Category: Semasa

  • Terkini PRN:Baddrol Bakhtiar mendahului di Gurun

    Terkini PRN:Baddrol Bakhtiar mendahului di Gurun

    SEMUA pusat pengundian di enam negeri yang terlibat pilihan raya negeri (PRN) ditutup pada 6 petang ketika proses pengiraan undi bermula.

    Pada PRN kali ini, seramai 9,773,571 pengundi berdaftar layak memilih di Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, dan Terengganu.

    Antaranya, 97,388 pengundi awal terdiri daripada pegawai dan anggota polis, tentera, dan pasangan.

    PRK Kuala Terengganu turut diadakan serentak dengan pilihan raya di enam negeri terbabit.

    Laporan terkini keputusan PRN, menurut FMT.

    PH mendahului di Mambau, Negeri Sembilan, lebih 14,700 undi.
    Hasnal Rezua Merican (BN) mendahului lebih 100 undi di Kuang, Selangor. Kerusi itu dimenangi Bersatu (atas tiket PKR) pada PRU14.
    Sanusi Nor (PN) mendahului di Jeneri, Kedah lebih 16,000 undi.
    Najib Isa (BN) mendahului di Bagan Pinang, Negeri Sembilan dengan 2,683 undi.
    TAK RASMI: PN menang di Jitra, Kedah.
    BN mendahului di Hulu Langat dengan majoriti 3,613 undi.
    BN mendahului di Galas, Kelantan lebih 2,000 undi.
    PH mendahului di Paya Jaras, Selangor lebih 1,000 undi.
    BN mendahului di Lenggeng, Negeri Sembilan dengan 6,191 undi.
    Amirudin Shari (PH) mendahului di Sungai Tua, Selangor dengan 11,800 undi.
    PH mendahului di Kota Damansara, Selangor lebih 5,000 undi.
    Jalaluddin Alias ​​(BN) mendahului di Pertang, Negeri Sembilan lebih 2,500 undi.
    TAK RASMI: BN menang di Palong, Negeri Sembilan.
    PH mendahului di Taman Medan, Selangor lebih 3,000 undi
    RASMI: PN menang di Sungai Burong, Selangor.
    Baddrol Bakhtiar (PN) mendahului di Gurun, Kedah lebih 11,400 undi.
    BN mendahului di Selat Kelang, Selangor lebih 900 undi.
    TAK RASMI: PN menang di Guar Chempedak, Kedah.
    TAK RASMI: PN menang di Sungai Limau, Kedah.
    BN mendahului di Sungai Air Tawar, Selangor lebih 1,000 undi.
    TAK RASMI: Mohamad Hasan (BN) menang di Rantau, Negeri Sembilan.
    PN mendahului di Sungai Panjang, Selangor, lebih 2,800 undi.
    PN mendahului di Semerak, Kelantan, lebih 6,800 undi.
    PN mendahului di Sungai Dua, Pulau Pinang lebih 2,000 undi.
    BN mendahului di Gemencheh, Negeri Sembilan lebih 2,400 undi.
    TAK RASMI: PN menang di Merbau Pulas, Kedah.
    PN mendahului di Jitra, Kedah lebih 20,296 undi.
    Ahmad Said (BN) ketinggalan di Kijal, Razali Idris (PN) mendahului lebih 1,000 undi.
    TAK RASMI: BN menang di Palong, Negeri Sembilan.
    PH mendahului di Nilai, Negeri Sembilan lebih 10,000 undi.
    PN mendahului di Kuala ketil, Kedah, lebih 12,876 undi.
    PN mendahului di Morib, Selangor lebih 10,091 undi.
    Reezal Merican (BN) mendahului lebih 1,000 undi di Bertam, kerusi itu dimenangi Bersatu (bertanding atas tiket PH) pada PRU14.
    PH mendahului di Kota Kemuning Selangor, lebih 21,381 undi.
    Altimet (PH) mendahului di Lembah Jaya lebih 1,000 undi.
    PN mendahului di Ijok,Selangor, lebih 9,353 undi.
    PH mendahului di Kota Darul Aman, Kedah, lebih 2,000 undi.
    PN mendahului di Derga, Kedah lebih 1,500 undi.
    Mahfuz Omar (PH) ketinggalan di Alor Mengkudu, Kedah. Calon PN mendahuli 12,422 undi.
    Rina Harun (PN) ketinggalan di Batu Tiga Selangor, Cheda Razak (Muda) mendahului lebih 656 undi.
    TAK RASMI: Loke Siew Fook (PH) menang di Chennah, Negeri Sembilan.
    BN mendahului di Dusun Tua, Selangor lebih 800 undi.
    BN mendahului di Hulu Besut, Terengganu lebih 1,000 undi.
    Mahdzir Khalid (BN) ketinggalan di Pedu. Calon PN mendahului lebih 2,000 undi.
    PH mendahului di Sungai Kandis, Selangor, lebih 9,800 undi.
    PH mendahului di Pandan Indah, Selangor lebih 1,000 undi.
    PH mendahului Banting, Selangor, lebih 23,600 undi.
    Juwairiya Zulkifli (PH) mendahului di Hulu Kelang, Selangor, lebih 3,000 undi.
    PN mendahului di Chetok, Kelantan, lebih 3,200 undi.
    PN mendahului di Ayer Hangat, Kedah lebih 3,000 undi.
    PN mendahului di Air Lanas, Kelantan, lebih 1,200 undi.
    PH mendahului di Lembah Jaya, Selangor, lebih 1,300 undi.
    TAK RASMI: PH menang di Pengkalan Kota, Pulau Pinang.
    Ahmad Samsuri Mokhtar (PAS) mendahului lebih 7,000 undi di Ru Rendang.
    PN mendahului di Buluh Gading, Terengganu, lebih 6,500 undi.
    TAK RASMI: PH menang di Komtar, Pulau Pinang.
    TAK RASMI: PH menang di Bagan Jermal, Pulau Pinang.
    PH mendahului di Kota Darul Aman, Kedah, lebih 3,900 undi.
    PN mendahului di Batu Rakit, Terengganu, lebih 4,100 undi.
    PH mendahului di Kota Damansara, Selangor lebih 1,000 undi.
    PN mendahului di Sabak, Selangor lebih 4,000 undi.
    BN mendahului di Sijangkang, Selangor lebih 1,000 undi.
    PH mendahului di Bukit Kepayang, Negeri Sembilan lebih 11,300 undi.
    PN mendahului di Bukit Kayu Hitam, Kedah lebih 5,000 undi.
    PH mendahului Paya Jaras, Selangor, lebih 2,200 undi.
    PN mendahului di Jertih, Terengganu, lebih 1,400 undi.
    Sanusi Nor (PN) mendahului lebih sembilan undi di Jeneri. Kerusi itu dimenangi PN pada PRU14.
    PH mendahului di Chuah, Negeri Sembilan lebih 3000 undi.
    PN mendahului di Pinang Tunggal, Pulau Pinang lebih 2,000 undi.

