Author: Bernama
-
Saya sudah maklumkan Tun Dr Mahathir terma penyelesaian saman – Peguam Negara
PEGUAM Negara Tan Sri Idrus Harun hari ini berkata beliau telah memaklumkan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai terma penyelesaian berkaitan saman yang difailkan Tan Sri Mohamed Apandi Ali terhadap bekas perdana menteri itu dan kerajaan Malaysia. Beliau berkata berikutan penyelesaian itu, plaintif iaitu Mohamed Apandi, telah menarik balik tindakan undang-undangnya berhubung penamatan kontraknya sebagai Peguam…
-
10 lelaki ditahan gaduh gempar bunga api di Seremban
POLIS menahan 10 lelaki awal pagi tadi dipercayai melakukan gaduh gempar menggunakan bunga api sesama sendiri di Taman Bandar Prima Senawang di Seremban seperti tular dalam laman sosial Facebook. Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata kesemua individu berusia 19 hingga 42 tahun itu ditahan pada 4.40 pagi di sekitar daerah Seremban dan direman…
-
Pemandu bas ekspres ditahan positif dadah
SEORANG pemandu bas ekspres ditahan dipercayai positif dadah jenis ganja dalam operasi penguatkuasaan sempena Aidilfitri di Terminal Bas Melaka Sentral di Melaka malam tadi. Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka, Muhammad Firdaus Shariff berkata, lelaki berusia 38 tahun yang juga pemandu gantian digaji sebuah syarikat bas ekspres di terminal berkenaan ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)…
-
KKM tidak pernah peraku produk ganti ubat rawat diabetes
KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) tidak pernah memperakukan mana-mana produk atau makanan yang boleh menggantikan ubatan termasuk insulin untuk merawat diabetes dan mengawal gula dalam darah. Perkara itu dimaklumkan KKM dalam kenyataan menerusi laman Facebook hari ini bagi menjelaskan tindakan laman Facebook Ainalienshop-TW yang cuba mengelirukan orang ramai dengan menggunakan gambar yang telah diubah suai, memaparkan Menteri…
-
Lebih lapan jam bomba padam kebakaran gudang simpan bahan kimia
PASUKAN bomba mengambil masa lebih lapan jam untuk memadam kebakaran di sebuah gudang menyimpan bahan kimia di Kawasan Perindustrian Valdor di Sungai Bakap, di Nibong Tebal hari ini. Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Mohamad Tarmizi Abdul Salam berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.45 pagi dan jentera pertama dari Balai…
-
Hati-hati… jangan beli durian guna aplikasi D4 Durian
POLIS menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan urusan jual beli durian secara dalam talian terutama menjelang musim raja buah itu di Pulau Pinang berikutan terdapat kes penipuan membabitkan kes tersebut. Polis Daerah Timur Laut dalam satu kenyataan menerusi Facebook memaklumkan pihaknya mengesan peningkatan kes penipuan pembelian durian secara dalam talian di daerah itu yang dipercayai…
-
Kadar tambang ECRL tidak bebankan pengguna
KERAJAAN memberi jaminan kadar tambang perkhidmatan pengangkutan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang akan ditetapkan kelak tidak akan membebankan pengguna. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, dakwaan Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail bahawa tambang ECRL sehingga enam kali ganda lebih tinggi berbanding harga tiket penerbangan adalah bersifat spekulatif dan tidak berasas. Beliau…
-
Remaja dikhuatiri lemas, tiga selamat dihanyut arus
SEORANG remaja lelaki dikhuatiri lemas manakala tiga lagi selamat selepas mereka dihanyutkan arus semasa mandi di kawasan rekreasi Pasir Puteri, Sungai Lembing di Kuantan hari ini. Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata mangsa Amirun Mohamad, 14, dari Jabor, Terengganu difahamkan ke lokasi kejadian bersama ahli keluarganya sekitar 2 petang untuk…
-
[VIDEO] Kancil dipandu warga emas rempuh restoran tom yam
ENAM pelanggan termasuk seorang kanak-kanak berusia setahun yang sedang menikmati hidangan di sebuah restoran tom yam di Jalan Hang Li Po, Bukit Baru di Melaka berdepan detik cemas apabila sebuah kereta merempuh masuk restoran tersebut semalam. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian 7.15 malam itu berpunca apabila kereta jenis Perodua…
-
Polis Kelantan buru tiga lelaki samun kedai emas, larikan wang RM1 juta
POLIS Kelantan memburu tiga lelaki dipercayai menyamun sebuah kedai pajak gadai emas dekat Jalan Besar di Pasir Mas, dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang, semalam. Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata polis menerima laporan berkaitan kejadian tersebut daripada mangsa pada 4.45 petang yang memaklumkan tiga lelaki bertopeng telah menggunakan senjata menyerupai pistol…