Selamat Pengantin Baru Datuk Seri…Datin Seri tahu tak?
Terima kasih… biarlah rahsia…
Dr. Mahathir kata Zahid Hamidipenipu pasal isu ‘Kutty’.
Dia baru tahu ke…
Najib-Anwar debat malam ini sapa menang?
Sapa menangpun apa rakyat dapat…
Lokasi debat Anwar-Najib berpindah ke MATIC.
Batal kan terus… lagi bagus…
Nazri Aziz kata Lembaga Disiplin UMNO perlu ambil tindakan terhadap Ku Li.
Zahid Hamidi, MT berani ke?
Najib Razak kata, tak ada bukti kaitkan beliau dengan dakwaan rasuah beli kapal selam.
Dia ‘panas’… apa hal… relaks la…
Anwar Ibrahim persoal kenapa kes dakwaan rasuah beli kapal selam belum dibawa ke mahkamah…
SPRM tak nak siasat ke kenapa lambat?
Shamsul Anuar Nasarah mungkin jadi Ketua Penerangan UMNO
Bagusla… orang kuat Presiden ganti orang kanan PM.
SPRM siasat Hakim Nazlan…
Amboi cepatnya…
Zahid Hamidi seru kerajaan selesaikan masalah pusat jagaan kanak-kanak tak berlesen…
Aikkk… tiba-tiba aje komen… Kenapa ye…?