Category: Umum

  • Terkini PRN:Baddrol Bakhtiar mendahului di Gurun

    Terkini PRN:Baddrol Bakhtiar mendahului di Gurun

    SEMUA pusat pengundian di enam negeri yang terlibat pilihan raya negeri (PRN) ditutup pada 6 petang ketika proses pengiraan undi bermula.

    Pada PRN kali ini, seramai 9,773,571 pengundi berdaftar layak memilih di Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, dan Terengganu.

    Antaranya, 97,388 pengundi awal terdiri daripada pegawai dan anggota polis, tentera, dan pasangan.

    PRK Kuala Terengganu turut diadakan serentak dengan pilihan raya di enam negeri terbabit.

    Laporan terkini keputusan PRN, menurut FMT.

    PH mendahului di Mambau, Negeri Sembilan, lebih 14,700 undi.
    Hasnal Rezua Merican (BN) mendahului lebih 100 undi di Kuang, Selangor. Kerusi itu dimenangi Bersatu (atas tiket PKR) pada PRU14.
    Sanusi Nor (PN) mendahului di Jeneri, Kedah lebih 16,000 undi.
    Najib Isa (BN) mendahului di Bagan Pinang, Negeri Sembilan dengan 2,683 undi.
    TAK RASMI: PN menang di Jitra, Kedah.
    BN mendahului di Hulu Langat dengan majoriti 3,613 undi.
    BN mendahului di Galas, Kelantan lebih 2,000 undi.
    PH mendahului di Paya Jaras, Selangor lebih 1,000 undi.
    BN mendahului di Lenggeng, Negeri Sembilan dengan 6,191 undi.
    Amirudin Shari (PH) mendahului di Sungai Tua, Selangor dengan 11,800 undi.
    PH mendahului di Kota Damansara, Selangor lebih 5,000 undi.
    Jalaluddin Alias ​​(BN) mendahului di Pertang, Negeri Sembilan lebih 2,500 undi.
    TAK RASMI: BN menang di Palong, Negeri Sembilan.
    PH mendahului di Taman Medan, Selangor lebih 3,000 undi
    RASMI: PN menang di Sungai Burong, Selangor.
    Baddrol Bakhtiar (PN) mendahului di Gurun, Kedah lebih 11,400 undi.
    BN mendahului di Selat Kelang, Selangor lebih 900 undi.
    TAK RASMI: PN menang di Guar Chempedak, Kedah.
    TAK RASMI: PN menang di Sungai Limau, Kedah.
    BN mendahului di Sungai Air Tawar, Selangor lebih 1,000 undi.
    TAK RASMI: Mohamad Hasan (BN) menang di Rantau, Negeri Sembilan.
    PN mendahului di Sungai Panjang, Selangor, lebih 2,800 undi.
    PN mendahului di Semerak, Kelantan, lebih 6,800 undi.
    PN mendahului di Sungai Dua, Pulau Pinang lebih 2,000 undi.
    BN mendahului di Gemencheh, Negeri Sembilan lebih 2,400 undi.
    TAK RASMI: PN menang di Merbau Pulas, Kedah.
    PN mendahului di Jitra, Kedah lebih 20,296 undi.
    Ahmad Said (BN) ketinggalan di Kijal, Razali Idris (PN) mendahului lebih 1,000 undi.
    TAK RASMI: BN menang di Palong, Negeri Sembilan.
    PH mendahului di Nilai, Negeri Sembilan lebih 10,000 undi.
    PN mendahului di Kuala ketil, Kedah, lebih 12,876 undi.
    PN mendahului di Morib, Selangor lebih 10,091 undi.
    Reezal Merican (BN) mendahului lebih 1,000 undi di Bertam, kerusi itu dimenangi Bersatu (bertanding atas tiket PH) pada PRU14.
    PH mendahului di Kota Kemuning Selangor, lebih 21,381 undi.
    Altimet (PH) mendahului di Lembah Jaya lebih 1,000 undi.
    PN mendahului di Ijok,Selangor, lebih 9,353 undi.
    PH mendahului di Kota Darul Aman, Kedah, lebih 2,000 undi.
    PN mendahului di Derga, Kedah lebih 1,500 undi.
    Mahfuz Omar (PH) ketinggalan di Alor Mengkudu, Kedah. Calon PN mendahuli 12,422 undi.
    Rina Harun (PN) ketinggalan di Batu Tiga Selangor, Cheda Razak (Muda) mendahului lebih 656 undi.
    TAK RASMI: Loke Siew Fook (PH) menang di Chennah, Negeri Sembilan.
    BN mendahului di Dusun Tua, Selangor lebih 800 undi.
    BN mendahului di Hulu Besut, Terengganu lebih 1,000 undi.
    Mahdzir Khalid (BN) ketinggalan di Pedu. Calon PN mendahului lebih 2,000 undi.
    PH mendahului di Sungai Kandis, Selangor, lebih 9,800 undi.
    PH mendahului di Pandan Indah, Selangor lebih 1,000 undi.
    PH mendahului Banting, Selangor, lebih 23,600 undi.
    Juwairiya Zulkifli (PH) mendahului di Hulu Kelang, Selangor, lebih 3,000 undi.
    PN mendahului di Chetok, Kelantan, lebih 3,200 undi.
    PN mendahului di Ayer Hangat, Kedah lebih 3,000 undi.
    PN mendahului di Air Lanas, Kelantan, lebih 1,200 undi.
    PH mendahului di Lembah Jaya, Selangor, lebih 1,300 undi.
    TAK RASMI: PH menang di Pengkalan Kota, Pulau Pinang.
    Ahmad Samsuri Mokhtar (PAS) mendahului lebih 7,000 undi di Ru Rendang.
    PN mendahului di Buluh Gading, Terengganu, lebih 6,500 undi.
    TAK RASMI: PH menang di Komtar, Pulau Pinang.
    TAK RASMI: PH menang di Bagan Jermal, Pulau Pinang.
    PH mendahului di Kota Darul Aman, Kedah, lebih 3,900 undi.
    PN mendahului di Batu Rakit, Terengganu, lebih 4,100 undi.
    PH mendahului di Kota Damansara, Selangor lebih 1,000 undi.
    PN mendahului di Sabak, Selangor lebih 4,000 undi.
    BN mendahului di Sijangkang, Selangor lebih 1,000 undi.
    PH mendahului di Bukit Kepayang, Negeri Sembilan lebih 11,300 undi.
    PN mendahului di Bukit Kayu Hitam, Kedah lebih 5,000 undi.
    PH mendahului Paya Jaras, Selangor, lebih 2,200 undi.
    PN mendahului di Jertih, Terengganu, lebih 1,400 undi.
    Sanusi Nor (PN) mendahului lebih sembilan undi di Jeneri. Kerusi itu dimenangi PN pada PRU14.
    PH mendahului di Chuah, Negeri Sembilan lebih 3000 undi.
    PN mendahului di Pinang Tunggal, Pulau Pinang lebih 2,000 undi.

