NAIB Presiden Pas Datuk Idris Ahmad yakin sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN) akan meningkat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.
Katanya, ini susulan luahan daripada warga emas yang ditemui kelmarin yang mengharapkan kemenangan kepada PN.
Menurutnya kumpulan warga emas itu meluahkan rasa tidak puas hati dan penolakan terhadap kepimpinan Presiden UMNO sekarang.
“Ini salah satu indikator, kalau itu fikiran orang tua, maka insya-Allah gelombang ini bukan sahaja berlaku di kalangan orang muda tetapi penolakan tehadap Pakatan Harapan semakin meluas,” katanya ketika ditemui di Bilik Operasi DUN Simpang Jeram.
Begitu juga, kata beliau sambutan masyarakat Simpang Jeram dalam ceramah, sesi calon bertemu masyarakat menunjukkan penerimaan yang sangat baik.
“Perkara ini diakui sendiri oleh Dr Mazri yang pernah bertanding pada tahun 2018. Ketika itu sukar untuk mendapat sokongan rakyat berbanding sekarang.
“Ini menunjukkan bahawa sambutan masyarakat terhadap PN semakin meningkat,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai menurut Harakahdaily.
Justeru, kata beliau ini menyebabkan pimpinan Pakatan Harapan sekarang berada dalam suasana tertekan melalui kenyataan yang dibuat oleh mereka.
Leave a Reply