MENTERI Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memberi peringatan kepada Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail jangan agar melampaui kuasa diperuntukkan kepada Menteri Dalam Negeri itu.
Beliau mengingatkan Setiausaha Agung PKR itu agar tidak berbuat sewenang-wenangnya semasa di Kedah, tetapi mesti menghormati setiap peranan yang ada di Kedah.
“Ni duk melawat loji rawatan ayaq (LRA) rata (pergi). Macam harta pak dia. Negeri ni ada tuan hoi. Kampung pun ada tuan, tambahlah negeri. Buat masa la ni Tuanku (Sultan) lantik saya jadi MB, sayalah tuan dia.
“Tuanku Sultan bagi tauliah kepada 12 orang Dato’-Dato’ Pegawai Daerah (DO), jaga tiap-tiap daerah ni. Apa jadi dalam daerah, hang (Saifuddin) nak jadi kut mana apa, orang susah, pembangunan projek apa, kena rujuk kat DO.
“Pi jumpa depa dulu, nak pi tengok tang mana pun. Ni hang langgar ikut dan ni. Awat hang ingat negeri ni tak dak tuan? Nak jadi Menteri kena mengaji (belajar) sikit dulu. Nak masuk rumah orang kena bagi salam. Dia kata Perdana Menteri arahkan saya, wei negeri ini ada Raja, ada Sultan negeri ini. Ada Menteri Besar, ada Exco. Perdana Menteri pun tak boleh arah sembarangan. Kalau hangpa mengaji betul-betul.
“Ini dak, ini langgar ikut dan. Dapur rumah aku pun hang mai selongkar. Jurus (simbah) ayaq (air) panas baru hang tahu,” seloroh beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), lapor HarakahDaily.
Beliau yang juga calon PN DUN Jeneri berkata demikian ketika berucap pada program Jelajah Mega PN BEST ‘Sayangi Kedah Sejahtera’ di Dataran Darul Aman, Jitra malam tadi.
Sanusi turut membidas dakwaan Saifuddin bahawa LRA berkenaan adalah peruntukan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan dan menggambarkan boleh sesukanya untuk mengadakan lawatan pada bila-bila masa.
“Weh Pudin, duit itu aku pinjam oi. Walaupun Kerajaan Pusat, tapi kita pinjam dan kita bayar balik. Dah hang bagi pinjam, hang kata hang bagi. Mana boleh lagu itu? Ada tatakelola, ada kaedah, ada proses, ada prosedur dia.
“Ooh…. dia kata bila Kerajaan Pusat bagi duit, jadi projek Kerajaan Pusat? Dak, projek itu state punya kerajaan negeri punya. Semua projek, lima projek LRA itu adalah projek kerajaan negeri, bukan projek Kerajaan Persekutuan.
“Mengaji undang-undang Akta WSIA 2006, mengaji undang-undang SPAN, mengaji undang-undang sikit bab hutang kerajaan negeri, mengaji lagi Pudin,” tempelak Sanusi terhadap Saifuddin.
Leave a Reply