    Setakat 7:30 malam PAS mendahului di Kelantan. PH-BN mendahului di Selangor, Pulau Pinang, dan Negeri Sembilan.
    PH mendahului di Lukut, Negeri Sembilan lebih 1,900 undi.
    PH mendahului di Sekinchan, Selangor lebih 8,800 undi.
    PH mendahului di Morib, Selangor, lebih 3,700 undi.
    PH mendahului di Pulau Tikus, Pulau Pinang lebih 6,400 undi.
    PH mendahului di Subang Jaya, Selangor, lebih 2,300 undi.
    PH mendahului di Bandar Baru Klang, Selangor, lebih 15,400 undi.
    PH mendahului di Bukit Lanjan, Selangor, lebih 1,200 undi.
    PH mendahului di Kinrara, Selangor lebih 10,000 undi.
    PH mendahului di Paya Terubong, Pulau Pinang lebih 10,200 undi.
    PH mendahului di Bahau, Negeri Sembilan lebih 8,000 undi.
    PH mendahului di Tanjong Sepat, Selangor, lebih 1,500 undi.
    PN mendahului di Taman Medan, Selangor, lebih 1,800 undi.
    BN mendahului di Dusun Tua, Selangor lebih 100 undi.
    PH mendahului di Pengkalan Kota, Pulau Pinang lebih 7,800 undi.
    PH mendahului di Bandar Utama, Selangor, lebih 1,600 undi.
    PH mendahului di Rawang, Selangor, lebih 2,500 undi.
    Loke Siew Fook (PH) mendahului di Chennah lebih 1,000 undi. PH menang kerusi itu pada PRU14.
    PH mendahului di Bagan Dalam , Pulau Pinang, lebih 1,400 undi.
    PH mendahului di Kajang, Selangor, 1,200 undi.
    PH mendahului di Bandar Baru Klang, Selangor, 15,000 undi.
    PH mendahului di Perai, Pulau Pinang lebih 1,200 undi.
    PH mendahului di Sungai Pelek, Selangor lebih 1,000 undi.
    PH mendahului di Sentosa, Selangor, 3,300 undi.
    Chow Kon Yeow (PH) mendahului di Padang Kota, Pulau Pinang lebih 5,000 undi.
    BN mendahului di Semenyih, Selangor, lebih 1,200 undi.
    PH mendahului di Sungai Kandis, Selangor lebih 1,100 undi.
    PH mendahului di Pandamaran, Selangor lebih 10,000 undi.
    PN mendahului Bunut Payong, Kelantan, lebih 1,500 undi.
    PH mendahului di Kota Anggerik, Selangor 2,500 undi.
    PH mendahului di Perai, Pulau Pinang lebih 1,000 undi.
    PH mendahului di Repah, Selangor, lebih 1,400 undi.
    PH mendahului di Kampung Tungku, Selangor lebih 8,000 undi.
    Amirudin Shari (PH) mendahului di Sungai Tua lebih 200 undi. PH menang kerusi itu pada PRU14.
    PH mendahului di Sungai Kandis, Selangor lebih 1,100 undi.
    PH mendahului di Jawi, Pulau Pinang lebih 3,000 undi.
    PH mendahului di Sekinchan, Selangor lebih 3,120 undi.
    Najib Isa (BN) ketinggalan di Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Calon PN mendahului 4,607 undi.
    PH mendahului Kuala Kubu Bharu, Selangor 1,300 undi.
    PH mendahului di Dusun Tua, Selangor lebih 400 undi.
    PN mendahului di Tendong, Kelantan lebih 1,200 undi.
    PH mendahului di Nilai, Negeri Sembilan lebih 3,000 undi.
    PH mendahului di Seri Kembangan Selangor lebih 8,100 undi.
    Eddin Syazlee Shith (PN) mendahului di Juasseh, Negeri Sembilan 443 undi.
    BN mendahului di Selat Klang, Selangor lebih 500 undi.
    PH mendahului di Chennah, Negeri Sembilan lebih 1,300 undi.
