Category: Semasa

  • [RASMI] Hadi bergaya pertahan Parlimen Marang dengan majoriti 41,729 undi

    [RASMI] Hadi bergaya pertahan Parlimen Marang dengan majoriti 41,729 undi

    PRESIDEN Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang menang bergaya di kerusi Parlimen Marang yang disandangnya apabila meraih majoriti 41,729 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini.

    Kemenangan Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu jauh lebih besar berbanding keputusan PRU-14 yang mana Hadi memenanginya dengan majoriti 21,954 undi.

    Pada PRU ini, Hadi berjaya mendapat 73,115 undi meninggalkan pesaingnya dari Barisan Nasional (BN), Jasmira Othman (31,386 undi); Azhar Abdul Shukur dari PakataN Harapan (4,140 undi) dan calon PEJUANG, Mohd Shaid Rosli (1,778) undi.

    Pada PRU14, Abdul Hadi menewaskan calon BN, Mohamad Nor Endut dan Zarawi Sulong (PKR).

    PRU kali ini menyaksikan jumlah undi di Marang merekodkan sebanyak 109,068 undi dengan peratusan keluar mengundi sebanyak 82.78 peratus.

    Ketika itu, Abdul Hadi memperoleh 53,749 undi manakala Mohamad Nor (31,795 undi) dan Zarawi (5,318 undi).

  • Rosol pertahan Hulu Terengganu dengan majoriti besar

    Rosol pertahan Hulu Terengganu dengan majoriti besar

    DATUK Rosol Wahid berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Terengganu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hari ini.

    Rosol yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) memperolehi 42,910 undi, menewaskan pencabar terdekatnya, calon BN, Datuk Rozi Mamat dengan majoriti 15,734 undi.

    Rozi yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong dan kali pertama bertanding di Parlimen mendapat 27,176 undi.

    Kemenangan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Hulu Terengganu, Adnan Abdullah di pusat penjumlahan undi, Dewan Besar Majlis Daerah Hulu Terengganu pada pukul 11.10 malam.

    Calon Pakatan Harapan (PH), Alias Ismail pula memperoleh 1,740 undi manakala Mohd Khadri Abdullah yang bertanding mewakili Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mendapat 182 undi sekali gus hilang wang deposit, lapor Sinar Harian.

    Pada PRU14, Rosol yang bertanding atas tiket BN memperoleh sebanyak 30,925 undi menewaskan calon Pas, Muhyidin Abdul Rashid (28,057 undi) dan calon Bersatu, Datuk Razali Idris (3,374 undi).

    Bagaimanapun, Rosol memutuskan keluar daripada UMNO dan menyertai Bersatu pada 14 Disember 2018.

    Parlimen Hulu Terengganu mempunyai 87,917 pengundi berdaftar.

  • [RASMI] Mas Ermieyati pertahan kerusi Masjid Tanah

    [RASMI] Mas Ermieyati pertahan kerusi Masjid Tanah

    KEPUTUSAN rasmi Parlimen Masjid Tanah menyaksikan penyandang kerusi itu dari Perikatan Nasional (PN), Datuk Mas Ermieyati Samsudin menang dengan majoriti 4,411 undi.

    Pada PRU-15 ini, beliau berjaya mendapat 25,604 undi mengetepikan saingan sengit calon Barisan Nasional (BN), Abdul Hakim Abdul Wahid yang mendapat 21,193 undi.

    Calon Muda, Mutalib Uthman hanya meraih 7,445 undi manakala calon Gerakan Tanah Air, Handrawirawan Abu Bakar meraih 507 undi.

    Parlimen Masjid Tanah yang mempunyai 69,174 pengundi berdaftar menyaksikan sebanyak 54,749 jumlah undi atau 79.15 peratus keluar mengundi.

    Mas Ermieyati merupakan penyandang kerusi Masjid Tanah sejak 2013.

  • [RASMI] Muhyiddin menang besar di Pagoh

    [RASMI] Muhyiddin menang besar di Pagoh

    PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berjaya merangkul satu kerusi di Johor bagi PN apabila beliau memenangi kerusi di Parlimen Pagoh dengan majoriti 10,007 undi.

    Keputusan rasmi menyaksikan calon Perdana Menteri bagi PN itu menewaskan dua saingan lain iaitu calon Pakatan Harapn (PH), Iskandar Shah Abd. Rahman dan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Razali Ibrahim.

    Muhyiddin memperoleh 24,986 undi, manakala Iskandar mendapat 14,979 undi dan Razali memperoleh 14,426 undi.

    Peratus keluar mengundi di kerusi tersebut adalah sebanyak 77.77% peratus dengan 54,391 undi dikira berbanding 69,939 pengundi berdaftar.

  • [TIDAK RASMI] PN mendahului di Putrajaya, majoriti lebih 1,071

    [TIDAK RASMI] PN mendahului di Putrajaya, majoriti lebih 1,071

    KEPUTUSAN tidak rasmi menyaksikan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Dr. Radzi Jidin mendahului di Parlimen Putrajaya dengan majoriti 1,071 undi setakat 10 malam.

    Radzi memperoleh sebanyak 5,987 undi meninggalkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (4,916) diikuti calon Pakatan Harapan (PH), Dr. Noraishah Mydin Abdul Aziz (2,259) calon Pejuang, Datuk Mohd Rosli Ramli (338), calon bebas, Samsudin Mohamad Fauzi (12) dan calon Bebas, Lim Fice Bee (3), lapor Satu Berita.

