AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun dilaporkan antara 10 orang yang terbunuh dalam nahas jet persendiri terhempas di bandar Elmina Shah Alam hari ini.
Kejadian yang menimpa Johari itu dikongsikan oleh Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman melalui akaun Twitter beliau.
Melalui menerusi ciapan di Twitter sambil berkongsi gambar kenangan dalam mesyuarat bersama Allahyarham Johari yang juga Exco Kerajaan Negeri Pahang.
‘’Pada petang ini, satu berita tergempar membabitkan nahas pesawat ringan di Elmina, Shah Alam. Amat mendukacitakan apabila melibatkan seorang kawan saya, Allahyarham YB Dato’ Sri Johari Harun, EXCO Pahang yang juga ADUN Pelangai di bawah Parlimen Bentong.
“Saya amat bersedih dengan kehilangan ini. Baru sahaja 2 hari lepas, saya bersama Allahyarham Dato’ Sri Jo berbincang berkenaan pembangunan di Bentong dan Pelangai yang akan direncanakan kelak,” katanya.
Dalam kejadian itu, Allahyarham Johari yang juga Ketua UMNO bahagian Bentong, dalam penerbangan dari Langkawi ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) Subang.
Kematian Johari dikongsi oleh Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman,
Leave a Reply