SEORANG bayi perempuan dipercayai baru dilahirkan ditemui dalam bakul pakaian kotor berhampiran sebuah restoran di Taman Mutiara, Batu Berendam, Melaka hari ini. Pihak polis menerima aduan daripada orang awam berhubung penemuan bayi yang masih bertali pusat itu pada pukul 7.15 pagi. Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Superintendan Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, kejadian dipercayai…