    Setakat 7:30 malam PAS mendahului di Kelantan. PH-BN mendahului di Selangor, Pulau Pinang, dan Negeri Sembilan.
    PH mendahului di Lukut, Negeri Sembilan lebih 1,900 undi.
    PH mendahului di Sekinchan, Selangor lebih 8,800 undi.
    PH mendahului di Morib, Selangor, lebih 3,700 undi.
    PH mendahului di Pulau Tikus, Pulau Pinang lebih 6,400 undi.
    PH mendahului di Subang Jaya, Selangor, lebih 2,300 undi.
    PH mendahului di Bandar Baru Klang, Selangor, lebih 15,400 undi.
    PH mendahului di Bukit Lanjan, Selangor, lebih 1,200 undi.
    PH mendahului di Kinrara, Selangor lebih 10,000 undi.
    PH mendahului di Paya Terubong, Pulau Pinang lebih 10,200 undi.
    PH mendahului di Bahau, Negeri Sembilan lebih 8,000 undi.
    PH mendahului di Tanjong Sepat, Selangor, lebih 1,500 undi.
    PN mendahului di Taman Medan, Selangor, lebih 1,800 undi.
    BN mendahului di Dusun Tua, Selangor lebih 100 undi.
    PH mendahului di Pengkalan Kota, Pulau Pinang lebih 7,800 undi.
    PH mendahului di Bandar Utama, Selangor, lebih 1,600 undi.
    PH mendahului di Rawang, Selangor, lebih 2,500 undi.
    Loke Siew Fook (PH) mendahului di Chennah lebih 1,000 undi. PH menang kerusi itu pada PRU14.
    PH mendahului di Bagan Dalam , Pulau Pinang, lebih 1,400 undi.
    PH mendahului di Kajang, Selangor, 1,200 undi.
    PH mendahului di Bandar Baru Klang, Selangor, 15,000 undi.
    PH mendahului di Perai, Pulau Pinang lebih 1,200 undi.
    PH mendahului di Sungai Pelek, Selangor lebih 1,000 undi.
    PH mendahului di Sentosa, Selangor, 3,300 undi.
    Chow Kon Yeow (PH) mendahului di Padang Kota, Pulau Pinang lebih 5,000 undi.
    BN mendahului di Semenyih, Selangor, lebih 1,200 undi.
    PH mendahului di Sungai Kandis, Selangor lebih 1,100 undi.
    PH mendahului di Pandamaran, Selangor lebih 10,000 undi.
    PN mendahului Bunut Payong, Kelantan, lebih 1,500 undi.
    PH mendahului di Kota Anggerik, Selangor 2,500 undi.
    PH mendahului di Perai, Pulau Pinang lebih 1,000 undi.
    PH mendahului di Repah, Selangor, lebih 1,400 undi.
    PH mendahului di Kampung Tungku, Selangor lebih 8,000 undi.
    Amirudin Shari (PH) mendahului di Sungai Tua lebih 200 undi. PH menang kerusi itu pada PRU14.
    PH mendahului di Sungai Kandis, Selangor lebih 1,100 undi.
    PH mendahului di Jawi, Pulau Pinang lebih 3,000 undi.
    PH mendahului di Sekinchan, Selangor lebih 3,120 undi.
    Najib Isa (BN) ketinggalan di Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Calon PN mendahului 4,607 undi.
    PH mendahului Kuala Kubu Bharu, Selangor 1,300 undi.
    PH mendahului di Dusun Tua, Selangor lebih 400 undi.
    PN mendahului di Tendong, Kelantan lebih 1,200 undi.
    PH mendahului di Nilai, Negeri Sembilan lebih 3,000 undi.
    PH mendahului di Seri Kembangan Selangor lebih 8,100 undi.
    Eddin Syazlee Shith (PN) mendahului di Juasseh, Negeri Sembilan 443 undi.
    BN mendahului di Selat Klang, Selangor lebih 500 undi.
    PH mendahului di Chennah, Negeri Sembilan lebih 1,300 undi.
