Tag: ayam
-
Harga ayam, telur dijangka diapungkan selepas Jun, kata Mat Sabu
HARGA ayam dan telur dijangka diapungkan selepas Jun ini dalam usaha kerajaan memastikan masalah kekurangan bekalan makanan itu dapat diatasi, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu. Beliau berkata harga ayam dan telur diapungkan supaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dapat menilai serta mengawal harga barangan itu sama…
-
Kontroversi ‘jangan beli ayam’: Pakar ekonomi ‘sekolahkan’ Rafizi
SEORANG pakar ekonomi hari ini “membantu” untuk menyediakan satu draf kenyataan media kepada Menteri Ekonomi Rafizi Ramli selepas cadangannya supaya pengguna tidak membeli ayam bagi menurunkan harga mendapat reaksi bertali arus daripada warga media sosial. Noor Azlan Ghazali dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, kenyataan Rafizi tidak begitu menyeluruh memandangkan masih terdapat beberapa persoalan yang…
-
Menteri perlu lebih cermat beri kenyataan
TOK Chey tengok komen-komen netizen di laman sosial menghentam Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli susulan kenyataannya yang mengusulkan cadangan supaya rakyat Malaysia mengurangkan makan ayam jika ayam mahal. Walaupun dalam video penerangan itu Rafizi menerangkan panjang lebar mengenai permintaan dan penawaran, orang ramai tidak dapat menerima apa yang diungkapkan oleh Rafizi kerana ia bukanlah cadangan yang…
-
Pasar raya, kedai runcit lima negeri berdepan kekurangan bekalan telur ayam
BEKALAN telur ayam di pasar raya dan kedai runcit di lima negeri iaitu Perak, Pulau Pinang, Kelantan, Selangor dan Melaka dilihat semakin meruncing berikutan banyak pihak, termasuk pengguna dan peniaga mengakui berdepan kesukaran mendapatkan bekalan itu ketika ini. Di PERAK, tinjauan Bernama di sebuah pasar raya segar di Bandar Meru Raya, Ipoh mendapati berlaku pengurangan stok telur ayam sehingga…
-
Harga ayam dijangka melambung lebih RM10 sekilogram
PERSEKUTUAN Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) menjangkakan harga sekilogram ayam akan mencecah lebih RM10 selepas berakhirnya skim harga maksimum runcit ayam dan pemberian subsidi kepada penternak ayam pada 30 Jun ini. Penasihat FLFAM, Datuk Jeffery Ng Choon Ngee berkata, penamatan kedua-dua insentif daripada kerajaan itu sekali gus akan menyebabkan kos keseluruhan yang ditanggung penternak akan meningkat…
-
Eksport ayam 3.6 juta ekor sebulan dihenti 1 Jun – PM
EKSPORT ayam sebanyak 3.6 juta ekor sebulan dihentikan bermula 1 Jun ini sehingga harga dan pengeluaran ayam kembali stabil, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ketetapan itu diputuskan pada mesyuarat Kabinet hari ini sebagai langkah jangka pendek kerajaan terhadap isu bekalan serta harga ayam. Ismail Sabri berkata, selain itu kerajaan turut memutuskan untuk…
-
Hentikan ‘percaturan dan permainan’ harga ayam
PARA pemain industri ternakan ayam di negara ini diingatkan supaya tidak meneruskan ‘percaturan dan permainan’ harga melalui pengurangan bekalan ayam di pasaran dengan pelbagai alasan kerana tindakan itu sangat membebankan rakyat ketika ini. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, masalah kekurangan bekalan ayam di pasaran ketika ini…
-
Telur oh telur… peniaga, suri rumah semakin gelabah
SELEPAS isu kekurangan minyak masak dan kenaikan harga ayam di pasaran yang cukup meresahkan orang ramai khususnya golongan peniaga dan suri rumah, kini para pengguna dibelenggu pula dengan satu lagi krisis, iaitu kekurangan dan ketiadaan bekalan telur ayam. Apa yang merisaukan orang ramai apabila krisis itu telah berlarutan hampir memasuki bulan ketiga. Peniaga nasi lemak…
-
Jangan salahkan kerajaan kalau kena tindakan tegas
KEMENTERIAN Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memberi amaran kepada semua rantaian pengedaran iaitu di peringkat pengeluar, pengilang, pemborong serta peruncit bagi bekalan ayam dan telur ayam, supaya tidak memanipulasi harga bahan makanan berkenaan sehingga membebankan pengguna. Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata, kerajaan akan mengambil tindakan tegas…
-
Harga ayam naik lebih RM10 sekilogram kalau kerajaan tak campur tangan
LANGKAH intervensi kerajaan menetapkan harga runcit bagi ayam standard pada RM8.90 berkuat kuasa Sabtu ini hingga 5 Jun dapat menjamin kestabilan harga ayam dan harga makanan berkaitan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. Beliau berkata, sekiranya kerajaan tidak melaksanakan langkah itu, harga runcit ayam di pasaran pada…