    PN mendahului di Gemas, Negeri Sembilan 2,745 undi.
    Mohamad Hasan (BN) ketinggalan di Rantau. Rozmal Malakan (PN) mendahului 458 undi.
    PH mendahului di Teratai Selangor, lebih 1,800 undi.
    PH mendahului di Kota Selangor Kemuning, lebih 500 undi.
    PH mendahului di Permatang, Selangor lebih 700 undi.
    PH mendahului di Bukit Kepayang, Negeri Sembilan lebih 5,100 undi.
    PH mendahului di Perai, Pulau Pinang lebih 200 undi.
    PH mendahului di Datok Keramat, Pulau Pinang lebih 1,000 undi.
    PH mendahului di Nilai, Negeri Sembilan lebih 1,000 undi.
    BN mendahului di Pertang, Negeri Sembilan lebih 500 undi.
    PH mendahului di Jawi, Pulau Pinang lebih 1,200 undi.
    PAS mendahului di Chempaka, Kelantan lebih 500 undi.
    PH mendahului di beberapa kerusi di Pulau Pinang dan Selangor.
    PH mendahului di Bandar Baru Klang, Selangor lebih 6,000 undi.
    PN mendahului di Derga, Kedah lebih 1,000 undi.
    PH mendahului di Berapit, Pulau Pinang lebih 1,200 undi.
    PH mendahui di Balakong, Selangor lebih 9,000 undi.
    PH mendahului di Padang Lalang, Pulau Pinang lebih 1,300 undi.
    PH mendahului di Bahau, Negeri Sembilan lebih 2,100 undi.
    PH mendahului di Bukit Gasing, Selangor lebih 600 undi.
    PH mendahului di Seri Delima, Pulau Pinang lebih 1,200 undi.
    PH mendahului di Paya Terubong, Pulau Pinang lebih 2,000 undi.
    PH mendahului di Padang Lalang, Pulau Pinang lebih 1,300 undi.
    PH mendahului di Bahau, Negeri Sembilan lebih 1,000 undi.
    Mahdzir Khalid (BN) ketinggalan di Pedu lebih 100 undi. PN menang kerusi itu pada PRU14.
    PH mendahului di Paya Terubong, Pulau Pinang lebih 1,600 undi.
    PH mendahului di Seri Kembangan, Selangor lebih 1,000 undi.
    PH mendahului di Bagan Jermal, Pulau Pinang lebih 1,000 undi.
    PH mendahului di Pandamaran, Selangor lebih 1,800 undi.
    Azmin Ali (PN) mendahului di Hulu Kelang, PH menang di kerusi itu pada PRU14.
    PH mendahului di Seri Kembangan, Selangor lebih 1,200 undi.
    PH mendahului di Rahang, Negeri Sembilan lebih 1,800 undi.
    PH mendahului di Balakong, Selangor lebih 3,900 undi.
    PN mendahului di Derga, Kedah lebih 300 undi.
    PH mendahului di Bahau, Negeri Sembilan lebih 1,000 undi.
    PH mendahului di Bukit Kepayang, Negeri Sembilan lebih 1,000 undi.
    PH mendahului di Bandar Baru Klang, Selangor lebih 4,800 undi.
    PH mendahului di Kampung Tunku, Selangor lebih 1,000 undi.
    PN mendahului di Kuala Kubu Bharu, Selangor lebih 300 undi
    PH mendahului di Pengkalan Kota, Pulau Pinang lebih 1,000 undi.
    Rina Harun (PN) ketinggalan di Batu Tiga, Cheda Razak (Muda) mendahului dengan lebih 200 undi. PH menang di kerusi itu pada PRU14.
    PH mendahului di Balakong, Selangor lebih 900 undi.
    PN mendahului di Dusun Tua, Selangor lebih 1,500 undi.
    PN mendahului di Kota Darul Aman, Kedah lebih 200 undi.
    PN mendahului di Pelabuhan Klang, Selangor lebih 200 undi.
    PN mendahului di Rahang, Negeri Sembilan lebih 1,200 undi.