    PN mendahului di Gemas, Negeri Sembilan 2,745 undi.
    Mohamad Hasan (BN) ketinggalan di Rantau. Rozmal Malakan (PN) mendahului 458 undi.
    PH mendahului di Teratai Selangor, lebih 1,800 undi.
    PH mendahului di Kota Selangor Kemuning, lebih 500 undi.
    PH mendahului di Permatang, Selangor lebih 700 undi.
    PH mendahului di Bukit Kepayang, Negeri Sembilan lebih 5,100 undi.
    PH mendahului di Perai, Pulau Pinang lebih 200 undi.
    PH mendahului di Datok Keramat, Pulau Pinang lebih 1,000 undi.
    PH mendahului di Nilai, Negeri Sembilan lebih 1,000 undi.
    BN mendahului di Pertang, Negeri Sembilan lebih 500 undi.
    PH mendahului di Jawi, Pulau Pinang lebih 1,200 undi.
    PAS mendahului di Chempaka, Kelantan lebih 500 undi.
    PH mendahului di beberapa kerusi di Pulau Pinang dan Selangor.
    PH mendahului di Bandar Baru Klang, Selangor lebih 6,000 undi.
    PN mendahului di Derga, Kedah lebih 1,000 undi.
    PH mendahului di Berapit, Pulau Pinang lebih 1,200 undi.
    PH mendahui di Balakong, Selangor lebih 9,000 undi.
    PH mendahului di Padang Lalang, Pulau Pinang lebih 1,300 undi.
    PH mendahului di Bahau, Negeri Sembilan lebih 2,100 undi.
    PH mendahului di Bukit Gasing, Selangor lebih 600 undi.
    PH mendahului di Seri Delima, Pulau Pinang lebih 1,200 undi.
    PH mendahului di Paya Terubong, Pulau Pinang lebih 2,000 undi.
    PH mendahului di Padang Lalang, Pulau Pinang lebih 1,300 undi.
    PH mendahului di Bahau, Negeri Sembilan lebih 1,000 undi.
    Mahdzir Khalid (BN) ketinggalan di Pedu lebih 100 undi. PN menang kerusi itu pada PRU14.
    PH mendahului di Paya Terubong, Pulau Pinang lebih 1,600 undi.
    PH mendahului di Seri Kembangan, Selangor lebih 1,000 undi.
    PH mendahului di Bagan Jermal, Pulau Pinang lebih 1,000 undi.
    PH mendahului di Pandamaran, Selangor lebih 1,800 undi.
    Azmin Ali (PN) mendahului di Hulu Kelang, PH menang di kerusi itu pada PRU14.
    PH mendahului di Seri Kembangan, Selangor lebih 1,200 undi.
    PH mendahului di Rahang, Negeri Sembilan lebih 1,800 undi.
    PH mendahului di Balakong, Selangor lebih 3,900 undi.
    PN mendahului di Derga, Kedah lebih 300 undi.
    PH mendahului di Bahau, Negeri Sembilan lebih 1,000 undi.
    PH mendahului di Bukit Kepayang, Negeri Sembilan lebih 1,000 undi.
    PH mendahului di Bandar Baru Klang, Selangor lebih 4,800 undi.
    PH mendahului di Kampung Tunku, Selangor lebih 1,000 undi.
    PN mendahului di Kuala Kubu Bharu, Selangor lebih 300 undi
    PH mendahului di Pengkalan Kota, Pulau Pinang lebih 1,000 undi.
    Rina Harun (PN) ketinggalan di Batu Tiga, Cheda Razak (Muda) mendahului dengan lebih 200 undi. PH menang di kerusi itu pada PRU14.
    PH mendahului di Balakong, Selangor lebih 900 undi.
    PN mendahului di Dusun Tua, Selangor lebih 1,500 undi.
    PN mendahului di Kota Darul Aman, Kedah lebih 200 undi.
    PN mendahului di Pelabuhan Klang, Selangor lebih 200 undi.
    PN mendahului di Rahang, Negeri Sembilan lebih 1,200 undi.

