ORANG ramai boleh menyalurkan maklumat atau aduan mengenai perbuatan rasuah sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi kenyataan berkata, aduan itu boleh disalurkan di dua bilik gerakan di Johor yang dilancarkan hari ini.
“Bilik gerakan itu akan beroperasi 24 jam mulai hari ini sehingga 9 September depan.
“SPRM boleh dihubungi menerusi talian 07-2316000 (Pejabat SPRM Johor) dan 07-4321982 (Pejabat SPRM Cawangan Batu Pahat),” menurut kenyataan itu.
Selain itu, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui e-mel kepada [email protected] atau menghubungi talian 010-8414384.
SPRM mengingatkan semua calon dan parti politik yang bertanding supaya tidak melakukan aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Leave a Reply