  • Terkini PRN: PN mendahului DUN Sungai Tua, MB Selangor masih di belakang

    Terkini PRN: PN mendahului DUN Sungai Tua, MB Selangor masih di belakang

    CALON Perikatan Nasional (PN), Muhammad Hanif Jamaluddin mendahului kiraan undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua berbanding calon Pakatan Harapan (PH) yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

    Mengikut penjumlahan undi rasmi setakat pukul 7.30 petang ini, Muhammad Hanif mendapat 241 undi berbanding Amirudin iaitu 140 undi.

    Sementara calon Bebas, G. Suman pula hanya mendapat satu undi, lapor Utusan Malaysia.

    Ketika ini, hanya dua daripada 86 peti undi yang tiba di pusat penjumlahan rasmi undi di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, di Gombak.

    Amirudin yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berdepan saingan tiga penjuru dalam PRN Selangor menentang Muhammad Hanif dan Suman.

    Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Amirudin menang dengan majoriti 11,374 di DUN Sungai Tua selepas menewaskan tiga calon lain dari BN, Pas dan Bebas yang berentap dalam pertandingan empat penjuru di DUN berkenaan.

  • Terkini PRN: Azmin mendahului di Hulu Kelang, Tok Mat ketinggalan di Rantau

    Terkini PRN: Azmin mendahului di Hulu Kelang, Tok Mat ketinggalan di Rantau

     SEMUA pusat pengundian di enam negeri yang terlibat PRN ditutup pada 6 petang ketika proses pengiraan undi bermula.

    Pada PRN kali ini, seramai 9,773,571 pengundi berdaftar layak memilih di Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, dan Terengganu.

    Antaranya, 97,388 pengundi awal terdiri daripada pegawai dan anggota polis, tentera, dan pasangan.

    PRK Kuala Terengganu turut diadakan serentak dengan pilihan raya di enam negeri terbabit.

    Laporan terkini keputusan PRN daripada FMT.

    • Eddin Syazlee Shith (PN) mendahului di Juasseh, Negeri Sembilan 443 undi.
    • BN mendahului di Selat Klang, Selangor lebih 500 undi.
    • PH mendahului di Chennah, Negeri Sembilan lebih 1,300 undi.
    • PN mendahului di Gemas, Negeri Sembilan 2,745 undi.
    • Mohamad Hasan (BN) ketinggalan di Rantau. Rozmal Malakan (PN) mendahului 458 undi.
    • PH mendahului di Teratai Selangor, lebih 1,800 undi.
    • PH mendahului di Kota Selangor Kemuning, lebih 500 undi.
    • PH mendahului di Permatang, Selangor lebih 700 undi.
    • PH mendahului di Bukit Kepayang, Negeri Sembilan lebih 5,100 undi.
    • PH mendahului di Perai, Pulau Pinang lebih 200 undi.
    • PH mendahului di Datok Keramat, Pulau Pinang lebih 1,000 undi.
    • PH mendahului di Nilai, Negeri Sembilan lebih 1,000 undi.
    • BN mendahului di Pertang, Negeri Sembilan lebih 500 undi.
    • PH mendahului di Jawi, Pulau Pinang lebih 1,200 undi.
    • PAS mendahului di Chempaka, Kelantan lebih 500 undi.
    • PH mendahului di beberapa kerusi di Pulau Pinang dan Selangor.
    • PH mendahului di Bandar Baru Klang, Selangor lebih 6,000 undi.
    • PN mendahului di Derga, Kedah lebih 1,000 undi.
    • PH mendahului di Berapit, Pulau Pinang lebih 1,200 undi.
    • PH mendahui di Balakong, Selangor lebih 9,000 undi.
    • PH mendahului di Padang Lalang, Pulau Pinang lebih 1,300 undi.
    • PH mendahului di Bahau, Negeri Sembilan lebih 2,100 undi.
    • PH mendahului di Bukit Gasing, Selangor lebih 600 undi.
    • PH mendahului di Seri Delima, Pulau Pinang lebih 1,200 undi.
    • PH mendahului di Paya Terubong, Pulau Pinang lebih 2,000 undi.
    • PH mendahului di Padang Lalang, Pulau Pinang lebih 1,300 undi.
    • PH mendahului di Bahau, Negeri Sembilan lebih 1,000 undi.
    • Mahdzir Khalid (BN) ketinggalan di Pedu  lebih 100 undi. PN menang kerusi itu pada PRU14.
    • PH mendahului di Paya Terubong, Pulau Pinang lebih 1,600 undi.
    • PH mendahului di Seri Kembangan, Selangor lebih 1,000 undi.
    • PH mendahului di Bagan Jermal, Pulau Pinang lebih 1,000 undi.
    • PH mendahului di Pandamaran, Selangor lebih 1,800 undi.
    • Azmin Ali (PN) mendahului di Hulu Kelang, PH menang di kerusi itu pada PRU14.
    • PH mendahului di Seri Kembangan, Selangor lebih 1,200 undi.
    • PH mendahului di Rahang, Negeri Sembilan lebih 1,800 undi.
    • PH mendahului di Balakong, Selangor lebih 3,900 undi.
    • PN mendahului di Derga, Kedah lebih 300 undi.
    • PH mendahului di Bahau, Negeri Sembilan lebih 1,000 undi.
    • PH mendahului di Bukit Kepayang, Negeri Sembilan lebih 1,000 undi.
    • PH mendahului di Bandar Baru Klang, Selangor lebih 4,800 undi.
    • PH mendahului di Kampung Tunku, Selangor lebih 1,000 undi.
    • PN mendahului di Kuala Kubu Bharu, Selangor lebih 300 undi
    • PH mendahului di Pengkalan Kota, Pulau Pinang lebih 1,000 undi.
    • Rina Harun (PN) ketinggalan di Batu Tiga, Cheda Razak (Muda) mendahului dengan lebih 200 undi. PH menang di kerusi itu pada PRU14.
    • PH mendahului di Balakong, Selangor lebih 900 undi.
    • PN mendahului di Dusun Tua, Selangor lebih 1,500 undi.
    • PN mendahului di Kota Darul Aman, Kedah lebih 200 undi.
    • PN mendahului di Pelabuhan Klang, Selangor lebih 200 undi.
    • PN mendahului di Rahang, Negeri Sembilan lebih 1,200 undi.
  • Keputusan tak rasmi, PN dahului di DUN Ayer Hangat, Kuah