  • Keputusan tak rasmi, PN dahului di DUN Ayer Hangat, Kuah

    Keputusan tak rasmi, PN dahului di DUN Ayer Hangat, Kuah

    CALON Perikatan Nasional (PN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hangat, Shamsilah Siru mendahului tiga calon lain setakat ini berdasarkan pengiraan undi awal di Dewan Badminton Kompleks Sukan Langkawi, di Langkawi.

    Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kedah itu mendahului dengan 167 undi, manakala calon Barisan Nasional (BN), Hisham Suhaily Othman yang juga Ketua Wanita UMNO Langkawi meraih 94 undi, diikuti dua calon Bebas, Safwan Hanif Shafie (18 undi) dan Zulfadli Mohd. Yusoff (3 undi)

    Jumlah itu menyaksikan Shamsilah Siru mendahului dengan majoriti 73 undi. DUN Ayer Hangat mempunyai 33,156 orang pengundi lapor Berita Harian.

    Sementara itu, DUN Kuah juga menyaksikan calon PN, Ahmad Pared Mahamud mendahului dengan majoriti 157 undi. Calon Pakatan Harapan (PH), Ahmad Fauzi Chik mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula di tempat kedua dengan 255 undi, manakala calon Bebas, Mazlan Ahmad di tempat ketiga dengan sembilan undi.

    DUN Kuah memiliki pengundi berdaftar seramai 34,694 orang.

  • 5 lelaki rogol remaja secara bergilir ditahan

    5 lelaki rogol remaja secara bergilir ditahan

    LIMA lelaki termasuk remaja berusia 15 tahun dicekup disyaki merogol berkumpulan, di Telok Panglima Garang, Banting pada 29 Julai.

    Ketua Polis Kuala Langat Ahmad Ridhwan Mohd Nor, berkata tangkapan itu susulan laporan diterima daripada mangsa berusia 15 tahun yang mendakwa diperlakukan sedemikian kira-kira 2 pagi.

    Menurutnya, siasatan awal mendapati, mangsa dibawa seorang daripada suspek ke sebuah rumah sebelum dirogol secara bergilir-gilir.

    “Bertindak atas maklumat, polis menahan lima lelaki warga tempatan berumur antara 15 hingga 23 tahun di kawasan Klang dan Telok Panglima Garang.

    “Hasil semakan, kesemua suspek didapati tidak memiliki sebarang rekod jenayah. Ujian saringan awal air kencing terhadap mereka juga negatif dadah,” katanya dalam kenyataan lapor FMT

    Katanya, semua suspek telah direman lapan hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 375(B) Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman memperuntukkan penjara selama tempoh tidak kurang 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun.

  • Warga Malaysia ditahan cuba seludup 4.7kg dadah ke Singapura

    Warga Malaysia ditahan cuba seludup 4.7kg dadah ke Singapura

    PIHAK berkuasa Singapura menumpaskan cubaan menyeludup lebih 4.7 kilogram (kg) heroin menggunakan sebuah kenderaan didaftarkan di Malaysia di pusat pemeriksaan Woodlands pada 5 Ogos lalu.

    Menurut kenyataan bersama Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dan Biro Narkotik Pusat (CNB), seorang lelaki warga Malaysia berusia 22 tahun yang berada dalam kenderaan berkenaan ditahan kerana kesalahan berkaitan dadah.

    Menurut kenyataan mengenai penahanan itu di laman sesawang ICA semalam, pihak berkuasa menemui sebuah guni di ruang simpanan barang ketika memeriksa kenderaan terbabit.

