MISTERI kehilangan seorang pemuda yang tidak pulang ke rumah akhirnya terjawab setelah dia ditemukan mati di tepi sungai di Kampung Tanjung Pagar, Dungun, semalam. Mayat Mohd Shafeqal Mohd. Fadli, 31, yang tinggal di kawasan Perumahan Bukit Tebuk ditemukan adiknya pada pukul 12 tengahari. Menurut Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah, sebelum kejadian, mangsa dikatakan…