa yang…
-
Gempa Turkiye: 39 mangsa ditemukan pasukan penyelamat Malaysia
SEBANYAK 39 mangsa gempa bumi Turkiye berjaya ditemukan pasukan penyelamat Malaysia bagi Misi Bantuan Mencari dan Menyelamat (SAR) sepanjang lapan operasi dijalankan di Gaziantep, Turkiye. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerusi satu kenyataan berkata, daripada 39 mangsa yang ditemukan, lima daripadanya masih hidup manakala selebihnya telah meninggal dunia. “Seramai 143 orang pegawai daripada Malaysia…
-
Enam maut, van persiaran terbabas di Jalan Genting
SEBANYAK enam individu terbunuh selepas van persiaran dinaiki mereka terbabas dan merempuh pembahagi konkrit di Jalan Genting Highlands, tengah hari tadi. Kejadian pukul 1 tengah hari itu berlaku ketika van dinaiki mangsa terbabit sedang menuruni jalan dari pusat peranginan di Bentong tersebut. Harian Metro yang memetik sumber Bomba dan Penyelamat berkata, terdapat 12 wanita dewasa…
-
Tiga calon SPM Orang Asli naik helikopter untuk hadiri peperiksaan
TIGA calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Kampung Orang Asli Punan dibawa ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Nitar di Mersing menaiki helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) semalam, untuk menghadiri peperiksaan berkenaan. Pemangku Pengarah JBPM Johor Penolong Pesuruhjaya Bomba Mohd Rizal Buang berkata Norfaizal Selamat, Jefzulkiflie Addy dan Christie Maurinissca Clay masing-masing berusia…
-
Remaja hilang dalam hutan ditemui lemas di air terjun
SEORANG remaja yang dilaporkan hilang dalam hutan berhampiran Laman 3 Budaya Asahan, Jasin petang semalam ditemui lemas di air terjun di kawasan rekreasi berkenaan awal pagi ini. Mangsa, Muhammad Radif Azahari, 19 tahun, yang hilang sejak pukul 7 petang selepas pergi ke kawasan rekreasi itu bersama seorang rakannya, ditemui oleh anggota bomba dan penyelamat pada…
-
Bomba bantu keluarkan cincin pada kemaluan warga emas
KHIDMAT bomba terpaksa digunakan bagi menanggalkan sebentuk cincin yang tersangkut pada kemaluan seorang lelaki warga emas di Hospital Kuala Kangsar, di sini, malam tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, panggilan diterima pukul 7.41 malam dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar digerakkan ke hospital itu. Katanya, lelaki berusia 72…