    “Guni besar dipercayai mengandungi dadah ditemui. Pegawai CNB dimaklumkan dan sejumlah 10 bungkusan kecil heroin seberat 4,723 gram (g) ditemui dalam guni berkenaan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan.

    Pihak berkuasa menganggarkan rampasan 4,723g heroin bernilai lebih SGD$331,400 itu boleh dibekalkan kepada 2,240 penagih untuk kegunaan seminggu.

    “Siasatan mengenai kegiatan penyeludupan dadah suspen berkenaan masih diteruskan,” katanya.

  • Ketua pasukan pendakwaan kes Zahid mohon bersara awal – Peguam Negara

    Ketua pasukan pendakwaan kes Zahid mohon bersara awal – Peguam Negara

    KEPUTUSAN untuk menggantikan Datuk Raja Rozela Raja Toran sebagai Ketua Pasukan Pendakwaan berkenaan kes melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilakukan setelah mengambil kira pelbagai faktor dan pertimbangan yang teliti.

    Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun berkata, Raja Rozela telah mengemukakan permohonan untuk bersara awal iaitu pada 3 April lalu dan telah diluluskan serta akan berkuat kuasa pada 1 November depan.

    “Selanjutnya, Raja Rozela binti Raja Toran telah memohon untuk bercuti sebelum bersara mulai 30 Ogos 2023,” katanya dalam kenyataan, lapor Sinar Harian.

    Sebelum ini, media melaporkan bahawa Timbalan Pendakwa Raya, Raja Rozela yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam perbicaraan rasuah dihadapi Ahmad Zahid tidak lagi mengendalikan kes berkenaan.

    Raja Rozela yang mengetuai pendakwaan terhadap Ahmad Zahid yang berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 bagi pecah amanah, lapan berhubung rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

    Media tempatan turut melaporkan bahawa perbicaraan yang bersambung minggu lalu diteruskan tanpa kehadiran Raja Rozela.

    Dalam masa sama, Idrus memaklumkan bahawa Datuk Mohd Dusuki Mokhtar telah dipilih sebagai ketua pasukan pendakwaan yang baharu berdasarkan pengalaman luas hampir 30 tahun sebagai seorang Timbalan Pendakwa Raya.

    Menurutnya, Mohd Dusuki merupakan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara yang mengendalikan kes-kes Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan serta kes-kes berprofil tinggi termasuklah pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah.

    “Memandangkan kes melibatkan Ahmad Zahid masih berlangsung dan tarikh-tarikh perbicaraan telah ditetapkan sehingga bulan Disember tahun 2023, maka seorang ketua pasukan yang baharu perlu dilantik dari sekarang bagi memastikan kesinambungan kes pendakwaan melibatkan Ahmad Zahid.

    “Keputusan ini dibuat dengan teliti bagi memastikan kes pendakwaan terhadap Ahmad Zahid tidak terjejas selain memastikan Jabatan Peguam Negara dapat menegakkan keadilan selaras dengan bidang kuasa Peguam Negara yang diperuntukkan di bawah Fasal 3 Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan,” ujarnya.

    Sementara itu, Raja Rozela enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara tersebut.

    “No comment, mohon maaf,” jawabnya ringkas selepas ditanya mengenai ketiadaannya dalam prosiding kes Ahmad Zahid minggu lalu.

  • Mohd. Amar tidak terfikir jadi MB, serahkan kepada ketentuan Ilahi

    Mohd. Amar tidak terfikir jadi MB, serahkan kepada ketentuan Ilahi

    NAIB Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Abdullah menyatakan beban tanggungjawan yang digalasnya sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan selama ini sudah cukup berat.

    Justeru beliau tidak terfikir pun untuk mendapatkan jawatan yang lebih tinggi daripada apa yang sudah dilaluinya.

    Namun beliau yang akan cuba mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor untuk penggal kelima terpaksa akur terhadap apa saja ketentuan Ilahi.

    “Setakat ini (jawatan yang ada) dah cukup bagi saya secara peribadi.

    “Jawatan sekarang pun bebannya berat, tetapi ketentuan Allah kita tak tahu,” katanya pada sidang media harian calon-calon Pas bagi pilihan raya negeri (PRN) Kelantan di Kota Bharu, hari ini.

    Sebelum itu Mohd. Amar ditanya mengenai kesediaannya jika dinamakan sebagai Menteri Besar yang baharu untuk Kelantan.

    Soalan itu dibangkitkan kerana penyandang jawatan tersebut, Datuk Ahmad Yakob, sudah menyatakan bahawa penggal ini adalah yang terakhir untuk beliau menjadi wakil rakyat.

