Category: Semasa

  • Penyokong Nottingham Forest serang ketua pasukan Sheffield United selepas kalah

    Penyokong Nottingham Forest serang ketua pasukan Sheffield United selepas kalah

    POLIS sedang menjalankan siasatan berhubung serangan ke atas Ketua pasukan Sheffield United, Billy Sharp oleh seorang penyokong Nottingham Forest selepas Sheffield United kalah sepakan penalti 3-2 dengan Nottingham Forest. Penyokong tersebut boleh dilihat masuk ke dalam padang dan menuju ke arah Sharp ketika ketua pasukan tersebut berdiri di tepi padang. Pengurus kelab, Paul Heckingbottom berkata…

  • Pegawai kanan polis di JSJK Bukit Aman maut di pejabat

    Pegawai kanan polis di JSJK Bukit Aman maut di pejabat

    SEORANG pegawai kanan polis yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman meninggal dunia di pejabatnya di Menara KPJ di Kuala Lumpur pada pukul 11 malam tadi. Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, pegawai lelaki berusia 42 tahun berpangkat Deputi Superintendan (DSP) dan siasatan di lokasi tidak menemui sebarang…

  • Berjuta ringgit masuk ke dalam akaun Najib tetapi tidak didedahkan semasa mesyuarat 1MDB – Saksi

    Berjuta ringgit masuk ke dalam akaun Najib tetapi tidak didedahkan semasa mesyuarat 1MDB – Saksi

    MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah mendedahkan dalam mana-mana Mesyuarat Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bahawa beliau menerima wang berjuta-juta daripada syarikat pelaburan strategik negara itu dalam akaun peribadi AmBank beliau. Bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) 1MDB Azmi Tahir berkata beliau juga tidak menyedari sebuah syarikat,…

  • Dr Mahathir dakwa Ahmad Zahid risau kes jenayah dihadapinya di mahkamah

    Dr Mahathir dakwa Ahmad Zahid risau kes jenayah dihadapinya di mahkamah

    TUN Dr Mahathir Mohamad mendakwa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menyuarakan kerisauannya berhubung kes-kes jenayah yang dihadapi bekas timbalan perdana menteri itu di mahkamah ketika mereka mengadakan beberapa pertemuan. Dr Mahathir, 96, dalam pernyataan pembelaan yang difailkan hari ini menerusi Tetuan Haidir & Co mendakwa, pertemuan sebanyak lima kali itu antara 7 Jun…

  • Kerajaan, NFC masih bincang selesai kes saman RM253.6 juta

    Kerajaan, NFC masih bincang selesai kes saman RM253.6 juta

    KERAJAAN Malaysia dan National Feedlot Corporation (NFC) masih lagi berbincang untuk menyelesaikan kes saman yang menuntut syarikat itu membayar balik pinjaman dan faedah berjumlah RM253.6 juta berhubung projek Pusat Fidlot Nasional di Gemas, Negeri Sembilan. Syarikat itu diuruskan oleh suami dan tiga anak bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.…

  • Kes jenayah seksual: Pengadu tarik balik laporan terhadap Da’i Syed

    Kes jenayah seksual: Pengadu tarik balik laporan terhadap Da’i Syed

    DA’I Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful akan mengetahui pada 31 Mei ini sama ada dua pertuduhan jenayah seksual yang dihadapinya akan diteruskan dengan perbicaraan atau ditarik balik. Timbalan Pendakwa Raya, P. Vitiya Monisha memaklumkan Hakim Mahkamah Sesyen, Jamaludin Mat bahawa pengadu dalam kes itu telah menarik balik laporan polis yang…

  • Mahkamah tolak permohonan ibu Jamaluddin Jarjis

    Mahkamah tolak permohonan ibu Jamaluddin Jarjis

    IBU Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Mohd Jarjis gagal dalam permohonannya di Mahkamah Rayuan hari ini untuk mengemukakan keterangan lanjut dalam rayuannya berhubung saman sivil untuk memasukkan saham syarikat sebagai sebahagian daripada harta pusaka anak lelakinya. Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Lee Swee Seng, Datuk Hadhariah Syed Ismail dan Datuk M Gunalan menolak permohonan Aminah…

  • Pemandu treler mengaku tidak bersalah sebab kematian lima pelajar USAS

    Pemandu treler mengaku tidak bersalah sebab kematian lima pelajar USAS

    SEORANG pemandu treler mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di Kuala Kangsar, hari ini atas lima pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian dalam nahas membabitkan pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) pada Khamis malam Khamis lalu. Mohammad Amirul Aznizam Razali, 28, membuat pengakuan itu sejurus semua lima pertuduhan terbabit dibacakan secara berasingan di hadapan…

  • Tiga kontraktor didenda, guna penyata akaun palsu dapatkan tender

    Tiga kontraktor didenda, guna penyata akaun palsu dapatkan tender

    Oleh RIZQI ZABIDI TIGA kontraktor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar, hari ini atas pertuduhan menipu dokumen bagi melayakkan mereka bersaing dan mendapatkan tender pengutipan sampah serta pembersihan awam bernilai puluhan ribu ringgit sebulan pada 2019. Tertuduh, Suhaimi Mohd, 47, Arman Yani Anuar, 51, dan Shafizawati Shafiee, 48, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadap mereka…

  • Sindiket isi semula syabu dalam krayon sebelum dihantar ke luar negara tumpas

    Sindiket isi semula syabu dalam krayon sebelum dihantar ke luar negara tumpas

    Oleh WARTAWAN WARTA RAKYAT ISI semula serbuk syabu dalam pensel pewarna krayon untuk dihantar ke luar negara. Bagaimanapun, taktik yang digunakan satu sindiket penyeludupan dadah di Pulau Pinang untuk mengaburi mata pihak berkuasa itu gagal selepas berjaya ditumpaskan polis. Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Assisten Komissioner Soffian Santong, sindiket yang mula aktif pertengahan tahun…