KETUA Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin mendakwa, pelbagai gelaran diberikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melambangkan ‘keseksaan’ rakyat.
“Realiti ialah rakyat terseksa. Buat pertama kali dalam sejarah Malaysia, macam-macam nama-nama telah diberikan oleh rakyat kepada PM, bukan oleh ketua pembangkang.
“Saya nampak dalam media sosial, macam-macam, Madanon, macam-macam non. kunyit pun ada,” katanya yang juga setiausaha agung Perikatan Nasional (PN).
Berucap dalam perhimpunan jentera PN, di Sungai Panjang, Selangor, Hamzah juga mendakwa Anwar sering menipu dan perkara itu kini menjadi kebiasaan.
“Hari ini dia tipu, lusa dia tipu, hari-hari dia tipu.
“Pasal kenapa dia hari-hari tipu? Kerana itu makanan seperti vitamin kepada dia. Kalau dia tak tipu, dia demam, dia sakit.
“Ini masalah yang kita ada hari ini, macam-macam nama diberi. Sebab itu bila seorang pemimpin dikata macam-macam, susah kita.
“Sebab itu, tiada pilihan lain lagi, untuk masa depan anak cucu kita, kita kena benar-benar kerja kuat,” katanya, lapor Malaysiakini.
Beliau bagaimanapun tidak menghuraikan lanjut dakwaan penipuan itu.
Leave a Reply