    Ini sekali gus membuka pelbagai spekulasi mengenai penggantinya.

    Kedudukan Mohd. Amar yang sudah berkhidmat sebagai timbalan Ahmad sejak 2013 menguatkan kemungkinan beliau akan menjadi Menteri Besar ke-19 Kelantan.

    Semasa menjawab pertanyaan media, Mohd. Amar juga sempat berseloroh mengenai masa depan politiknya.

    “Saya nak jadi Perdana Penteri,” katanya disusuli dengan ketawa, lapor Malaysiakini.

    Sebelum ini Ahmad selaku Menteri Besar sementara Kelantan sudah menjelaskan Pas tidak berdepan dengan masalah untuk mencari wakil rakyat bagi menggantikan tempatnya.

    Hal itu kerana kata Ahmad, semua calon Pas kali ini layak untuk menjadi Menteri Besar.

    Menurut Ahmad, keputusan mengenai Menteri Besar baru Kelantan hanya akan diumumkan selepas PRN berakhir Sabtu ini dan Pas serta Perikatan Nasional (PN) berjaya membentuk kerajaan negeri.

    “Tidak perlu bayangan, semua (calon yang bertanding pada PRN) dah layak menjadi menteri besar,” katanya.

    Sementara itu Mohd. Amar berkata, bagi Pas dan PN nama calon Menteri Besar adalah tidak penting kerana matlamat utama gabungan itu ialah mengekalkan kemenangan di Kelantan.

    “(Kalau) Kita nak cakap calon Menteri Besar, tiba-tiba kita tak boleh menang pada PRN ini, buat apa?

    “Kita fokus nak menang dahulu. Menteri Besar ini, yang pertamanya akan diputuskan oleh Pas Pusat terutama presiden, (kemudian) kedua perlu dapat perkenan istana. Ini dua faktor penting.

    “Sebab itu kita di peringkat negeri tidak pernah bincang pun siapa nak jadi menteri besar,” jelasnya.

  • Pas sudah lama laksana tawaran BN-PH Kelantan- Mohd. Amar

    Pas sudah lama laksana tawaran BN-PH Kelantan- Mohd. Amar

    PAS Kelantan mendakwa sebahagian daripada tawaran yang dikemukakan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam manifesto untuk pilihan raya negeri (PRN) kali ini sebagai bukan sesuatu yang baru.

    Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kelantan Mohd. Amar Abdullah berkata, tawaran seperti potongan bayaran cukai l sudah pun dilaksanakan oleh kerajaan negeri sekarang.

    “Diskaun (dikemukakan BN-PH), kita pun ada buat, begitu juga dengan tunggakan cukai tanah kita bagi diskaun sehingga 50 peratus.

    “Ada juga cukai pintu yang kita hapuskan. Itu kita dah buat dan bukan satu benda baru dengan manifesto mereka,” katanya ketika tampil dalam sidang media harian sempena PRN Kelantan di Kota Bharu, hari ini.

    Terdahulu Malaysiakini melaporkan tawaran potongan bayaran premium tanah, bayaran pecah lot tanah dan diskaun tunggakan serta cukai pintu antara perkara yang menarik ditawarkan BN dan PH sekiranya diberi mandat mentadbir Kelantan.

    Mohd. Amar yang juga calon dan penyandang kerusi dewan undangan negeri (DUN) Panchor berkata, di sebalik pelbagai janji itu manifesto BN-PH tidak pun menyebut perancangan mereka untuk menyelesaikan masalah air di Kelantan.

    Beliau berkata, BN dan PH selalu sebut masalah besar di Kelantan ialah masalah air sebelum ini.

    “Tiba-tiba dalam manifesto, dia tidak sebut masalah air termasuk apa perancangan, apa usaha, langkah dan program yang nak dibuat untuk menyelesaikan masalah air di Kelantan.

    “Jadi sepatutnya itu menjadi keutamaan dalam manifesto mereka. Di situ kita nampak apa tujuan mereka serang dan kritik kerajaan (negeri) dalam isu air,” katanya.

    Tambah Timbalan Menteri Besar Kelantan itu, Pas mengakui dan tidak pernah menafikan wujudnya masalah air di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

    “Kita tidak pernah menafikan adanya masalah air sama ada di dalam dewan (DUN) atau di luar dewan. Saya mengakui ada masalah air, cuma gambaran yang diberikan oleh musuh politik kita ini melampau.

    “Ia seolah-olah satu negeri tidak air, satu negeri air keruh. Masalah kita, bantuan (daripada) kerajaan Pusat dan kita akui (memang) ada sumbangan (dari Putrajaya) tetapi tidak cukup.

    “Contohnya, kita perlu RM2 bilion, tapi dia bagi RM100 juta, RM200 juta… mana nak selesai,” katanya.

  • Empat pekerja kontrak di Pangkalan TLDM Lumut rentung, kereta terbakar

    Empat pekerja kontrak di Pangkalan TLDM Lumut rentung, kereta terbakar

    EMPAT lelaki rentung selepas kereta mereka terbabas ke dalam longkang sebelum terbakar di Kilometer (KM) 220 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah utara dekat Manjung pukul 5.11 petang tadi.

    Dalam nahas berhampiran susur keluar Changkat Cermin itu, seorang lagi mangsa berusia 54 tahun berasal dari Ipoh cedera parah.

    Identiti keempat-empat mangsa yang maut belum dikenal pasti dan punca kejadian masih disiasat.

    Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata berdasarkan maklumat awal, kesemua mereka dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas selesai bekerja di Lumut.

    “Kebakaran berkenaan telah memusnahkan kira-kira 95 peratus Proton Saga itu. Dalam kejadian tersebut, empat mangsa maut sementara seorang mangsa yang terselamat mengalami kecederaan parah.

    “Kesemua mereka merupakan pekerja kontrak di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut dan sedang dalam perjalanan pulang ke Ipoh,” katanya dalam kenyataan.

    Katanya, operasi memadam kebakaran dan menyelamat mangsa digerakkan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan, dan dibantu BBP Ayer Tawar.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

    “Semua mangsa dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk tindakan selanjutnya,” katanya, lapor Astro Awani.

  • Chegubard lapor SPRM skandal tanah RM10 bilion di Selangor

    Chegubard lapor SPRM skandal tanah RM10 bilion di Selangor

    SATU laporan sudah dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu pemberian projek bernilai RM700 juta tanpa tender oleh kerajaan negeri Selangor kepada syarikat dimiliki taikun terkemuka.

    AgendaDaily melaporkan aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin mendedahkan memiliki salinan surat sulit kerajaan negeri Selangor dalam skandal tanah RM10 bilion dan projek tanpa tender RM700 juta yang boleh dinyahklasifikasi apabila terbentuknya kerajaan baharu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos nanti.

    “Saya tidak boleh mengedarkan pada peringkat ini, kerana ia bertaraf sulit… Jadi kalau orang Selangor nak tengok apa sebenarnya mungkin selepas kerajaan baharu angkat sumpah nanti kita boleh minta kerajaan baharu untuk klasifikasi semula dokumen-dokumen ini sebagai umum,” katanya semasa sidang media hari ini.

    Dalam pendedahan hari ini, Ahli Jawatankuasa Penerangan Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) mendakwa berdasarkan bukti dan dokumen dimilikinya mendapati berlaku beberapa salah laku dari segi teknikal dan moral dalam skandal tanah dan projek pembersihan tersebut.

    Badrul Hisham atau dikenali Chegubard mendedahkan kerajaan negeri menganugerahkan projek pembersihan Sungai Klang tanpa tender terbuka kepada syarikat yang kononnya adalah anak syarikat negeri tetapi sebaliknya ia hanya pemegang minoriti bukan dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

    “Kerajaan Negeri Selangor yang diketuai oleh Amirudin Shaari selaku Menteri Besar Selangor telah memberikan projek membersihkan Sungai Klang kepada sebuah sebuah syarikat bernilai RM700 juta tapa melalui proses tender terbuka.

    “Walaupun ia syarikat bertujuan khas (SPVC) tetapi la bukan dikawal kerajaan negeri kerana kerajaan negeri adalah pemegang minoriti dimana 55 peratus dikawal oleh pihak lain,” katanya lagi.

    Agenda Daily tidak menamakan syarikat yang didedahkan oleh Chegubard untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

    Turut didedahkan, syarikat sama tersebut juga berjaya memperoleh pemilikan tanah lebih 600 ekar yang bernilai RM10 bilion (GDV) yang diberikan kerajaan negeri Selangor.

    Badrul Hisham juga mendedahkan nama Amirudin dan seorang Exco Kerajaan Negeri, Ir. Izham Bin Hashim berada dalam syarikat tersebut menerusi carian maklumat dan mereka berdua selaku pengarah juga turut menerima elaun.

    Syarikat yang didakwa memperoleh manfaat daripada kerajaan negeri tersebut juga didakwa Chegubard mempunyai masalah kewangan.

    “Syarikat ini pun bermasalah sebelum ini melalui laporan-laporan audit, tetapi malangnya terus diberi kuasa,” katanya.

    Untuk rekod, Amirudin juga mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kerana menuduhnya terbabit dalam skandal pembersihan Sungai Klang bersama seorang taikun.