    Keputusan tak rasmi, PN dahului di DUN Ayer Hangat, Kuah

    CALON Perikatan Nasional (PN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hangat, Shamsilah Siru mendahului tiga calon lain setakat ini berdasarkan pengiraan undi awal di Dewan Badminton Kompleks Sukan Langkawi, di Langkawi.

    Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kedah itu mendahului dengan 167 undi, manakala calon Barisan Nasional (BN), Hisham Suhaily Othman yang juga Ketua Wanita UMNO Langkawi meraih 94 undi, diikuti dua calon Bebas, Safwan Hanif Shafie (18 undi) dan Zulfadli Mohd. Yusoff (3 undi)

    Jumlah itu menyaksikan Shamsilah Siru mendahului dengan majoriti 73 undi. DUN Ayer Hangat mempunyai 33,156 orang pengundi lapor Berita Harian.

    Sementara itu, DUN Kuah juga menyaksikan calon PN, Ahmad Pared Mahamud mendahului dengan majoriti 157 undi. Calon Pakatan Harapan (PH), Ahmad Fauzi Chik mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula di tempat kedua dengan 255 undi, manakala calon Bebas, Mazlan Ahmad di tempat ketiga dengan sembilan undi.

    DUN Kuah memiliki pengundi berdaftar seramai 34,694 orang.

  • Bas disewa khas bawa polis, bukan bawa pengundi hantu

    Bas disewa khas bawa polis, bukan bawa pengundi hantu

    Oleh RIZQI ZABIDI

    DAKWAAN kononnya wujud bas digunakan bagi membawa pengundi hantu di negeri ini seperti yang ditularkan dalam sebuah klip video di media sosial sejak pagi tadi adalah tuduhan yang tidak benar.

    Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh menegaskan, bas-bas itu bukan membawa pengundi hantu sebaliknya disewa khas oleh pihak polis untuk membawa lebih 7,000 pegawai dan anggota polis yang bertugas di negeri ini bersempena Pilihan Raya Negeri (PRN).

    Menurutnya, hampir 2,000 daripada pegawai dan anggota terlibat datang dari luar Kedah antaranya Bukit Aman dan Perlis.

    “Sebanyak 34 bas disewa khas untuk membawa pegawai dan anggota polis tersebut dengan 24 daripadanya disewa dari luar Kedah dan 10 dari dalam negeri ini. Pemeriksaan terhadap nombor plat bas yang tular tersebut mendapati, tiga bas berkenaan merupakan sebahagian daripada bas yang disewa.


    “Saya memberi jaminan bahawa apa yang dibangkitkan itu (dakwaan wujud pengundi hantu) tidak betul. Tetapi kami mengalu-alukan pihak yang membuat membuat tuduhan itu, untuk membuat laporan polis bagi membuktikan dakwaan tersebut.

    “Ini bagi memberi keadilan kepada pihak yang menuduh,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di Alor Setar hari ini.

    Sejak pagi tadi tular tindakan pihak tertentu menahan tiga buah bas kerana didakwa membawa pengundi hantu. Dalam klip video tersebut, terdapat penggunaan kata-kata kesat oleh pihak terlibat dengan mereka mendakwa kejadian itu merupakan satu ‘sejarah’ kerana sebelum ini tidak pernah muncul bas di kawasan tersebut ketika pilihan raya berlangsung.

    Pada sidang akhbar tersebut, Fisol turut membacakan beberapa nombor pendaftaran bas yang disewa khas polis untuk tujuan berkenaan.

    Mengulas lanjut Fisol berkata, kejadian itu berlaku di Sungai Petani dan ketika bas tersebut ditahan, kalangan pegawai serta anggota terlibat sudah pun turun dari kenderaan berkenaan dan sedang menjalankan tugas masing-masing di serata tempat.

