PRESIDEN Gerakan, Datuk Dominic Lau menafikan laporan beliau diminta meninggalkan ceramah Perikatan Nasional (PN) di Sungai Dua, Pulau Pinang, malam tadi
Lau berkata, beliau ke ceramah itu bertemu Tan Sri Abdul Hadi Awang selepas Presiden Pas itu memberitahu mahu bertemunya pukul 9 malam sebelum ceramah. Bagaimanapun Abdul hanya tiba pada 10.30 malam.
“Saya ada di sana untuk bertemu dengannya, namun majlis berlanjutan lewat jadi saya tidak sempat bercakap dengannya lalu beredar untuk ke mesyuarat. Tak betul saya diminta pergi,” katanya lapor FMT.
Bagaimanapun kata Lau beliau sempat bercakap dengan Abdul Hadi selepas itu.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Sin Chew yang mendakwa calon Bayan Lepas berkenaan diminta meninggalkan majlis ceramah kerana hadir tanpa jemputan.
Timbalan Presiden Gerakan Oh Tong Keong sebelum itu mengesahkan partinya tidak dijemput hadir ceramah tersebut, sambil menambah beliau hanya mengetahui penganjuran rapat umum dalam Facebook “live”.
Insiden semalam timbul susulan laporan sekumpulan ahli akar umbi Pas membantah pencalonan Lau di Bayan Lepas, sebaliknya mahu ahli Pas disenarai untuk bertanding di kerusi majoriti Melayu.Lau bagaimanapun menolak dakwaan akar umbi Pas tidak menyokongnya, sambil menyatakan ada pemimpin tempatan papar sokonga
Leave a Reply