    Terdahulu, Sanusi dalam Jelajah Mega PN Best “Sayangi Kedah Sejahtera” di Dataran Darul Aman, Jitra, mendakwa wujud skandal antara Amirudin dengan seorang taikun yang kononnya mahu melaksanakan projek RM10 bilion di Sungai Klang.

    Sebagai timbal balas, taikun itu akan mendapat tanah 600 ekar di Selangor yang dijangka merugikan kerajaan sekitar RM180 juta.

    “Macam mana 600 ekar ni akan diberi percuma kepada tauke ni? Macam mana tauke ni ambil alih anak syarikat MBI 55%. Ha… ni tengah duk hangat ni, tunggu meletup,” Sanusi dipetik berkata oleh lidah rasmi Pas, Harakahdaily.

    Awal tahun ini, PN Selangor menggesa pihak berkuasa menyiasat pembabitan Amirudin dengan sebuah syarikat yang didakwa dianugerahkan projek bernilai RM700 juta secara rundingan terus bagi projek pendalaman Sungai Klang bawah Selangor Maritime Gateway (SMG).

    Amirudin menafikan mempunyai sebarang kepentingan peribadi dalam syarikat Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd (LLB), malah kedudukannya dalam syarikat itu bertujuan mewakili kerajaan negeri.

    LLB adalah milik penuh kerajaan negeri merangkumi 45 peratus milik Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI Selangor) dan 55 peratus milik Berjaya Land yang telah diputuskan bagi mengetuai projek SMG pada 2018.

  • Gaya MB Kedah angkat tangan jadi fenomena

    Gaya MB Kedah angkat tangan jadi fenomena

    CIAPAN Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam Twitter yang memuat naikkan gambar dirinya dengan sekumpulan pemuda mengangkat tangan gaya Menteri Besar Kedah mengundang rasa kurang senang.

    Ada di antara mereka menafikan ciapan pemimpin Pas itu yang kononnya ini memberi suatu isyarat dan petanda tentang apa yang akan berlaku pada pilihan raya 12 Ogos ini.

    Dimana- mana saja, bergambar dengan mengangkat tangan gaya MB Kedah sudah menjadi suatu kemestian bagi aksi gaya bebas semasa bergambar.

    Ketika menghadiri majlis perkahwinan di ISTAC hari ini, anak muda yang ditemui memberi suatu isyarat dan petanda kepada PRN kali ini.#TITM pic.twitter.com/RAH6zuFfz0

    — Tuan Ibrahim Tuan Man (@titm_official) August 6, 2023

    “Di mana- mana saja, bergambar dengan mengangkat tangan gaya MB Kedah sudah menjadi suatu ‘kemestian’ bagi aksi gaya bebas semasa bergambar.

    “Ketika menghadiri majlis perkahwinan di ISTAC hari ini, anak muda yang ditemui memberi suatu isyarat dan petanda kepada PRN kali ini,” katanya dalam ciapan itu.

    Tuan Ibrahim dipercayai merujuk kepada aksi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor, yang dirakamkan mengangkat tangannya selepas dikenakan pertuduhan menghasut bulan lepas.

    Bagaimanapun, ada di kalangan yang dipaparkan dalam gambar yang disiarkan oleh Tuan Ibrahim ternyata tidak senang.

    “Aduh YB jangan la macam ni. We were there to celebrate our best friend wedding. Plus YB yang ajak bergambar macam tu, we’re just having fun. Macam mana YB boleh frame cakap itu gaya MB Kedah & isyarat dan petanda PRN kali ini sedangkan dikalangan kami ni ada ahli Harapan &… https://t.co/m2dfGJUwNh
    — Ahmad Muzhir ; 🇲🇾 (@ahmadmuzhir) August 7, 2023

    “Aduh YB jangan la macam ni. Kami di sana untuk meraikan perkahwinan rakan baik kami.

    “Tambahan YB yang ajak bergambar macam tu, kami saja-saja berseronok.

    “Macam mana YB boleh frame cakap itu gaya MB Kedah dan isyarat dan petanda PRN kali ini sedangkan dikalangan kami ini ada ahli (Pakatan) Harapan & Barisan (Nasional) dan tak mengundi pun pada PRN kali ini,” kata seorang daripada mereka ketika membalas ciapan Tuan Ibrahim.

    Sementara seorang lagi pemuda berkata, atas rasa hormat, mereka bertegur sapa dan mengambil gambar seperti itu atas permintaan Tuan Ibrahim.

    “Ini sepatutnya hanya gurauan dalaman tetapi telah dijadikan bahan kempen,” katanya, lapor Malaysiakini.