BARU sahaja mengeluarkan perbelanjaan hampir RM25,000 bagi mengubah suai rumah sebelum sambutan Aidilfitri, Kamsiah Sanusi, 65, tidak menyangka beliau perlu mengeluarkan lagi modal untuk membaiki rumahnya yang rosak akibat dilanda ribut dan angin kencang awal pagi tadi. “Baru sahaja habis baiki bahagian hadapan rumah dua hari sebelum hari raya, tidak sangka pula atap dapur rumah…