Category: Semasa

  • Bot nelayan Indonesia ceroboh perairan negara ditahan

    Bot nelayan Indonesia ceroboh perairan negara ditahan

    AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang menahan sebuah bot nelayan asing dari Indonesia yang dipercayai menceroboh perairan negara pukul 12.46 tengah hari semalam. Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd. Razak Mohamed berkata, bot itu ditahan kapal ronda Maritim Malaysia pada kedudukan 37 batu nautika barat daya Pulau Kendi ketika melaksanakan…

  • Thaipusam: Polis tahan 2 geng kongsi gelap peras ugut peniaga

    Thaipusam: Polis tahan 2 geng kongsi gelap peras ugut peniaga

    POLIS menahan dua lelaki dipercayai geng kongsi gelap selepas memeras ugut seorang peniaga di tapak gerai perayaan Thaipusam di Jalan Utama di Georgetown pada jam 4 pagi, Jumaat lalu. Ketua Polis Pulau Pinang, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, kedua-dua suspek ditahan selepas polis menerima laporan berhubung kejadian tersebut. “Siasatan awal…

  • Lelaki terjun sungai elak dicekup polis ditemui lemas

    Lelaki terjun sungai elak dicekup polis ditemui lemas

    SEORANG lelaki ditemui lemas selepas terjun ke dalam sungai berhampiran Taman Muara, Sungai Buloh di Kuala Selangor ketika cuba melarikan diri daripada serbuan polis pada Jumaat lalu. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, mangsa, 31, ditemui terapung oleh sepasukan nelayan kira-kira satu kilometer dari Pusat Kawalan Bomba (PKB) pada…

  • Wang KWSP RM141,000 lesap diperdaya Macau Scam

    Wang KWSP RM141,000 lesap diperdaya Macau Scam

    SEORANG wanita berputih mata apabila wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah RM141,000 lesap sekelip mata selepas diperdaya sindiket Macau Scam. Sebelum itu mangsa berusia 56 tahun yang bekerja bahagian pentadbiran di sebuah syarikat swasta itu mendakwa telah dihubungi oleh individu dari sebuah syarikat insurans. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof…

  • Warga emas maut selepas bergaduh dengan pekerja sendiri di restoran

    Warga emas maut selepas bergaduh dengan pekerja sendiri di restoran

    Oleh RIZQI ZABIDI SEORANG warga emas maut apabila tiba-tiba rebah selepas bergaduh dengan pekerjanya yang juga seorang pembantu tukang masak di sebuah restoran dekat Jalan Stadium, Alor Setar, semalam. Menurut sumber, lelaki berusia 68 tahun itu tiba-tiba rebah setelah dileraikan daripada bergaduh dengan suspek yang berusia 55 tahun kira-kira pukul 5.15 petang, di belakang restoran…

  • Apabila jualan, pembakaran mercun dan bunga api ‘dihalalkan’

    Apabila jualan, pembakaran mercun dan bunga api ‘dihalalkan’

    SEWAKTU penulis di alam kanak-kanak, lambakan mercun yang dijual di kebanyakan kedai kampung memang terlalu banyak sebaik sahaja memasuki bulan Ramadan. Pelbagai jenis mercun boleh dibeli dengan mudah antaranya mercun bola, katak, roket dan kilat. Ketika itu, suasana kampung pada sebelah malam terlalu gelap kerana kebanyakan rumah penduduk hanya menggunakan pelita minyak tanah dan belum…

  • Rafizi: Lantikan ahli keluarga perlu dielak

    Rafizi: Lantikan ahli keluarga perlu dielak

    BUDAYA nepotisme dengan melantik ahli keluarga ke jawatan tertentu dalam kerajaan perlu dielak pada masa akan datang, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli. Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menyedari pelbagai kritikan berhubung pelantikan Nurul Izzah Anwar sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohammed Iqbal sebagai pegawai…

  • ‘Apa salah saya’, Tun M hairan ditolak pengundi Langkawi

    ‘Apa salah saya’, Tun M hairan ditolak pengundi Langkawi

    TUN Dr. Mahathir Mohamad masih tertanya-tanya di mana silapnya sehingga ditolak pengundi di kerusi Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Beliau yang turut kehilangan wang deposit mendedahkan masih berasa terkilan dan sedih atas kekalahan tersebut Bekas Perdana Menteri itu yakin tidak melakukan sebarang kesalahan yang memudaratkan penduduk. “Saya ditolak jatuh merudum dan hilang…

  • Berubah atau risiko UMNO ditolak rakyat selamanya- Ismail Sabri

    Berubah atau risiko UMNO ditolak rakyat selamanya- Ismail Sabri

    NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, parti itu perlu melakukan perubahan drastik agar tidak terpisah dengan kehendak rakyat terutama golongan muda. Jelas bekas Perdana Menteri itu, jika masih tiada perubahan UMNO bakal berdepan risiko disingkir terus selama-lamanya. “Justeru pucuk pimpinan perlu merangka strategi bermula sekarang susulan kekalahan teruk pada Plihan Raya Umum…

  • Penunggang motosikal maut bertembung kereta masuk laluan bertentangan

    Penunggang motosikal maut bertembung kereta masuk laluan bertentangan

    SEORANG lelaki maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta jenis Myvi yang datang dari arah bertentangan di KM 17, Jalan Jerantut- Benta berdekatan Kampung Som, Jerantut, semalam. Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitenden Mazlan Hassan berkata, kejadian berlaku pukul 10.20 pagi,ketika mangsa berusia 25 tahun yang membonceng isterinya dalam perjalanan dari Damak ke Jerantut manakala…