    “Saya ingatkan di sini bahawa individu terlibat bertanggungjawa mengeluarkan satu isu yang telah menjadi kegusaran, kononnya terdapat pengundi hantu di Kedah. Disebabkan itu, saya segera mengadakan sidang akhbar bagi mengelakkan spekulasi,” katanya.

    Dalam pada itu Fisol memaklumkan, pihaknya menerima tiga laporan dari orang awam yang mendakwa mereka tidak dapat mengundi kerana nama masing-masing telah digunakan individu lain.

    “Selain itu, kami juga memandang serius dakwaan dibuat di media sosial oleh sepasang warga emas yang mendakwa petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memangkah di tempat yang salah sewaktu membantu sang suami mengundi.

    “Difahamkan petugas SPR tersebut akan membuat laporan polis selepas beliau menamatkan tugas berkenaan dakwaan tersebut dan kami juga menyeru agar pasangan warga emas berkenaan turut melakukan tindakan sama,” katanya.

  • Hadi jangka PN menang lebih besar berbanding PRU15

    Hadi jangka PN menang lebih besar berbanding PRU15

    PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menjangkakan Perikatan Nasional (PN) menang lebih besar pada pilihan raya negeri (PRN) ini berbanding Pilihan Raya Umum ke-15.

    Menurutnya, ini susulan sokongan terhadap PN meningkat berdasarkan lawatan sepanjang kempen yang dihadirinya sebelum ini.

    “Melihat semangat dan keseluruhan menerusi lawatan dilakukan, ia sangat mengalakkan.

    “Insya-Allah… kita mendapat kejayaan dan dijangka lebih besar daripada keputusan di Parlimen,” katanya kepada pemberita selepas selesai membuang undi di Sekolah Kebangsaan Rusila di Marang hari ini.

    Hari pengundian bagi PRN enam negeri dilaksanakan serentak hari ini di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

    Turut diadakan serentak ialah PRK bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

    PRN melibatkan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Kelantan (45), Terengganu (32), Pulau Pinang (40), Selangor (56) dan Negeri Sembilan (36).

    PRN enam negeri itu juga akan menyaksikan sebanyak 245 kerusi DUN menjadi rebutan parti-parti bertanding pada pilihan raya negeri kali ini untuk mendapatkan mandat rakyat.

    Mengulas lanjut, Abdul Hadi juga menyeru sekali lagi kepada seluruh pengundi khususnya Melayu Islam supaya menunaikan tanggungjawab untuk mengundi pada hari ini.

    “Ini kerana mengundi adalah suatu kewajipan memilih pemimpin yang mewakili kita, memilih kerajaan memerintah kita. Ini satu amanah yang sangat besar.

    “Tunaikan tanggungjawab dan jangan pandang ringan. Jangan pandang mudah khususnya bagi orang Melayu Islam dan mesti tunai tanggungjawab ini dengan sungguh-sungguh,” ujarnya, lapor Sinar Harian.

  • PRN: Calon PN Seberang Jaya dakwa PH langgar peraturan

    PRN: Calon PN Seberang Jaya dakwa PH langgar peraturan

    CALON Perikatan Nasional (PN) Seberang Jaya, Izhar Shah Arif Shah kesal dengan tindakan pihak lawan yang didakwa mengedarkan cetakan kertas seakan-akan kertas undi untuk diedarkan kepada orang ramai pada hari pengundian.

    Dakwanya, cetakan kertas itu dikatakan diedarkan di khemah milik Pakatan Harapan (PH) berhampiran pusat pengundian.

    “Saya amat kecewa dan terkilan apabila mendapati ada barung dan khemah milik PH yang memiliki atau mengedarkan cetakan berupa kertas undi termasuklah di Pusat Mengundi di Sekolah Kebangsaan Pauh Jaya.

    “Perbuatan kotor ini adalah amat jelas menyalahi Seksyen 3(1)(j) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954,” dakwanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

    Izhar berkata, perbuatan itu juga boleh disifatkan sebagai aktiviti berkempen di luar tempoh berkempen yang menyalahi Seksyen 24B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

    “Laporan kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan polis akan dilakukan,” ujarnya.

