SEORANG anggota polis berpangkat Lans Koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Sandakan hari ini atas pertuduhan menerima rasuah sebagai dorongan untuk memulangkan beberapa barang rampasan. Mohd Razif Hashim, 30, didakwa menerima wang tunai RM3,500 daripada seorang individu bernama Said Shah di dalam sebuah kereta di kawasan Pasar Bandar Sibuga Jaya, Batu 8, dekat Sandakan…