  • Ketua Pemuda PN kalahkan Mahdzir Khalid di Padang Terap

    Ketua Pemuda PN kalahkan Mahdzir Khalid di Padang Terap

    Oleh RIZQI ZABIDI

    KETUA Pemuda Perikatan Nasional (PN) Kedah, Nurul Amin Hamid melakar kejutan apabila menumbangkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid di Parlimen Padang Terap.

    Melalui keputusan tidak rasmi dipaparkan di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Parlimen Padang Terap di Kolej Mara Kuala Nerang, Mahdzir yang juga penyandang kerusi itu tewas dengan majoriti 10,959 undi.

    Daripada 114 peti undi di Parlimen itu, Nurul Amin memperolehi 28,217 undi manakala Mahdzir sekadar mendapat 17,258 undi.

    Calon Pakatan Harapan (PH), Muaz Abdullah hanya memperolehi 2,702 undi manakala Razali Lebai Salleh dari Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mendapat 452 undi.

    Pada PRU 14, Mahdzir memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 1,099 undi menewaskan Azam Aziz dari Pas dan Khairizal Khazali dari PKR.

    Nurul Amin bersama penyokongnya kini sudah berada di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi tersebut manakala lain-lain calon termasuk Mahdzir, tidak kelihatan.

  • Polis tutup, lencong laluan berhampiran Istana Negara bermula 7 malam ini

    Polis tutup, lencong laluan berhampiran Istana Negara bermula 7 malam ini

    POLIS menutup dan melencongkan beberapa laluan berhampiran Istana Negara di Kuala Lumpur, bermula 7 malam ini hingga diberitahu kelak, kata Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor.

    Beliau berkata lencongan jalan dilaksanakan di Jalan Tuanku Abdul Halim (Jalan Duta) dari Kuala Lumpur menghala keluar ibu negara (Plaza Tol Duta) dan penutupan jalan dari susur masuk dari Pusat Bandaraya; susur masuk Jalan Tuanku Abdul Halim ke Jalan Semantan; Jalan Semantan ke Jalan Tuanku Abdul Halim dan susur masuk dari Jalan Semantan ke Jalan Changkat Semantan.

    “Penutupan dan lencongan ini bertujuan untuk kelancaran proses Pasca-Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan pengguna jalan raya sekitar Kuala Lumpur dinasihatkan merancang semula perjalanan bagi mengelakkan sebarang kesulitan atau tersangkut dalam lencongan berikutan penutupan jalan.

    “Pengguna jalan raya juga diminta mematuhi segala arahan daripada pihak polis bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

  • [TIDAK RASMI] Calon PN mendahului Mohd Khairuddin di Kuala Nerus

    [TIDAK RASMI] Calon PN mendahului Mohd Khairuddin di Kuala Nerus

    KEPUTUSAN tidak rasmi menyaksikan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali ketinggalan di Parlimen Kuala Nerus.

    Bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas itu hanya 2,607 undi berbanding calon Pas, Alias Razak yang meraih 4,173 undi.

    Setakat pukul 8.40 malam tadi, sebanyak 7,079 undi sudah dikira berbanding 105,952 pengundi yang berdaftar di kawasan tersebut, lapor SatuBerita.

  • PH diri khemah depan pusat undi, ejen BN lapor polis

    PH diri khemah depan pusat undi, ejen BN lapor polis

    SEORANG ejen kepada calon Barisan Nasional (BN) membuat laporan polis mendakwa Pakatan Harapan (PH) melanggar undang-undang berkempen selepas mendirikan beberapa khemah di luar pusat pengundian di Parlimen Bayan Baru.

    Soh Yeh Hong, selaku ejen calon BN Parlimen Bayan Baru, Saw Yee Fung, berkata, PH melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dengan mendirikan khemah itu pada hari pengundian.

    Ejen calon BN bagi Bayan Baru, Soh Yeh Hong, menunjukkan laporan polis dibuatnya.

    Dalam kenyataan, Soh berkata, beliau menggesa pihak berkuasa menyiasat PH kerana melanggar peraturan di “banyak” pusat pengundian di Parlimen itu.

    Soh turut mengemukakan rakaman video sebagai bukti menurut Free Free Malaysia Today.

    Mengikut undang-undang, semua parti perlu menghentikan kempen, tidak mendirikan khemah atau memakai sebarang baju atau apa-apa yang mempunyai lambang parti, kira-kira 50m dari pusat pengundian.

    Mereka yang didapati bersalah berdepan hukuman penjara maksimum setahun dan denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya sekiranya didapati bersalah.

  • [TIDAK RASMI] Calon PN dahului Parlimen Port Dickson

    [TIDAK RASMI] Calon PN dahului Parlimen Port Dickson

    CALON Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Parlimen Port Dickson, Rafiei Mustapha mendahului kerusi itu setakat pukul 8.56 malam.

    Beliau yang mendapat 4,359 undi mengatasi calon BN, Datuk P. Kamalanathan (2,636); PH diwakili Datuk Seri Aminuddin Harun (2,636) manakala PEJUANG diwakili Ahmad Idham Ahmad Nadzri (116) dan Bebas Abdul Rani Kulup Abdullah tiada undi.

    Port Dickson mempunyai 104,450 pengundi berdaftar.

    Kerusi itu sebelum ini disandang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini bertanding di Tambun.

    Rafiei merupakan Timbalan Pengerusi PN Negeri Sembilan dan Pesuruhjaya Pas negeri itu.