    Beliau menyeru semua penyokong PN termasuk ejen mengundi dan mengira agar memberi sepenuh perhatian dalam melawan tindakan yang melanggar undang-undang ini.

  • Zahid tak undur walau UMNO kalah teruk, dakwa KJ

    Zahid tak undur walau UMNO kalah teruk, dakwa KJ

    KHAIRY Jamaluddin menjangkakan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak akan melepaskan jawatannya meskipun parti itu mencatatkan keputusan buruk pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

    Sebaliknya, bekas Ahli Parlimen Rembau itu yakin Ahmad Zahid akan mengambil langkah sama seperti yang dilakukan ketika Barisan Nasional (BN) tewas di kebanyakan kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

    “Kalau UMNO mengalami keputusan paling buruk hari ini pun, Ahmad Zahid tidak akan turun (letak jawatan).

    “UMNO akan kekal seperti biasa, UMNO akan buat tidak tahu sebab saya punya ramalan seperti PRU lalu UMNO kena ‘bantai’ teruk pun dia (Ahmad Zahid) akan buat tidak tahu lah,” katanya.

    Bekas Ketua Pemuda UMNO itu berkata demikian kepada pemberita selepas mengundi di pusat pengundian DUN Kota di Sekolah Menengah Agama (SMA) Haji Mohd. Yatim, Gadong, di Rembau, hari ini.

    Dalam pada itu, mengulas peratusan keluar mengundi yang masih rendah, Khairy tidak menolak kemungkinan rakyat sudah letih dengan polemik politik ketika ini.

    Bagaimanapun, beliau menyeru pengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka memandangkan PRN ini amat amat penting dalam menentukan dinamik politik di peringkat negeri.

    “Saya tengok rata-rata agak perlahan, saya tidak tahu apa maksudnya (tetapi) mungkin terlalu banyak pilihan raya dan mereka sudah letih.

    “Tetapi PRN ini penting yang mana walaupun tidak ada kesan di peringkat kerajaan Persekutuan, tetapi ini boleh menentukan kerajaan di peringkat negeri yang banyak menyelesaikan masalah harian rakyat biasa,” ujar beliau lagi, lapor Astro Awani.

  • Tiada laporan babitkan isu 3R sepanjang PRN – Timb IGP

    Tiada laporan babitkan isu 3R sepanjang PRN – Timb IGP

    TIADA sebarang laporan membabitkan isu 3R (Bangsa, Agama dan Raja) yang diterima berlaku di sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, kata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

    Beliau berkata kesalahan yang paling banyak dikesan di sepanjang PRN ini adalah membabitkan kesalahan khianat.

    “PDRM paling banyak terima laporan khianat seperti kerosakan poster, fitnah, flash mob atau perhimpunan tanpa permit polis.

    “Sebanyak 131 kertas siasatan pelbagai kesalahan PRN dibuka di enam negeri dan 1,770 laporan polis diterima sehingga tempoh malam tadi,” katanya dalam sidang media khas selepas meninjau pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Klang Gate di DUN Hulu Kelang, hari ini.

    Ayob Khan berkata setakat ini proses pengundian di enam negeri terkawal dan tiada sebarang insiden berlaku.

    “Orang ramai diminta keluar mengundi awal hari ini kerana cuaca tidak menentu, selain mengelakkan kesesakan trafik serta diminta mematuhi arahan polis yang bertugas di pusat-pusat pengundian,” katanya.

  • Peti undi tak dimeterai, pengundian sebuah pusat undi Pulau Pinang digantung

    Peti undi tak dimeterai, pengundian sebuah pusat undi Pulau Pinang digantung

    PROSES pengundian digantung di sebuah pusat mengundi di Paya Terubong, Pulau Pinang susulan sebuah peti undi didapati tidak dimeterai (unsealed).

    Calon Perikatan Nasional (PN) Paya Terubong, Ooi Ghee Oon berkata, peti undi itu berada dalam saluran 15, di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Relau.

    Selepas mendapati peti undi tersebut tidak dimeterai, Ooi segera memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.

    Menurut Sin Sin Chew Daily, 177 kertas undi telah dimasukkan dalam peti tidak berkunci berkenaan.