Category: Kemalangan / Bencana

  • Kanak-kanak dua tahun antara tiga sekeluarga maut kemalangan

    Kanak-kanak dua tahun antara tiga sekeluarga maut kemalangan

    KANAK-kanak lelaki berusia dua tahun antara tiga sekeluarga yang maut dalam kemalangan melibatkan tiga kereta di Kilometer 44.5 Jalan Muar-Segamat, dekat sini, petang semalam.  Ketua Polis Daerah Tangkak Supt Mohd Fadhil Minhat berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian melibatkan dua kereta Perodua Myvi berwarna hitam dan kelabu serta sebuah kereta Mazda itu pada 3.50 petang.  Beliau berkata Aarish Ammar Harunarashid,…

  • Lori tangki diesel terbalik, minyak tumpah atas jalan

    Lori tangki diesel terbalik, minyak tumpah atas jalan

    SEBUAH lori tangki yang membawa muatan diesel terbalik menyebabkan tumpahan minyak di Jalan Pasir Panjang berhampiran lampu isyarat hadapan sebuah resort di Teluk Kemang, Port Dickson, hari ini. Memetik laporan Sinar Harian, Komander Operasi Penolong Penguasa Bomba (PPgB), Azizee Alias berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 7.20 pagi. “Jentera dari Balai Bomba…

  • Jasad lelaki diserang buaya ditemukan tidak sempurna

    Jasad lelaki diserang buaya ditemukan tidak sempurna

    SEPASUKAN anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan hari ini menemukan kepala seorang mangsa lelaki yang hilang dipercayai diserang dan dibaham buaya ketika cuba menyeberang Sungai Seguntor, dekat Taman Kenari di Sandakan, Jumaat lepas. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam kenyataan berkata kepala mangsa ditemukan pasukan mencari dan menyelamat pada 7.30 pagi tadi, dalam keadaan…

  • Bas terbakar, 44 pelajar Kolej Matrikulasi Kedah selamat

    Bas terbakar, 44 pelajar Kolej Matrikulasi Kedah selamat

    SERAMAI  44 pelajar Kolej Matrikulasi  Kedah (KMK), Changlun, Kedah terselamat apabila bas persiaran yang dinaiki terbakar di Kilometer 39.5 Jalan Raya Timur Barat dekat Tasik Banding di sini hari ini. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata sebuah jentera dengan pegawai dan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.05 petang.…

  • Penunggang motosikal maut dihempap pokok di LPT

    Penunggang motosikal maut dihempap pokok di LPT

      SEORANG penunggang motosikal maut dihempap pokok yang tumbang di Kilometer 67.4 Lebuhraya Pantai Timur menghala ke Kuantan hari ini. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.17 malam sebelum tujuh anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong bergegas ke lokasi kejadian. Beliau berkata sejurus…

  • Lelaki hilang disambar buaya ketika seberang sungai dengan rakit

    Lelaki hilang disambar buaya ketika seberang sungai dengan rakit

    SEORANG lelaki hilang dipercayai disambar buaya ketika menyeberangi sungai berhampiran Taman Kenari Batu 7, di Sandakan, semalam. Ketika kejadian, mangsa berusia 50 tahun itu dikatakan cuba untuk menyeberang dengan menggunakan rakit di sungai berkenaan. Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 8.57 malam.…

  • Wanita warga Indonesia rentung dalam kebakaran

    Wanita warga Indonesia rentung dalam kebakaran

    SEORANG pekerja wanita warga Indonesia rentung apabila bilik didiaminya di sebuah blok rumah pekerja di kilang papan lapis di Jalan Kemena, Bintulu, kira-kira 200 kilometer dari Sibu, terbakar awal pagi tadi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, ketika kejadian, hanya wanita berusia 24 tahun itu berada di bilik berkenaan manakala dua…

  • Mayat remaja perempuan ditemukan tersangkut celah batu

    Mayat remaja perempuan ditemukan tersangkut celah batu

    Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN REMAJA perempuan yang hilang semasa mandi bersama-sama lima rakannya di Pantai Tanjung Balau, Bandar Penawar, Kota Tinggi pagi tadi sudah dtemukan mayatnya di celah batu. Mayat Nurish Qhalisya Suhailizam yang berusia 13 tahun ditemukan pada pukul 2.37 petang tadi. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, mangsa ditemui pasukan…

  • Dua maut, satu parah kereta masuk longkang

    Dua maut, satu parah kereta masuk longkang

    DUA remaja maut sementara seorang lagi rakan mereka parah apabila kenderaan dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam longkang di Jalan Pondok Labu-Taman Selasih, dekat Kulim, pukul 3.51 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kulim, Superitendan Mohd. Redzuan Salleh, semua mangsa menaiki kereta jenis Perodua Viva datang dari arah pekan Kulim ke Taman Selasih. Sebaik…

  • 1 remaja dikhuatiri lemas, 2 tidak sedarkan diri, 3 terselamat mandi di pantai

    1 remaja dikhuatiri lemas, 2 tidak sedarkan diri, 3 terselamat mandi di pantai

    Oleh ABU UBAIDILLAH RAHMAN KEGEMBIRAAN sekumpulan remaja mandi di Pantai Tanjung Balau, Bandar Penawar, Kota Tinggi, pagi ini berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka hilang, dua tidak sedarkan diri dan tiga terselamat. Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Penawar,Penguasa Bomba Kanan II Mohd. Hazmi Zulkafli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian…